Quantcast
Channel: QASEY HONEY
Viewing all articles
Browse latest Browse all 307

PUTERI AYU CERIA

$
0
0


Salam my kesayangan...

Kali ni belajar buat kuih2 tradisional pulak...kuih2 lama la senang cerita...memang sejak mula berblog lagi impian QH untuk mencuba kuih2 lama tetapi diberikan nafas baru...rupanya yang baru mengikut peredaran semasa...zaman dah moden kuih2 lama ni kita moden kan la sikit kan...bagi ceria wajahnya...

mungkin ada yang kurang setuju dengan cara QH untuk memodenkan kuih2 lama ni...QH pon tak kata semua kuih sesuai diberikan wajah yang baru...yang ni tengok pada kesesuaian sesuatu resepi...terpulang la pada individu jika suka yang lama terus kekal begitu atau yang lama diberikan wajah yang baru....ikut citarasa masing2...sebabnya apa jua yang QH buat dan cuba QH suka sesuatu yang ceria pada pandangan mata QH...


Contohnya seperti kuih puteri ayu ni...ianya sejenis resepi lama tetapi QH berikannya wajah yang baru dengan warna2 yang ceria dan sesedap mata yang memandang...resepinya masih kekal yang lama dan sama...cuma olahan pada rupanya...

jika dihidangkan kepada tetamu pasti ramai yang kagum dan akan tertanya kuih apakah ni...jika tidak diberitahu nama kuih ni mungkin akan sangkanya adalah sejenis kek kan atau apam mungkin...heee

Jika ingin membuat sesuatu perubahan dan ingin menunjukkan kreativiti lakukan sahaja...tepuk dada tanya kemampuan...heee

Ok la untuk resepi puteri ayu ceria ni resepinya ada di bawah yea...kepada pemilik asal resepi ni QH mohon izin untuk letakkan resepi ni di sini dan maaf QH mengubahnya mengikut citarasa...terima kasih... 


PUTERI AYU CERIA

Bahan-bahan
270 gm tepung gandum
1 sudu teh ovalette
200 ml santan kotak KARA
40 ml air
240 gm gula pasir
3 biji telur gred A
1 sudu besar perisa pandan
1/2 biji kelapa parut (putih sahaja)
Secubit garam

Pewarna kuning, merah jambu, ungu dan hijau


Cara penyediaannya
1.                  Masukkan kelapa parut ke dalam satu bekas. Tambahkan secubit garam dan letakkan sedikit pewarna kuning. Gaul hingga rata dan ketepikan.
2.                  Pukul telur bersama gula hingga kembang. Masukkan santan, air, ovalette, perisa pandan dan tepung gandum. Gaul sebati dengan menggunakan whisk.
3.                  Panaskan pengukus dan sapukan sedikit minyak pada acuan.
4.                  Bahagikan adunan kepada 3. Warnakan setiap adunan mengikut warna yang dikehendaki.
5.                  Ambil sedikit kelapa parut yang telah digaul tadi dan tekan sehingga padat ke dalam acuan.
6.                  Sudukan adunan tepung tadi secara berselang seli ke dalam acuan yang telah diletakkan kelapa parut.
7.                  Kukus sehingga masak selama 15 minit.


* Sudukan setiap adunan berwarna berselang seli dalam acuan cepat-cepat agar tidak meleleh ke bawah.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 307

Trending Articles


Sapos para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.