Quantcast
Channel: QASEY HONEY
Viewing all articles
Browse latest Browse all 307

JOM BUAT KUIH LEJEN NAGASARI PISANG YANG SEDAP DAN MUDAH (SUKATAN CAWAN)

$
0
0

Salam my kesayangan...

Ini pertama kali QH mencuba buat kuih nagasari ni...biasa apabila teringin nak makan QH beli je tetapi sekarang agak sukar nak jumpa...lagi satu kuih ni kegemaran abah QH...ingat lagi abah QH kalau nampak kuih ni dia pasti akan beli...semasa QH buat kuih teringat la kat abah QH kat kampung...

Ada banyak lagi kuih2 lama yang QH nak cuba untuk belajar...di awal QH memulakan blog QH lebih gemar buat kek la...muffin la...sekarang ni jiwa banyak ke kuih2 tradisi la...cewahhh...nantikan saje la ekkk...kuih apa pula yang QH akan cuba lagi nanti...


Hasil carian resepi ni QH singgah ke blog kak Amie...resepinya lebih mudah dan agak senang...nagasari ni kalau nak sedap gunakan pisang raja...yang ni QH gunakan pisang berangan je...boleh pulak tak jumpa pisang raja ni...biasa begitu la yang dicari tu la payah nak jumpa...kalau taknak tu ade je di mana2...takpe la siap dah pon nagasari pisang versi berangan QH ni...heeee...sedap jugak rasanya...QH siap frozenkan lagi...bila2 nak dan teringin senang tinggal untuk kukuskan sahaja...senangkan...tu la kelebihannya apabila buat sendiri...

Macam biasa resepi ni QH menyediakan juga video langkah demi langkah penyediaannya...klikkan pautan link yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe youtube channel QH tu tau...terima kasih...jom cuba!!


NAGASARI PISANG
sumber Kak Amie

bahan2
250 gm tepung beras
50 gm tepung ubi
120 gm gula pasir
200 ml santan - tambah dengan 400 ml air (jadikan 600ml)
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan - simpul
pisang masak secukupnya - sedap pisang raja

daun pisang secukupnya - layurkan di atas api


Caranya:
1. Campurkan santan, tepung beras, tepung ubi, gula, garam dan daun pandan. Adun sebati dan kemudian masak hingga pekat di atas api sederhana. 
2. Ambil sehelai daun pisang yang sudah dilayur. Letakkan satu sudu besar adunan di atas daun pisang. (sementara itu naikkan periuk pengukus berisi air ke atas dapur -  jangan lupa pasangkan api - dah siap bungkus kuih nanti bolehlah terus kukus).
3. Letakkan sepotong pisang di atas adunan tepung tadi.
4. Kemudian ambil satu sudu besar adunan tepung dan tutup pisang tersebut.
5. Kalau nak hasil yang lawa, tutup hirisan pisang secara merata.
6. Bungkus kuih dengan sempurna dan lipatkan bahagian kiri dan kanan daun pisang.
7. Air dalam periuk pengukus pun dah mendidih. Susun saja semua bungkusan kuih nagasari pisang ke dalam pengukus. Kukuslah lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.


nagasari pisang

jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih

Viewing all articles
Browse latest Browse all 307

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Girasoles para colorear


Love Quotes Tagalog


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


“BAHAY KUBO HUGOT”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Pocoyo para colorear


Sapos para colorear


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.5.2 by Vimeo Inc


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.