Quantcast
Channel: QASEY HONEY
Viewing all articles
Browse latest Browse all 307

AGAR-AGAR SUMI JELLY

$
0
0


Salam my kesayangan...

masih sibuk dengan open house lagi ker?
minggu ni QH agak sibuk sedikit...nak ke fitness pon tak sempat
jadi minggu ni duduk rumah je la...tapi bila dah duduk rumah ni tak berhenti nak makan la pulak...sambil membaking sambil mengunyah...adoiii rasa seram yang teramat la pulak...heeee
minggu depan kena lebihkan masa kat fitness la jawabnya...dah la open house dan open opis tak berhenti ni...


Hari ni QH nak kongsikan resepi agar-agar sumi jelly pula...boleh la jadikan ia sebagai salah satu dessert untuk rumah terbuka nanti...nak buatnya sedikit renyah tetapi hasilnya sangat ohsem dan pasti berpuashati la nanti...

Nak menghasilkan agar-agar sumi jelly ni terdapat beberapa step untuk mendapatkan pelbagai layer seperti di dalam gambar2 yang QH kongsikan ni...agar-agar ni QH tak potong sebab bawa balik kampung dan sampai sana memang tak sempat nak snap gambar bagai...jadi tak dapat nak tunjukkan bahagian dalamnya bagaimana setelah di potong...

Agar-agar ni tidak terlalu manis...sedang elok sahaja rasanya...segala resepi dan cara yang QH gunakan ada tersedia di bawah...sebelum buat tu baca betul2 step2nya terlebih...dah paham boleh teruskan membuatnya pula yea...selamat mencuba!!!


AGAR-AGAR SUMI JELLY

Bahan-bahan
10 gm serbuk agar-agar
250 gm gula pasir
1 liter air
10 biji sumi jelly
20 biji puding mini perisa manga
1 sudu kecil perasa strawberi
1 sudu kecil coklat emulco
Pewarna merah


Cara Penyediaannya
1. Ambil sumi jelly dan hancurkan sedikit dengan menggunakan garpu. Toskan airnya dan susun ke dalam bekas yang sesuai. Ketepikan.
2. Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan sehingga mendidih.
3. Masukkan pula serbuk agar-agar dan kacau sehingga rata.
4. Tambahkan gula pasir dan kacau lagi sehingga rata. Perlahankan api dan biarkan di atas dapur dengan api paling kecil.
5. Ambil bekas yang telah disusunkan dengan sumi jelly tadi dan sendukkan adunan agar-agar tadi sehingga menutup permukaan sumi jelly sahaja. Ketepikan dan biarkan sejuk.
6. Apabila lapisan tadi telah sejuk. Carik-carikkan permukaan tersebut dengan garpu. Kemudian susunkan pula puding mini ke atasnya.
7. Sendukkan adunan agar-agar ke atas susunan puding mini tadi sehingga menutupi permukaannya sahaja. Ketepikan dan biarkan sejuk.
8. Ambil bekas lain dan bahagikan lebihan adunan agar-agar tadi kepada dua.
9. Satu bekas diletakkan dengan perasa strawberi dan letakkan sedikit pewarna merah. Kacau rata di atas api paling kecil.
10. Satu bekas lagi diletakkan perasa coklat emulco dan kacau rata dengan api paling kecil juga.
11. Setelah lapisan kedua telah sejuk dan keras, carikkan dengan menggunakan garpu dipermukaannya. Kemudian tuangkan aduan perasa strawberi ke atasnya. Biarkan sehingga sejuk.
12. Akhir sekali ulang proses seperti di atas dan tuangkan lapisan terakhir perasa coklat ke atasnya. Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga keras. Kemudian barulah dipotong dan dihidangkan.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 307

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.