Quantcast
Channel: QASEY HONEY
Viewing all 307 articles
Browse latest View live

AYAM GORENG KUNYIT DAN SAMBAL BELACAN MENGANCAM

$
0
0

Salam my kesayangan...

Alhamdulillah keadaan jerebu di Malaysia sudah semakin pulih...barulah kita sedar bertapa nikmatnya apabila dapat melihat semula awam dan langit yang cerah...rasa selesa untuk bernafas...syukur atas segala nikmat dan kurnia dariMu....

sepanjang musim jerebu QH takde terlibat dengan mana2 aktiviti luar...tingkap dan pintu pon sentiasa bertutup...walau rasa agak lemas berkurung begitu...tetapi demi mengenangkan kesihatan diri lebih penting...jadi ikut la saranan yang disyorkan...

apabila duduk di rumah je...mula lah terasa nak makan itu ini...tetiba teringat la makanan warung yang biasa kita pesan tu...heeee...maka terhasillah ayam goreng kunyit versi garing ikut pilihan hati ni...begitu la kaedahnya kalau bahan cukup ada di rumah...rasa seronok nak memasak...


kalau makan lauk ayam goreng kunyit ni sedap tau jika dimakan bersama dengan sambal belacan dan kicap...nasi tu kena panas2...perghhh boleh bertambah makan...disebabkan mood rajin ni...rajin la buat sambal belacannya pula...siap buat lebih lagi...senang bila ada stok...makan dengan lauk lain pon boleh...sebagai pembuka selera gitu...heeee

kacang panjang tu QH gantikan dengan kacang botol atau botor...ada juga mencari kacang panjang tetapi masa ni semua yang QH tengok tak berapa menarik...tu yang ganti dengan yang lain...

untuk kedua2 resepi ni seperti biasa QH ada menyediakan video langkah demi langkah...klik pautan link yang tertera untuk teruskan menonton...untuk ayam goreng kunyit klik di sini https://www.youtube.com/watch?v=cbW27-8i0jA...untuk sambal belacan pula klik di sini https://www.youtube.com/watch?v=gF2p0q6DnkY...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe youtube channel QH tau...terima kasih


AYAM GORENG KUNYIT
youtube Qasey Honey

bahan2
1/2 ekor ayam (potong kecil)
2 sudu besar tepung jagung
1 1/2 sudu besar tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
1 kiub ayam
air secukupnya

bahan lain
1 biji bawang besar
6 batang kacang botol
1 batang lobak merah
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1/4 sudu kecil ajinomoto
garam secukup rasa


caranya
youtube Qasey Honey

Potong ayam kecil-kecil (nak sedap campur isi dan tulang)
satukan tepung jagung, tepung beras, serbuk kunyit, serbuk kari, kiub ayam dan air secukupnya. gaul rata
kemudian masukkan ayam tadi dan gaul hingga semua rata. perapkan selama 15 minit.
sediakan bahan-bahan yang lain
panaskan minyak dan goreng ayam yang telah di perap tadi hingga garing. angkat dan ketepikan
tinggalkan sedikit minyak bekas menggoreng ayam tadi untuk menumis
tumis bawang besar, kacang botol dan lobak merah hingga sedikit layu
kemudian masukkan serbuk kunyit, ajinomoto dan garam secukup rasa. kacau rata
akhir sekali masuk ayam yang telah di goreng tadi dan kacau rata
perasakan rasanya jika sudah sempurna matikan api
hidangkan bersama dengan nasi putih, kicap dan sambal belacan


SAMBAL BELACAN
youtube Qasey Honey

bahan2
5 biji cili merah
10 biji cili padi - hijau
1/2 biji tomato
1 kiub belacan abc
gula secukup rasa

caranya
blend semua bahan di atas
panaskan pan n letakkan sedikit minyak masak
masak sekejap dalam 5-8 minit


ayam goreng kunyit sedap

sambal belacan

jangan lupa untuk subscribe youtube channel Qasey Honey



MONKEY BREAD - ROTI LEJEN

$
0
0

Salam my kesayangan...

terasa bersalah pulak dengan badan sendiri yang semakin hari semakin membengkak di sana sini ni...ada je idea nak buat itu ini...tak putus2 masuk...terkadang saja di tahan2 dari nak buat sesuatu tu...

yang ni selagi tepung roti masih ada...maka akan terhasil lah pelbagai roti...in shaa Allah la yea...takut jadi kes2 lama sampai masa dah kena buang tepung roti tu sebab dah tamat tempuh...nak tahu lama sangat dah tau QH simpan resepi...dari awal QH berblog lagi dah simpan resepi ni...baru sekarang sampai seru dan berkeyakinan untuk membuat roti ni...

jika di lihat pada tekstur roti ni...haii laaa siapa aje yang tak geram dan terliurkan...lagi2 apabila melihat keadaan atasnya yang sedikit garing dan dipenuhi dengan kacang...lepas tu boleh jadi sayang2 la nak cubit2 roti tu...terlalu comel pada pandangan QH...


kalau nak tahu...roti ni sepenuhnya dibuat menggunakan tangan semata tau...tak mengelat macam biasa tu guna BM (bread maker)... memang sehabis tenaga keluar untuk mengguli roti ni dari awal sehinggalah siap...baru tahu rasanya mengguli dengan tangan tu bagaimana...rasa tak sanggup dah nak uli cara manual begini lagi...heeee

QH tak pasti kenapa roti ni diberikan nama sebegitu...tak sempat nak kaji sejarahnya...bukak blog orang terus tengok pada resepi je...heee...monkey bread ni bukan la resepi yang baru...7 tahun lepas dah ada resepi roti ni...seperti yang QH beritahu di atas tadi la...lama sangat dah simpan resepi ni...resepi ni menggunakan kacang walnut...tetapi QH gantikan dengan hazelnut...lupa nak beli...kaedah tetap sama...bakarkan dahulu sekejap kemudian baru kisar...tak perlu halus...biarkan ada kasar2 sedikit...masa makan nanti baru terasa rasa roti dan kacang tu bersatu...roti ni sangat sedap dan amat mudah untuk di ikut...yang penting kena sabar semasa mengguli untuk mendapatkan doh yang elastik dan licin...proses ni bila menggunakan cara manual...agak mengambil masa la sedikit...berbanding menggunakan BM...lepas tekan boleh ditinggalkan dan buat kerja2 yang lain...

resepi ini juga telah ramai yang mencuba antaranya ada QH listkan seperti di bawah...jadi sebelum ketinggalan lagi...jom kita cepat2 cuba buat roti ni...pasti berbaloi tau...QH suka makan roti ni masih panas2 lagi...selain lembut dia punya bau tu...hmmm susah la nak digambarkan...

untuk melihat bagaimana cara QH menghasilkan monkey bread ni...boleh tonton di youtube channel QH atau paling mudah klik sahaja pautan link yang tertera https://www.youtube.com/watch?v=t7VSMnVGkL8 ini...sebelum tu minta semua untuk subscribe youtube channel Qasey Honey tu tau...terima kasih


BREAD MONKEY
youtube Qasey Honey
Source : POOK san DAILYDELICIOUS
Terjemahan : IZAHKAK NORARAH 

Ingredients :
(Makes 1 (18cm tube pan)
240g Bread flour (240g Tepung Roti atau gandum pun ok)
60g Cake flour (60g Tepung Kek)
5g Instant yeast (5g Serbuk Yis)
20g Granulated sugar (20g Gula)
4g Salt (4g Garam)
1 Egg yolk (1 biji kuning telur)
175g Water (175g Air)
20g Butter (20g Mentega)


    40g melted butter (40g Butter di cairkan)
    40g Walnut (40g Kacang Walnut) ganti hazelnut - bakarkan dahulu dan kisar
    70g Light brown sugar (70g Gula Perang light>>yg ni kita gunakan gula perang biasa)
    1 Egg white (1 biji Telur putih)


    Method : Cara-cara
    youtube Qasey Honey
    Mix together egg yolk and water. (Campurkan bersama kuning telur dan air)
    Put the flours, sugar and yeast in a bowl, whisk to combine, add and salt whisk again. Pour the egg and water mixture into the bowl. (Masukkan tepung, gula dan yis kedalam mangkuk)
    Use large spoon (or pastry scraper) to mix everything together, and knead briefly to bring all the ingredients together (add more water if the dough's too dry). ( Dengan Menggunakan senduk atau whisk, kacau adunan tepung tadi sehingga sebati, kemudian masukkan garam dan gaul sebati sekali lagi. Masukkan campuran air dgn kuning telur tadi sedikit2 ke dalam adunan tepung tadi dan sehingga boleh menguli, tambahkan air jika adunan terlalu kering)
    Take the dough out of the bowl and knead (Keluarkan doh dr dlm mangkuk dan menguli kembali di atas papan pencanai atau meja yg dah dibersihkan terlebih dahulu dan mula menguli kembali), you will see the dough will be elastic after about 2 minutes.(Utk proses ini, anda akan lihat doh akn menjadi elastic dlm masa 2 minit)>>yg ni mmg betul :D
    Add the butter and knead by using the heel of your hands to compress and push the dough away from you, then fold it back over itself. Give the dough a little turn and repeat. Put the weight of your body into the motion and get into a rhythm. Keep folding over and compressing the dough.(Tambahkan mentega, gunakan belakang tapak tgn utk memampatkan dan tolak doh tadi sehingga doh betul2 elastik, licin dan berkilat)
    Knead for 10-15 minutes or until the dough is soft, pliable, smooth and slightly shiny, almost satiny. (Sambung menguli sehingga 10-15 minit lagi utk mendapatkan doh yg betul2 lembut dan elastik)
    See how to knead bread, here.(boleh lihat step by step menguli doh tadi kat blog dailydelicious)
    Put the dough into a light buttered bowl. Let the dough rise in a warm place until double in size (can be 1 hour or 1 hour and a half check often depend on the temperature).(Letakkan doh yg telah di uli tadi ke dlm mangkuk yang telah disapukan mentega terlebih dahulu. Tutup dgn cling wrap di tempat yg hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam bergantung keadaan suhu luar)
    Preheat the oven to 150°C. (Pansakan oven dgn suhu 150c)
    Roast the walnut for 10minutes, until fragrance, let it cool. (Bakar kacang walnut tadi selama 10 minit sehingga naik bau dan biarkan sejuk)
    Put the nut and light brown sugar into the food processor and process until powdery. (Masukkan walnut dan gula perang tadi ke dalam food processer atau blender kering dan prosess sehingga hancur)


      Preheat the oven to 180°C. (Panaskan Oven dgn suhu 180c)
      Butter the tube pan (if you have the one with removable bottom will make your life easier). (Sapukan butter pada pada keseluruhan tube pan atau apa2 loyang yg sesuwai. Seelok eloknyer boleh gunakan loyang yg boleh terpisang antara lantai dan bdannya>>tak tahu nak sebut apa ehehe)
      Take the dough out of the bowl, deflate by touch it lightly.(Keluarkan doh yg telah naik tadi dan keluarkan angin dgn menekan doh tadi dgn perlahan menggunakan tgn)
      Cut the dough into 30 pieces (they will be small) roll into balls. (Canaikan doh tadi atau timbang dan buatkan bulat2 kecil, buat sehingga habis)* izah buat 40 ke 45 biji
      Dip the ball into melted butter, nut mixture and egg white. (Masukkan doh yg telah dibulat bulatkan tadi kedalam 1. Mentega yg dicairkan 2. Campuran gula perang dan walnut yg telah di prosess td 3. Putih telur)
      Then place them in prepared pan. (Masukkan doh bulat2 tadi yg telah dileupkan kedalam tube pan yg telah disapukan mentega terlebih dahulu, ulang sehingga doh bulat2 tadi habis di celup)
      Let the dough rise until almost double in size, about 40-50 minutes (Biarkan doh naik kembali lebih kurang 40-50min)
      When the dough ready, put into the oven and bake for 30-35 minutes. If the top of the bread is too brown before the bread is done, cover it with an aluminium foil. (Apabila doh telah naik, letak di dalam oven yg telah dipanaskan tadi dan bakar sehingga 30-35min bergantung dgn suhu oven masing2 sehingga masak, jika bhgn atas roti telah perang tetiba waktu memasak belum selesai boleh tutupkan bhgn atas dgn alumunium foil utk mengelakkan roti hangus)
      Let the rest in the pan for 10-15 minutes, then remove from the pan and let it cool on a wire rack. (Keluarkan roti tadi dan biarkan sejuk lebih kurang 10-15min kemudian boleh keluarkan roti tadi dan letak di atas rack)
      Or, serve piping hot from the oven, it will be fun to eat ^^. (atau boleh hidangkan panas2 dr oven, selamat mencuba!)


      monkey bread
      https://www.youtube.com/watch?v=t7VSMnVGkL8
      jangan lupa subscribe youtube channel Qasey Honey...terima kasih

      JOM BUAT SENDIRI AYAM GORENG, MASHED POTATO DAN COLESLOW SEPERTI SET ALA KFC...PASTI BERBALOI DAN JIMAT

      $
      0
      0

      Salam my kesayangan...

      sekali lagi kerajinan terserlah...heeee
      kali ni buat set ayam goreng ala kepci pula...rasa teringin sangat nak buat set begini sendiri...bukan tak boleh beli je yang sedia ada jual kat luar sana tu...cuma nak merasa hasil dari airtangan sendiri baru berasa puas...lagi pula bukan senang nak tengok QH luar biasa rajin beginikan

      apabila buat sendiri ni banyak jimatnya...sangat sesuai jika di dalam rumah tu ramai ahlinya...lepas tu diri sendiri pon akan berasa puas sangat apabila hasil yang kita masak tu habis licin di makan...rasa hilang segala rasa penat bersilat di dapur tu...yang paling best boleh makan tanpa had selagi ada makan la puas2...camtu lah kaedahnya...heee


      cara mudah untuk menyiapkan set ni senang jer...memula sediakan bahan untuk perap ayam dahulu...sebab ayam tu perlu di perap selama 2-3 jam baru sedap...lepas tu sediakan bahan untuk buat kentang putar dan brown sos...apabila dah siap kedua-duanya...siapkan bahan untuk buat  coleslow pulak (coleslow ni lagi lama sedap sebab air dari sayuran tu dah keluar)...sudah siap kesemuanya, sambunglah balik untuk siapkan ayam goreng...mudahkan kalau ikut cara2 di atas tu...mesti takkan rasa kelam kabut dan kalut la kalau buat kerja bersistem begitu...

      seperti biasa setiap resepi yang QH paparkan hari ni...kesemuanya telah QH siapkan video langkah demi langkah di youtube channel Qasey Honey...hanya perlu klik dan subscribe jer channel tersebut...sebab ada banyak lagi tau video2 menarik yang ada di sana...untuk terus menonton video2 resepi kali ni klik pautan link yang tertera https://www.youtube.com/watch?v=0OQ5FzBspFA , https://www.youtube.com/watch?v=HfPl54sUaIw dan https://www.youtube.com/watch?v=Sc_Vy8utaxc ...jangan lupa subscribe tau...terima kasih


      AYAM GORENG ALA KFC
      youtube Qasey Honey

      bahan perap
      8 ketul ayam - dari seekor ayam yang di potong 12
      2 sudu besar serbuk cili
      2 sudu besar serbuk kari
      1 sudu besar serbuk kunyit
      1 sudu kecil garam
      2 sudu besar tepung bestari
      air secukupnya

      bahan kisar
      8 ulas bawang putih
      4 inci halia
      1/2 cawan air

      bahan salut
      5 sudu besar tepung bestari spicy - tak nak pedas guna ori
      5 sudu besar tepung gandum
      3 sudu besar tepung beras


      caranya
      satukan serbuk cili, serbuk kari, serbuk kunyit, garam secukup rasa dan bahan kisar. gaulkan semuanya hingga rata.
      masukkan ayam ke dalam bahan perap tadi. gaul hingga rata keseluruhannya.
      tambah tepung bestari dan juga air secukupnya (lebih sedikit pon takpe). gaul lagi hingga rata semuanya.
      perapkan ayam tadi selama 2-3 jam ke dalam peti sejuk.
      satukan bahan salut dan gaul hingga rata.
      keluarkan ayam yang telah diperapkan tadi dan panaskan minyak masak secukupnya (dalam gorengan tenggelam)
      ambil ayam tadi dan salutkan dengan campuran tepung tadi. salutkan dengan rata keseluruhan ayam (untuk hasil yang memuaskan lepas salut terus masukkan ke dalam minyak panas dan goreng hingga kuning keemasan)
      goreng ayam tadi hingga kuning keemasan. angkat dan toskan minyaknya.
      hidang panas bersama sos cili, mashed potato dan coleslow.


      MASHED POTATO
      youtube Qasey Honey

      bahan2
      air secukupnya - untuk merebus
      4 biji kentang
      1 1/2 kotak kecil susu segar
      2 sudu besar butter

      caranya
      Sediakan periuk kemudian masukkan air (lebihkan sehingga kentang tenggelam)
      Masukkan kentang yang telah di potong kecil supaya cepat empuk
      rebus hingga kentang empuk
      kemudian tapiskan airnya dan lenyekkan kentang tadi bersama butter hingga lumat
      masukkan susu segar dan gaul rata. ketepikan.
      siapkan brown sosnya pula


      BROWN SAUCE
      youtube Qasey Honey

      bahan
      4 sudu besar butter
      1 biji bawang besar
      2 ulas bawang putih
      1 sudu kecil serbuk stok ayam
      1 sudu kecil lada hitam - kisar
      1 kiub ayam
      2 sudu besar tepung gandum
      2 1/2 cawan air

      caranya
      Panaskan pan atau kuali, kemudian masukkan butter biarkan hingga cair
      tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan warna sedikit keperangan
      masukkan pula serbuk stok ayam, lada hitam, kiub ayam dan tepung gandum. Tumis lagi hingga bertukar warna coklat.
      masukkan air dan kacau rata. Biarkan kuah sedikit pekat terus matikan api
      masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga semua hancur.
      masakkan semula sos tadi sekejap hingga mendidih. Apabila sudah mendidih terus matikan api (kuah tidak perlu pekat)
      hidangkan bersama dengan kentang putar tadi.


      COLESLOW
      youtube Qasey Honey

      bahan2
      1 buku kobis - size kecil
      1 batang lobak merah
      1 botol mayonis atau lebih
      garam n gula secukup rasa

      caranya
      kobis di hiris halus (boleh lebihkan)
      lobak di potong dadu
      satukan semua bahan dan kacau rata
      perasakan rasanya dan tidak perlu tambah air kerana ianya akan mengeluarkan airnya sendiri
      siap untuk di hidang (simpan dalam peti sejuk seketika untuk rasa yang lebih sedap)



      POPIA CHEESE CARBONARA - RESEPI VIRAL

      $
      0
      0

      Salam my kesayangan...

      kembali ke udara...beberapa hari yang lepas QH sibuk sikit dan ada la terlibat dengan program yang lain...cerita tu nanti kemudian QH kongsikan di sini yea...maklum la pengalaman baru...tunggu yea

      sekarang ni nak update 1 lagi resepi viral yang telah di cuba oleh QH...sedap...sedap sangat...lepas ni wajib untuk dibuat stok simpan di dalam freezer...bila2 terasa lapar boleh di goreng pada bila2 masa...pada yang belum mencuba...sila la buat resepi ni dengan segera...pasti akan buat berkali2 lepas ni...sebabnya QH dah rasa dan sudah terpikat dengan resepi ni...sangat berbaloi...


      bahan utama resepi ni adalah sos carbonara tu...pada QH bahan yang lain2 tu boleh di ubah sesuai rasa...dah jemu dengan ayam boleh gantikan dengan daging...popia ni juga sedap di makan panas2...baru la nampak cheese tu di tarik2 dan isinya creamy...jika dah sejuk cheese tu akan terasa sedikit masin...jadi garam tu nanti boleh di suai rasanya jika perlu...ni cerita berdasarkan pengalaman tau...nak nampak lagi cantik dan menawan...popia tu boleh di balut 2 kali dengan kulit popia...guna selapis bila isi padat ianya mudah pecah dan bocor apabila di goreng...

      popia ni juga QH ada buat frozen...cara nak simpannya macam biasa...jika tak nak popia tu melekat antara lain boleh balutkan dengan sedikit plastik... 

      macam biasa la kan...sekarang ni setiap resepi yang QH kongsikan di sini pasti ada video langkah demi langkah yang turut QH sediakan...ianya agar memudahkan yang lain faham dan ikut...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=7cCTIFO41lQ yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe youtube channel QH tau...terima kasih 


      POPIA CHEESE CARBONARA
      youtube Qasey Honey

      bahan inti
      3 keping isi ayam
      1 bawang holland
      1/2 batang lobak merah
      3 batang sosej ayam
      1/3 biji capsicum merah
      1 tin sos prego
      1 sudu kecil lada hitam - kisar
      1 sudu kecil oregano
      gula dan garam secukup rasa

      kulit popia secukupnya
      mozzarella 
      tepung gandum + air secukupnya (satukan jadikan sebagai gam)



      caranya
      panaskan kuali atau pan. kemudian masukkan isi ayam tadi tanpa minyak. kacau sekali sekala hingga air ayam kering atau mengecut.
      kemudian masukkan pula bawang holland dan tumis hingga layu.
      masukkan pula lobak merah. kacau sekali sekala dan biarkan seketika.
      masukkan sosej dan capsicum. kacau rata.
      masukkan pula sos prego dan kacau rata.
      masukkan lada hitam, oregano kering, gula dan garam (jika perlu). kacau rata semuanya.
      apabila rasa telah sempurna terus matikan api (inti jangan terlalu pekat dan biarkan creamy)
      sejukkan sebentar
      sediakan kulit popia secukupnya
      letakkan inti carbonara tadi dan sedikit mozzarella 
      kemudian lipat kulit popia dengan kemas. sapukan sedikit hujungnya dengan campuran tepung gandum sebagai gam dan lekatkan. buat sehingga selesai
      panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan. sedap dimakan panas2


      popia cheese carbonara
      jangan lupa subscribe youtube channel Qasey Honey...terima kasih


      RESEPI VIRAL - OVERNIGHT BOMBOLONI NUTELLA / ITALIAN DOUGHNUT

      $
      0
      0

      Salam my kesayangan...

      hari ni masih dengan resepi viral lagi...macam biasa selalu ketinggalan...orang lain dah puas makan dan puas buat sendiri malah ada yang dah mengaut keuntungan jualan...barulah QH terhegeh2 nak mencuba...selalu sangat macam tu tau...tapi orang kata yang terbaik biasanya memang lambat sampai...heeee

      cubaan resepi viral kali ni dan masih lagi meletop belum bernoktah...tiba giliran bomboloni atau bombolini singgah di sini...erti kata yang lain donut yang ada isi di dalamnya...sebenar donut ni dah lama ada di pasaran seperti big apple, dunkin donut, j.co donut dan juga di bakery...tetapi di pandang biasa2 je....sebab selalu sangat di lihat dan di beli...sekali bila keluar sahaja gambar dan resepi lengkap bomboloni ni di IG oleh Kak Lina Thomas terus ianya menjadi viral...siapa tak geram tengok begitu gebu dan montok2 pulak tu donut ni...membuatkan ramai begitu teruja untuk mencuba...kemungkinan sebelum ni tak tahu resepinya apa...senang cakap tak terpikir nak buat donut jenis ni...kebiasaan kita ni lagi2 di Malaysia sinonim sangat dengan donut gula lubang di tengah tu la...tidak pon donut sambal...itu la donut pilihan mengikut selera rakyat Malaysia yang lebih gemarkan yang pedas2...heeee


      QH sekarang pon agak kurang sikit yang manis2 ni...faktor usia mungkin...heeee...tetapi selera ni meminta2 juga untuk bermanisan sekali sekala...jadi sampai la seru untuk QH mencuba bombolini nutella...disebabkan QH ni ada separuh rajin dan separuh malas...filling tu QH guna nuttella je la senang...pada yang rajin boleh la cuba buat filling tu sendiri...jangan jadi macam QH tau...heeee

      disebabkan donut ni perlu diperam semalaman maka dari petang QH dah mula menguli donut ni...kerana besok paginya nak mula menggoreng pula dan setiap prosesnya mengambil masa sedikit...jadi kena mula awal untuk resepi donut ni...

      di sini  QH sertakan juga resepi lengkap cara nak menyediakan donut ni dan seperti biasa QH juga turut menyediakan video langkah demi langkah cara membuatnya sehingga selesai...ianya akan lebih mudah untuk di fahami cara penyediaanya...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=2MMCZ7ck14M yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe youtube channel QH tu tau...terima kasih...


      OVERNIGHT BOMBOLONI NUTELLA / DONUT ITALIAN
      youtube Qasey Honey
      sumber kak Lina Thomas

      Bahan-bahan untuk 16 biji:
      1/4 cawan gula
      3/4 cawan air suam/susu segar suam
      1 sudu kecil yis
      3 biji telur grade A
      4 cawan tepung gandum
      1 sudu kecil parutan lemon
      1 sudu kecil garam
      100 gm pure butter suhu bilik potong-potong kiub


      Caranya:
      Masukkan gula dan yis ke dalam air suam/susu segar suam dalam mangkuk besar. Ketepikan selama kira-kira 10 minit atau sehingga yis mula gelembung. Dalam mixer, pukul telur, masukkan butter, tepung, lemon zest dan campuran yis dalam mixer. Putar kira-kira 5 minit, kemudian masukkan garam putar lagi sampai elastik licin glossy (check windowpane) kalau dah ada tu okay dah.

      Pegham Doh:
      Tutup mangkuk dengan plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik selama kira-kira 2 jam, atau sehingga dua kali ganda saiz. Punch 🤛🏽 adunan, kemudian tutup semula mangkuk. Letakkan di dalam peti sejuk untuk rehat kan selama 12 - 16 jam (overnight)

      Bentukkan doh:
      Keesokan harinya, ambil doh keluar dari peti sejuk rehat kan sebentar dan gelekkan doh terap guna gelas atau bahagi dan bulat kan dan rounding dalam 70g dan letakkan di atas dulang pembakar yang dilapik dengan kertas parchment dan tabur tepung sedikit, susun adunan dan jarakkan antara donat dan pegham sekali lagi kira-kira 2 jam, atau sehingga kira-kira dua kali ganda saiz. Goreng selama 2-3 minit pada setiap belah atau goreng sehingga bertukar warna keemasan.

      Isi krim kesukaan ke dalam piping bag. Guna chopstick buat lubang di bahagian tepi donat, golekkan donat ke dalam gula dan paip krim kesukaan ke dalam setiap donat. Boleh di makan terus atau simpan dalam bekas kedap udara. Enjoy! 😍👍🏼


      overnight bomboloni/bombolini nutella
      https://www.youtube.com/watch?v=2MMCZ7ck14M
      jangan lupa subscribe youtube channel Qasey Honey...terima kasih


      RESEPI LENGKAP CHICKEN CHOP CORNFLAKES RANGUP, SOS LADA HITAM SEDAP DAN COLESLAW MUDAH

      $
      0
      0
       

      Salam my kesayangan...

      hai laaaa...terasa susahnya nak siapkan entri kali ni...bukan berhari malah makan masa hampir berminggu...kaedahnya buka tutup...buka tutup...sampailah akhirnya kena siapkan juga la entri ni malam tadi...dah siap entri ni teruskan setkan masa untuk publish pada pagi ini...memang kebiasaannya entri QH akan setkannya begitu...

      yang menghilang seketika tu QH lebih tumpukan pada kerja-kerja harian...siapkan projek dan sempat juga la menyiapkan beberapa tempahan sempena Deepavali...

      untuk kali ni dan untuk kesekian kalinya QH kongsikan lagi resepi Chicken Chop dan Sos Lada Hitam yang telah berkali2 QH cuba dan juga telah beberapa kali juga QH kongsikan di sini...kesedapannya tiada tandingan sehingga kita...boleh la selongkar di dalam ni untuk melihat resepi chicken chop dan sos lada hitam yang telah QH buat...


      resepi ini juga telah menjadi top 3 di dalam blog QH...setiap masa ianya tetap menjadi pilihan ramai...lagi2 resepi sos lada hitam tu...rasa dan teksturnya setaraf restoran 5 bintang tau...sedap sangat...tiap kali buat resepi ni la yang akan QH gunakan...kali ni kejadiannya lebih halus dan sempurna kerana QH telah mengisarkan dan hasilnya sangat memuaskan...untuk melihat bagaimana proses untuk menyiapkan sos lada hitam ni boleh klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=1XDQZSctX1A yang tertera untuk teruskan menonton...

      untuk resepi chicken chop pula...tetap juga menggunakan resepi yang sama dan biase QH gunakan...cuma coated je QH pelbagaikan...kali ni coated QH menggunakan cornflakes...sedap dan rangup sahaja rasanya...walau di luarnya kelihatan garing tetapi isi ayam di dalamnya sangat juicy dan isinya lembut...turut juga QH sediakan video langkah demi langkah cara memasaknya...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=HYq36WTi4Y4 yang tertera ini untuk teruskan menonton...

      untuk coleslaw pula resepinya sangat ringkas dan sedap...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=cEUUEvbMOuk ini teruskan menonton...sebelum jangan lupa subscribe, like dan share yea youtube channel Qasey Honey tu...terima kasih...


      CHICKEN CHOP CORNFLAKES RANGUP
      youtube channel Qasey Honey

      Bahan2
      3 bahagian peha (boneless)
      3 ulas bawang putih - kisar halus
      6 inci halia - kisar halus
      2 sudu besar sos tiram
      2 sudu besar saus manis ABC
      1 sudu kecil serbuk lada sulah/lada putih
      Garam

      bahan Salutan
      1 biji telur - kacau
      2 sudu besar tepung gandum atau secukupnya
      cornflakes secukupnya - kisar


      Cara:
      Bersihkan ayam dan gaulkan ayam bersama bahan kisar, sos tiram, saus manis, serbuk lada sulah dan garam.Masukkan dalam tupperware dan perapkan selama 3 jam dalam peti ais.
      Setelah cukup masa memerap, gaulkan pula dengan tepung gandum.
      Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau.
      Ambil ayam dan celupkan dalam telur kemudian salut dengan bread crumbs.Buat satu persatu.
      Goreng dengan api sederhana besar agar ayam masak sekata.


      SOS LADA HITAM SEDAP / BLACK PEPPER SAUCE
      youtube channel Qasey Honey

      Bahan2
      2 sudu besar butter
      1 1/2 sudu besar tepung gandum
      1 biji bawang holland (potong dadu)
      1 biji tomato (potong dadu)
      1 kiub ayam
      2 cawan air
      1 sudu kecil kicap biasa / sedikit kicap pekat
      1 sudu besar sos cili
      1 1/2 sudu besar lada hitam - kisar (boleh tambah dan kurang - ikut kepedasan masing2)
      garam dan gula secukup rasa


      Caranya
      Cairkan butter dengan api kecil. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang.
      Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
      Masukkan kiub ayam dan kacau.
      Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
      Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
      Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau.
      Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
      Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
      Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat. Apabila sejuk sos akan lebih likat. 


      COLESLAW SENANG DAN SEDAP
      youtube channel Qasey Honey

      bahan2
      1/3 biji kobis biasa
      1/3 biji kobis purple
      1 batang lobak merah
      1 botol mayonis
      garam n gula secukup rasa

      caranya
      kobis hiris halus
      lobak potong mancis
      satukan semua bahan dan kacau rata



      Chicken Chop Cornflakes Crispy / Chicken Chop Rangup dan sedap

      Sos Lada Hitam Sedap / Black pepper sauce

      coleslow mudah / easy coleslaw

      jangan lupa untuk subscibe, like dan share youtube channel Qasey Honey ni yea...terima kasih

      WANPAKU AYAM GORENG (WANPAKU VIRAL - SANDWICH JEPUN STYLE)

      $
      0
      0


      Salam my kesayangan...

      kembali bersiaran...
      berwanpaku kita hari ni...lama dah buat...kat ig pon dah lama di update cuma lambat sikit untuk singgah ke sini...kali ni kembali ke resepi viral...wanpaku ni secara mendadak ianya menjadi viral dan telah merebak ke seluruh Malaysia...sandwich yang selalu dihasilkan di Malaysia tidak setebal wanpaku ni...setakat 2 keping roti, pastu apitkan dengan sardin, tuna atau telur...berbeza pula dengan wanpaku ianya lebih tebal...kena mengangga luas2 untuk memakannya... 

      wanpaku ni merupakan sejenis sandwich mengikut cara jepun dan sangat terkenal di sana...dimana 2 keping roti diapit dengan pelbagai jenis sayuran mentah dan protein...wanpaku atau istilah paling mudah untuk disebut adalah sandwich bantal heee...apabila terpandangkan wanpaku ni pasti akan rasa terliur dan teruja untuk menikmatinya kerana warnanya yang ceria serta menarik...


      di dalam keterujaan ramai yang ingin mencuba wanpaku ni...pelbagai variasi dapat di lihat...orang Malaysia kan amat terkenal dengan kreativiti...ada yang tambah dengan cheese meleleh leleh lagi...ada yang tambah sehingga 2-3 protein di dalam sandwich tu...jika terlampau kreatif yang pada asalnya sejenis sandwich sihat akan menjadi sebaliknya pula...jadi berpada2 la apabila membuatnya yea...minimalkan penggunaannya...tak cukup buat lagi sehingga puas dengan segala versi yang kita mahu...

      untuk membuat wanpaku ni tidak la sesusah mana pon...seperti sandwich biasa, gunakan bahan yang kita suka dan mudah untuk di cari...cuma nak buat wanpaku ni perlukan tebalkan menjadi size XL...wanpaku yang QH buat ni menggunakan seperti bahan2 yang tertera di bawah...makan 2 ketul memang terasa kenyang yang amat...wanpaku ini sesuai dijadikan sebagai bekalan...

      untuk melihat bagaimana langkah demi langkah wanpaku ni dihasilkan boleh klik link https://www.youtube.com/watch?v=UDTluQFmCc8&t=2s yang tertera untuk teruskan menonton diharapkan video ni nanti akan dapat membantu kepada adik2 yang ingin mencuba dan belajar memasak...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe youtube channel Qasey Honey tau...


      WANPAKU AYAM GORENG (SANDWICH CARA JEPUN)
      youtube Qasey Honey

      bahan2
      kepingan isi ayam
      tepung bestari ori/spicy - guna spicy
      olive oil utk menggoreng

      caranya
      nipiskan kepingan isi ayam atau ketuk2kan hingga menipis
      bersihkan ayam tadi (biarkan ayam berkeadaan basah untuk mudah menyalut dengan tepung nanti)
      ambil tepung bestari tadi dan salutkan ayam tadi dengan rata keseluruhannya
      ketepikan dan terus panaskan olive oil secukupnya
      goreng ayam tadi hingga garing sambil dibalik2kan sekali sekala (jangan terlalu garing nanti isi ayam tidak juicy)
      angkat dan toskan minyaknya


      BAHAN UNTUK MEMBUAT SANDWICH
      youtube Qasey Honey

      roti wholemeal - roti ikut pilihan
      isi ayam yang telah di goreng
      daun salad
      thousand island sauce
      lobak merah - hiris nipis
      timun - hiris nipis
      kobis ungu - hiris halus

      caranya
      ambil sekeping roti dan letakkan sehelai atau lebih daun salad
      kemudian paipkan sos thousand island secukupnya
      susun lobak merah sehingga sedikit tebal
      kemudian letakkan isi ayam yang telah di goreng tadi
      susun pula kobis ungu secukupnya
      akhir sekali susunkan hirisan timun sedikit tebal
      paipkan sos thousand island secukupnya dan tutup dengan sekeping roti
      ambil pula plastik wrap dan balutkan sandwich tadi dengan padat dan kemas
      kemudian barulah la di potong bahagian tengahnya
      siap untuk dihidang


      wanpaku / sandwich ayam goreng
      https://www.youtube.com/watch?v=UDTluQFmCc8&t=2s
      jangan lupa subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih

      NASI SERAI / NASI BERINGIN DAN KURMA AYAM BERSAMA TELUR REBUS GERENTI SEDAP

      $
      0
      0

      Salam my kesayangan...

      Beberapa minggu lepas, tiba la hari angin rajin nak masak nasi sedap berperisa begini...lagi pula melayan selera yang teringin sangat nak makan nasi serai atau ada yang memanggilnya nasi beringin...mudah sahaja cara QH masak nasi serai ni dan menggunakan sahaja bahan yang sedia ada di rumah...

      QH masak nasi ni cukup la untuk 3-4 orang makan je...jika mahu lebih boleh gandakan bahan2 seperti di bawah...nasi serai ni sedap je di makan dengan apa sahaja lauk...yang ni QH lawankannya dengan ayam masak kurma dan acar timun...

      lauk kurma tu pon QH teringin sangat juga nak makan...entah la tekak ni kadang tak boleh bawa bincang...heeee...


      Ayam masak kurma ni pon ikut belasahan QH jer...ikut sesedap selera...sebelum ni QH pernah kongsikan resepi kurma telur di sini...nanti cari la yea...ada la ubah suai sikit pada resepi kali ni...

      untuk ayam masak kurma ni QH masukkan juga telur rebus...kali ni ada ayam ada telur...letak sekali kentang dan lobak merah...cukup sempurna dah menu pada hari tersebut untuk seisi rumah QH...sesekali masak begini cukup berselera sungguh la makan...iya la bukan senang untuk menyediakannya jika tiada kerajinan bukan...heeee...apabila keinginan yang melampau boleh pulak masak...lauk kurma ni makin lama makin sedap tau...mungkin semuanya sudah sebati dan meresap pada ayam tu...tak percaya jom cuba... 


      sudah menjadi kebiasaan sekarang ni...semua resepi yang QH masak akan ada video langkah demi langkah...kedua2 resepi ni boleh di tonton dengan hanya klikkan sahaja link yang tertera di sini https://www.youtube.com/watch?v=qg1WtDf8NmA&t=2s dan di sini https://www.youtube.com/watch?v=J3xQnwRn2eU&t=3s...jangan lupa subscribe youtube channel QH dan juga sila like dan share...terima kasih... 


      NASI SERAI WANGI ATAU NASI BERINGIN
      youtube Qasey Honey

      bahan2
      2 cawan beras basmathi - rendam 30 minit
      2 sudu besar minyak sapi
      1 sudu besar minyak jagung
      1 batang kayu manis
      2 kuntum bunga cengkih
      2 biji buah pelaga
      2 kuntum bunga lawang
      1 biji bawang holland - mayang halus
      2 ulas bawang putih - hiris
      1 inci halia - hiris
      3 batang serai - ketuk
      2 helai daun pandan
      2 cawan air
      1/4 cawan susu cair
      1 kiub pati ayam
      1 sudu besar kismis - optional
      2 helai daun mint
      garam secukup rasa



      caranya
      Panaskan periuk nasi di atas dapur, masukkan minyak jagung dan minyak sapi.
      Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Tumis hingga naik baunya.
      Kemudian kita tumiskan bawang holland, bawang putih dan halia tumis hingga naik bau dan layu.
      masukkan pula serai dan daun pandan. Tumis lagi
      Tambahkan air, susu cair, kiub ayam, kismis, daun mint dan garam secukup rasa. Kacau rata.
      Akhir sekali masukkan beras yang telah direndam 30 minit dan ditos airnya.
      Alihkan periuk dan sambung masak nasi macam biasa menggunakan periuk nasi.
      Apabila nasi telah masak, kacau menggunaka chopstick supaya nasi tak patah dan hancur.


      ACAR SIMPLE

      bahan2
      1 batang lobak merah - sagat halus
      1 batang timun jepun - sagat halus
      2 batang cili merah - hiris halus
      1 biji bawang besar - hiris halus
      gula secukup rasa
      garam secukup rasa
      cuka - jika suka

      caranya
      satukan semua dan gaul rata









      AYAM MASAK KURMA SEDAP

      youtube Qasey Honey

      bahan2
      1/2 ekor ayam
      1  batang kulit kayu manis
      3 kuntum bunga lawang
      1 batang lobak merah
      3 biji kentang
      1 kotak kecil santan
      2 cawan air
      3 tangkai cili hijau
      6 biji cili padi
      1 biji tomato
      4 biji telur rebus
      garam secukup rasa

      bahan kisar
      1 biji bawang besar
      2 biji bawang merah
      5 ulas bawang putih
      2 biji buah keras
      1 inci halia

      bahan pes
      3 sudu besar rempah kurma
      3 tangkai daun kari
      1 sk asam jawa
      1/2 sk garam
      1/2 cawan air



      caranya
      Panaskan minyak masak secukupnya. Tumis bunga lawang dan kulit kayu manis hingga naik bau.
      masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
      Masukkan pes kurma dan tumis hingga pecah minyak.
      Kemudian masukkan lobak merah, kentang dan ayam. Kacau rata dan tutup periuk hingga semuanya empuk dengan api sederhana.
      Buka penutup periuk, masukkan santan yang telah dicampurkan dengan air. Kacau rata dan biarkan hingga sedikit mendidih sambil kacau sekali sekala.
      Masukkan pula lada hijau, cili padi, tomato dan telur rebus. Kacau perlahan hingga mendidih. Sesuaikan rasanya dengan perasa. Siap.


      nasi serai / nasi beringin
      https://www.youtube.com/watch?v=qg1WtDf8NmA&t=2s

      ayam masak kurma

      https://www.youtube.com/watch?v=J3xQnwRn2eU&t=3s

      jangan lupa like, share dan subscribe youtube channel Qasey Honey...terima kasih



      AIR DETOX SIRAP SELASIH YANG SEGAR DAN SEDAP

      $
      0
      0
       

      Salam my kesayangan..

      mari segarkan tekak dengan minuman yang segar dan sejuk ni di kala cuaca yang panas...walau terkadang ada ketikanya hujan tetapi minuman sejuk tetap menjadi pilihan...terutama sekali QH ler...heeee...

      sesekali rajin juga la QH buat minuman detox ni jika ade beli buah lemon...sebelum ni QH pernah buat menggunakan air soda dan resepinya juga pernah dikongsikan di sini...boleh tengok di side bar tepi tu...antara top 5 resepi tu...kali ni QH buat lagi dengan menggunakan air sirap pula...haissss sedapnya tidak terkata...heee...rasa segar je apabila lalu di tekak...

      kalau buat di bulan puasa pasti laku air ni...maklum la sejuk dan warnanya pula mengundang selera betulkan...

      untuk air detox sirap ni QH turut menyediakan video langkah demi langkah di youtube...klik link https://www.youtube.com/watch?v=IBcaeGIl9x8 yang tertera ni untuk teruskan menonton...walaupon buat air ni mudah terkadang ada yang ragu2 dan kurang pasti untuk membuatnya...dengan bantuan video yang ni ada ni...lagi memudahkan kerja2 memasak...sebelum tu suka sangat untuk diingatkan supaya semua yang singgah ke sini untuk subscribe, like dan share youtube channel QH...terima kasih diucapkan untuk kerjasama semua...


      AIR DETOX SIRAP

      bahan2
      Gula secukup rasa
      air panas secukupnya
      1 tin laici - ambil airnya sekali
      biji selasih secukupnya - rendam hingga kembang
      daun mint secukupnya
      1 biji lemon
      air sirap yg telah siap dibancuh tanpa gula (3 cawan)
      nata decoco secukupnya
      ais batu


      caranya
      sediakan bekas yang sesuai dan masukkan gula pasir secukup rasa (ikut tahap kemanisan masing2)
      kemudian curahkan sedikit air panas untuk larutkan gula tadi
      masukkan pula laici bersamaairnya, biji selasih yang telah kembang, daun mint dan hirisan lemon. gaul semuanya hingga sebati
      masukkan air sirap yang telah di bancuh tanpa gula, nata decoco dan ais batu. kacau semuanya dan perasakan rasanya
      jika sudah sempurna boleh terus untuk di hidang


      air detox sirap sedap
      https://www.youtube.com/watch?v=IBcaeGIl9x8
      jangan lupa subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


      RESEPI VIRAL CORNDOG MOZZARELLA YANG MUDAH DAN LEBIH JIMAT JIKA BUAT SENDIRI

      $
      0
      0


      Salam my kesayangan...

      Kembali bersama resepi viral...kali ni QH menerai buat corndog mozzarella pula...maklum la sekarang ni tengah bersepah2 di mana2 baik di media sosial dan juga di gerai di luar sana...tengah hangat sekarang ni kan...harga yang dijual juga berbeza mengikut tempat...ada yang murah dan ada juga yang tinggi sedikit harganya...sebetulnya corndog ni agak mahal apabila ada mozzarella cheese tu...letak lebih mahal la harganya...

      jika kita buat sendiri ianya lebih jimat dan dapat menghasilnya dengan banyak...seperti resepi ini boleh dapat 12 ketul corndog tau...QH siap buat untuk frozen lagi...maklum la kudapan kekinian ni tak boleh nak makan banyak2 dalam 1 masa...ikut tekak QH mudah muak...jadi 1 hari satu je boleh makan...memang puas makannya...heee...

      pada yang masih belum mencuba, silakan mencuba menggunakan resepi ni...amat mudah untuk buat sendiri di rumah...modal pon serendah rm50 ke bawah je tau...

      untuk resepi ni QH ada sediakan video langkah demi langkah...boleh klik link https://youtu.be/q-R5KKtS-FQ yang tertera untuk terus menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel QH tu yea...terima kasih


      CORNDOG MOZZARELLA SEDAP
      youtube Qasey Honey

      bahan2
      sosej ayam
      mozzarella cheese
      cheddar cheese
      2 cawan tepung gandum
      4 sudu besar gula
      4 sudu kecil baking powder
      1/2 sudu kecil garam
      2 biji telur
      3/4 cawan susu segar
      serbuk roti secukupnya


      caranya
      potong sosej dan mozzarella kecil2 ikut kesuaian
      Cucukkan sosej dan mozzarella tadi dengan lidi bersih. kemudian gulungkan dengan cheddar. Apabila telah siap masukkan ke dalam peti sejuk (lebih kurang 30 minit atau lebih)
      di dalam bekas yang lain satukan tepung gandum, gula, baking powder, garam, telur dan susu segar. Gaul semuanya hingga rata dan sebati.
      Ambil sosej yang telah disejukkan tadi dan celupkan ke dalam bancuhan tepung.
      kemudian salutkan dengan breadcrumb hingga rata. padat2kan dengan menggunakan tangan. buat sehingga siap.
      panaskan minyak masak dan goreng hingga kuning keemasan.
      hidang panas bersama sos cili dan mayonis.


      corndog mozzarella sedap
      https://youtu.be/q-R5KKtS-FQ
      jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


      AYAM KAM HEONG YANG SEDAP DAN PASTI MENJILAT JARI

      $
      0
      0

      Salam my kesayangan...

      beberapa hari yang sudah teringin benar nak makan lauk ni...kam heong ni masak la guna apa sekalipon tak pernah tak sedap...sebelum ni QH pernah kongsikan resepi ni...masa tu QH masak udang kam heong...memang layan habis...nanti cari la resepi tu di label UDANG yea...kali ni QH masak ayam kam heong pula...ayam tu kena goreng garing baru la power giler...makan sejenis lauk ni pon dah cukup...kalau ada lauk lain akan mengacau rasanya pula...jangan lupa nasi panas2...pasti bertambah tau nanti bila makan...di dalam lauk ni boleh tambahkan lobak merah atau lain2 sayuran yang sesuai...

      resepi ni QH ada sediakan video langkah demi langkah di youtube channel Qasey Honey tau...klik je link https://www.youtube.com/watch?v=5PL0l68Zgas&t=5s yang tertera tu untuk teruskan menonton...sebelum jangan lupa untuk subscribe, like dan share tau...terima kasih


      AYAM KAM HEONG SEDAP
      youtube Qasey Honey

      bahan2
      1/2 ekor ayam
      garam secukup rasa
      serbuk kunyit secukupnya
      1 sudu kecil lada hitam - kisar

      caranya
      bersihkan ayam dan potong kecil-kecil
      kemudian gaul dengan garam secukupnya, lada hitam dan serbuk kunyit. gaul sehingga rata
      panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. angkat dan ketepikan.



      bahan sos
      3 ulas bawang putih - hiris
      1 biji bawang besar - hiris
      3 sudu besar serbuk kari
      3 tangkai daun kari
      6 biji cili merah
      7 biji cili padi
      1 batang lobak merah
      air secukupnya
      sudu besar sos cili
      sudu besar sos tomato
      sudu besar sos tiram
      sudu besar kicap lemak manis
      garam dan gula secukup rasa
      1 biji bawang besar



      caranya
      ambil sedikit minyak bekas menggoreng ayam tadi
      apabila minyak telah panas, tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau dan layu.
      kemudian masukkan serbuk kari dan daun kari. tumis lagi hingga pecah minyak.
      masukkan cili merah, cili padi, lobak merah dan air secukupnya. kacau rata.
      masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap lemak manis, garam dan gula secukup rasa. kacau rata
      akhir sekali masukkan ayam yang telah di goreng tadi bersama bawang besar. gaul rata.
      perasakan rasanya, jika ok matikan api dan sedia untuk dihidang.



      ayam kam heong
      https://www.youtube.com/watch?v=5PL0l68Zgas&t=5s
      jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


      POPIA SAYUR RANGUP DAN MUDAH UNTUK DISEDIAKAN...JUGA SEDIKIT TIPS

      $
      0
      0

      Salam my kesayangan...

      cuti sekolah telah bermula...mana yang tidak pergi ke mana2 tu...jom buat projek masak2 di dapur...maklum la bila tiba musim cuti sekolah begini, semua anak2 ada di rumah...sudah tentu pelbagai permintaan yang telah diminta oleh mereka kan...terutama sekali pada yang duduk di asrama...mereka sudah semestinya merindui air tangan ibunya apabila berjauhan...sebagai ibu pula tentu tidak sampai hati untuk tidak menunaikannya kan...

      apa kata hari ni mulakan projek dengan membuat popia sayur...bukan sahaja sedap malah penyediaannya juga sangat mudah...boleh juga buat bersama dengan anak2...bila buat beramai2 cepat sikit siapnya...buat banyak2 pon boleh...lepas tu selebihnya boleh di frozenkan...apabila nak makan pada bila2 masa tinggal boleh gorengkan sahaja...


      jika nak buat banyak...gandakan sahaja bahan2 di bawah tu...ni QH buat sikit jer...30 keping pon tak sampai...cukup la untuk isi rumah QH yang tak ramai tu...makan sorang sikit...

      untuk mendapatkan popia yang rangup...lepas masak inti tu toskan inti tadi sampai airnya habis keluar...jika tidak kulit popia akan basah dan mudah terkoyak...lepas tu dah letakkan inti...gulung popia dengan kemas...lipat kiri kanan kulit tu dengan padat...supaya semasa menggoreng popia tu nanti tidak berminyak dan lembik apabila sejuk...jika rajin buat sos cili tu sendiri lagi sedap...ni QH makan dengan sos cili botol je heeee....

      macam biasa buat adik2 yang ingin belajar untuk membuat popia sayur ni sendiri...QH ada menyediakan video langkah demi langkah cara membuatnya...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=WQCB824SuKM yang tertera untuk terus menonton...sebelum tu jangan lupa subscribe youtube channel QH tau...banyak lagi video2 menarik ada di sana...


      POPIA SAYUR RANGUP
      youtube Qasey Honey

      Bahan2
      kulit popia secukupnya
      1 batang timun - sagat
      1 batang carrot - sagat
      1/2 biji sengkuang - sagat
      garam secukup rasa

      bahan kisar
      satu genggam udang kering
      3 biji bawang merah
      2 ulas bawang putih

      bahan gam
      tepung gandum + sedikit air - satukan


      caranya
      panaskan sedikit minyak masak.
      kemudian tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing.
      masukkan pula timun, lobak merah dan sengkuang yang telah di sagat halus. kacau hingga kesemuanya rata.
      perasakan dengan garam secukup rasa.
      angkat dan tapis inti tadi biar airnya keluar. sejukkan sebentar sebelum digunakan.
      sediakan kulit popia, lapikkan dengan kain sejuk supaya kulit tidak kering.
      ambil sekeping kulit popia dan masukkan inti yang telah ditapis tadi.
      gulungkan dengan kemas dan sapukan hujungnya dengan campuran tepung gandum sebagai gam. buat sehingga selesai.
      panaskan minyak masak dan goreng popia hingga kuning keemasan. angkat dan toskan minyaknya.
      hidangkan bersama dengan sos cili.


      popia sayur rangup
      jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


      RESEPI PALING MUDAH BUBUR CHA CHA BERSAMA KELEDEK OREN DAN SAGU...GERENTI SEDAP

      $
      0
      0

      Salam my kesayangan...

      lama rasanya tak masak bubur cha cha di rumah...hari tu jalan2 di Giant ternampak la bubur cha cha ni di rak...terpandang pula pada sagu yang mengedik kat rak yang sama...hmmm...pandang ke depan sedikit nampak elok pulak keledek oren terletak disitu...ehhh lengkap semua yang kita nak ada di situ...apalagi tanpa pikir panjang terus je la sambar semuanya tu...terus rasa tak sabar nak masak bubur cha cha ni di rumah...tekak pon bagaikan menari mengikut rentak yang sama...heeee...

      masak pon sekadar cukuplah untuk melepaskan mengidamnya tu...dapat la seperiuk kecil yang boleh diulang makan 4-5 kali...apabila dah di tambah itu dan ini...agak banyak juga la hasilnya...rasa puas sangat dan nikmatnya la apabila manisan ni berjaya juga untuk ditunaikan...



      untuk masak bubur cha cha ni mudah sahaja...tak perlu bersilat beriya2 sangat kat dapur tu...terdapat juga pelbagai cara untuk masak bubur ni...tetapi QH lebih suka ikut dengan cara belasahan sendiri...ikut kemahiran dan daya kreativiti masing2 la ekkk...yang ni cara yang QH gunakan untuk masak bubur cha cha ni...boleh lihat pada resepi yang QH sediakan seperti di bawah sana tu yer...

      bubur ni QH masak kuahnya agak cair sedikit sebab lama kelamaan ianya akan menjadi pekat sendiri apabila telah sejuk nanti...sedap di makan ketika panas dan sejuk...ikut selera yea nak dimakan sejuk atau panas tau...QH suka kedua2 style tu...puas dan amat puas makan hasil dari airtangan sendiri...

      untuk lebih mudah faham buat adik2di luar sana...boleh tonton video yang telah QH sediakan di channel youtube Qasey Honey tu...klikkan sahaja pautan link https://www.youtube.com/watch?v=TKBMY27tJCY yang tertera untuk teruskan menonton yea...sebelum tu jangan lupa untuk subsciber, like dan share tau...terima kasih...



      BUBUR CHA CHA, KELEDEK OREN DAN SAGU
      youtube Qasey Honey

      langkah 1
      1 1/2 cawan bubur chacha
      1 helai daun pandan
      air secukupnya

      caranya
      satukan semua bahan di atas di dalam periuk yang sesuai
      kemudian rebus sampai bubur cha cha lembut
      setelah lembut, matikan api dan tapis. lalukan di bawah air paip. tapis dan ketepikan. (untuk mempercepatkan proses merebus, tutup periuk dan biarkan hingga mendidih)

      langkah 2
      1/2 cawan biji sagu
      1 helai daun pandan
      air secukupnya

      caranya
      satukan semua bahan di atas di dalam periuk yang sesuai
      kemudian rebus biji sagu hingga kelihatan jernih.
      matikan api dan tapis. Ketepikan. (untuk mempercepatkan proses merebus, tutup periuk dan biarkan hingga mendidih)



      langkah 3
      1-2 biji keledek oren - potong kecil ikut kesesuaian
      2 helai daun pandan - simpul
      1 liter air
      2 sudu besar gula merah
      1 keping gula melaka/apong
      1 kotak kecil santan - 200 ml 
      1/4 sudu kecil garam - optional

      caranya
      guna periuk yang besar sedikit, masukkan air, daun pandan dan keledek oren. rebus hingga empuk tetapi jangan sampai lembik nanti keledek akan hancur (untuk mempercepatkan proses merebus, tutup periuk dan biarkan hingga mendidih)
      kemudian masukkan gula merah dan gula melaka. kacau hingga gula larut.
      tambah santan dan kacau perlahan.
      masukkan pula bubur cha cha dan sagu yang telah direbus awal tadi. kacau rata hingga semua sebati
      akhir sekali perasakannya dengan garam. siap



      bubur cha cha bersama keledek oren dan sagu
      jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


      AYAM MASAK LEMAK CILI PADI BERSAMA TELUR REBUS PASTI SEDAP

      $
      0
      0

      Salam my kesayangan...

      lauk yang sering sahaja membuatkan QH selalu melanggar pantang apabila makan...rasa tak syok pula makan kalau tidak bertambah dengan lauk masak lemak cili padi ni...sejenis lauk yang tidak pernah jemu2 untuk di masak selalu...pelbagai versi yang telah QH kongsikan resepi ni di sini...kejap letak ikan la...letak udang la...kali ni teringin pula nak masak ayam masak lemak cili padi bersama telur rebus sebagai pelengkap menu pada hari tersebut...

      kalau masak lemak cili padi kena buat pedas2 sikit baru la umphhh rasanya...macam biasa la untuk menambahkan lauk tu lagi meriah...QH tambahkan kentang dan lobak merah di dalamnya...sebagai pelengkapnya pula semasa makan tambah telur dadar pada QH lauk ni dah cukup sempurna... 


      untuk masak lemak cili padi ni tak perlu untuk ditumis pon takpe...tetap sedap rasanya...kebiasaannya memang amat jarang untuk orang menumis lauk ni...cukup sekadar leburkan sahaja semua ke dalam periuk...mulakan dengan ayam...selepas tu masukkan bahan kisar sehingga ke bahan seterusnya...amat senang untuk masak lauk ni...jangan takut untuk masak menggunakan santan...pandai kawal api dan sentiasa kacau perlahan...in shaa Allah hasilnya akan sangat sempurna...takde la nampak santan tu pecah dan berbintil2...

      untuk resepi ni QH ada menyediakan video langkah demi langkah sehingga siap di youtube channel Qasey Honey...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=D84E171WwTU yang tertera untuk teruskan menonton...jangan lupa untuk subscribe, like dan share tau...terima kasih...


      AYAM MASAK LEMAK CILI PADI BERSAMA TELUR REBUS
      youtube Qasey Honey

      bahan2
      1/2 ekor ayam
      2 batang serai - diketuk
      2 biji kentang
      2 cawan air
      1 batang lobak merah
      1 sudu kecil asam jawa
      200 ml santan
      garam dan gula secukup rasa
      1 helai daun kunyit
      4 biji telur yang telah di rebus

      bahan kisar
      1 biji bawang besar
      3 biji bawang kecil
      3 ulas bawang putih
      2 biji buah keras
      1 inci kunyit
      2 inci halia
      20-25 biji cili padi - boleh tambah jika suka lagi pedas



      caranya
      bersihkan ayam dan potong mengikut saiz yang dikehendaki
      panaskan periuk dan masukkan ayam, bahan kisar dan serai. gaul rata.
      masukkan pula air dan kentang. kacau rata dan tutup periuk sampai semuanya empuk.
      kemudian masukkan lobak merah, asam jawa, santan, garam dan gula secukup rasa. sekali sekala kacau perlahan hingga mendidih.
      akhir sekali masukkan daun kunyit dan telur rebus. kacau perlahan dan perasakan rasanya. siap



      ayam masak lemak cili padi bersama telur rebus
      jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


      KUIH BAKAR PANDAN SEDAP TANPA PEWARNA...JOM BELAJAR CARA MUDAH MEMBUATNYA

      $
      0
      0

      Salam my kesayangan...

      Kali ni muncul dengan kuih tradisional yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai dan begitu juga QH...paling suka apabila kuih ni garing kat atas tu...sangat wowwww rasanya...QH pula lebih suka makan kuih ni panas2 heeee...keluar dari oven tu, biarkan sekejap lepas tu terus rasa nak ngappp...tak tertahan dengan baunya yang sangat wangi tu...memang tergugat habis la dengan aromanya ketika di bakar tu...semerbak 1 rumah...tengok je la dalam gambar ni...tinggal 3 je lagi...satu lagi awal2 lagi QH dah kidnap...heeee

      Seelok2nya biarkan la kuih ni sejuk dahulu baru la cantik rupanya apabila dipotong nanti...jangan pula hidangkan kepada tetamu ketika masih panas tau...tak pernah dibuat orang lagi kaedah tu...untuk makan sendiri takpe dibenarkan...heee


      kuih bakar pandan ni memang tidak jemu di pandang...apatah lagi untuk di makan...sentiasa ada peminatnya yang tersendiri...lagi bertambah sedap apabila kita hanya menggunakan rasa pandannya yang asli dari daun pandan...untuk kuih ni juga QH tidak menggunakan pewarna...tu yang warnanya kelihat pucat sedikit...tetapi rasanya tidak ada tolak bandingnya...sangat sedap...

      untuk buat kuih bakar pandan ni sangat mudah tau...rasanya nilah kuih yang paling senang untuk di buat...cuma kisarkan sahaja kesemua bahan2nya, lepas tu bakar...siap dah boleh dihidangkan untuk minum petang...

      walau pun begitu...video langkah demi langkah tetap QH sediakan untuk rujukan semua di luar sana...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=LHqjgmMbCmo yang tertera untuk teruskan menonto...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe, like dan share channel youtube Qasey Honey tau...terima kasih


      KUIH BAKAR PANDAN / BINGKA PANDAN
      sumber Sinar Kehidupanku
      youtube Qasey Honey

      bahan2
      2 1/4 cawan santan (200 ml + 1 1/4 cawan air)
      2 cawan tepung gandum
      1 cawan gula
      3 biji telor
      1/2 sudu teh garam
      1 cawan jus pandan (10 helai daun pandan - tapis)
      2 sudu besar mentega - cairkan
      bijan secukupnya



      Caranya
      Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati kecuali bijan.
      Masukkan 2 sudu kecil minyak masak ke dalam loyang dan oleskan dengan rata.

      Panaskan loyang ke dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
      Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180C guna api atas dan bawah sampai kuning/garing (Yatie bakar selama 1 jam 15 minit, kalau nak garing lagi guna api atas dalam 5 minit terakhir).
      Apabila telah masak keluarkan dari oven dan biarkan hingga sejuk barulah dipotong dan hidangkan.



      kuih bakar pandan / bingka pandan sedap
      https://www.youtube.com/watch?v=LHqjgmMbCmo
      jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih



      MUDAHNYA BUAT KUIH TIRAM ATAU LIDAH BUAYA SENDIRI...JOM CUBA!! PASTI JIMAT

      $
      0
      0

      Salam my kesayangan...

      Bersua kembali...
      Beberapa hari juga QH mengerahkan idea untuk menaip di sini...agak tepu pulak idea untuk mengarang...kalau idea mencurah2...laju je menaip...bila sel2 otak tidak berfungsi...buka tutup buka tutup jer la blog ni...

      Untuk kali ni QH pertama kali mencuba buat kuih tiram atau ada yang panggilnya sebagai kerepek lidah buaya la...resepi ni telah 7 tahun tau QH simpan...lama sangat dah diperam resepi ni...belum sampai jodoh tentunya...heeee

      kuih tiram ni merupakan salah satu kerepek kegemaran QH tau...raya ke tak raya kalau teringin nak makan...laju je QH cari...biasa bila balik kampung QH akan singgah la sekejap ke Pekan Parit Raja atau Ayer Hitam, Johor untuk membeli kerepek untuk buat stok di KL...

      lepas tu pula QH suka kerepek ni dipenuhi dengan gula yang berkepok2...barulah ngam terok rasanya...kalau gulanya tu kurang pada QH memang tak sedaplah kerepek ni...


      sambil duduk2 di rumah hari tu...sempat la QH mengemas list resepi yang QH simpan untuk di cuba...terpandang la resepi kuih tiram ni...nampak senang, apalagi terus la mencuba...

      memang senang sungguh la nak buat kerepek ni...buat 500gm tepung dapat la hampir 2 balang seperti gambar di bawah tu...modal untuk kuih tiram ni lebih kurang RM10 je kot...sebab bahan2 yang digunakan adalah bahan harian yang memang sedia ada di rumah...sangat jimat la apabila buat sendiri...

      untuk saiz kerepek ni terpulang pada pilihan sendiri...nak cepat habis boleh la buat besar2 sedikit...kalau nak nampak comel2 sikit...buat la saiz kecil2...seperti yang QH buat ni lepas diuli tu...QH bahagikan doh kepada 8 bahagian...lepas tu barulah dicanai nipis...

      nak lebih tahu dan mudah faham...boleh tonton video langkah demi langkah cara membuatnya sehingga akhir yang telah QH sediakan untuk rujukan semua di luar sana...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=fkIwYEVk4CI&t=1s yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe, like dan share channel youtube Qasey Honey tau...terima kasih


      KUIH TIRAM
      sumber HaSue
      youtube Qasey Honey

      Bahan A
      500 gm tepung gandum
      1 biji telur gred A
      2 sudu besar margerin 
      1/4 sudu kecil garam
      160 ml air atau secukupnya

      Bahan B
      3 sudu besar tepung jagung
      6 sudu besar minyak masak

      Hiasan
      snow powder/gula kastor secukupnya

      Langkah 1
      Satukan bahan B sehingga menjadi smooth paste. Ketepikan sementara.


      Langkah 2
      Satukan semua bahan A, dan uli sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit dan kalau keras tambah air)
      Canai doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. 
      **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja

      Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung. Sapu rata.
      Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari (untuk mendapat lapisan yang banyak,kena la canai adunan panjang agar gulungannya pun banyak kali).
      Nipis dan tebal terpulang kepada selera masing2 ye

      Tekan sedikit dengan jari agar mudah untuk dicanai
      Amik doh kecil tadi & canai leper. bila dah agak leper, nak canai 2 atau 3 sekali pun boleh.
      Dah canai tu, susun atas dulang yang sudah di tabur tepung agar tidak melekat satu sama lain.


      Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.

      Goreng hingga kekuningan (api jangan terlalu kuat), toskan minyak dan sira atau gaul dengan gula halus/snow powder.
      Apabila telah sejuk, bolehlah di simpan dalam bekas kedap udara


      kuih tiram / lidah buaya
      jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


      RAINBOW CUPCAKE / KEK PELANGI YANG SEDAP DAN MUDAH UNTUK DISEDIAKAN

      $
      0
      0

      Salam my kesayangan...

      sebelum berakhirnya tahun 2019 ni...sempat la kot untuk menyiapkan beberapa lagi entri lagi...terpulang kepada idea ni nak muncul ke tidak masa tu...heeee


      sebenarnya teringin pula QH nak makan kek pelangi...nak buat versi lapis2 terasa malas pula...pahadal yang tu yang membuat QH terasa teringin sangat nak makan...tetapi kerajinan yang ada tidak memberikan kerjasama...buat la rainbow cake ni versi cupcake...rasanya tetap sama juga cuma takde la lapisan krim tu...ada masa tekak ni teringin juga nak makan kek berkrim...nampaknya kenalah tunggu mood betul2 rajin...nak buat juga nanti rainbow cake tu sebiji...selera mengalahkan orang menggandung pula...heeee



      untuk cupcake rainbow ni...resepinya QH ambil dari blog Masam Manis...nak makan pon tak banyak...memang elok sangat la resepi ni...dapatlah 12 ketul kek cawan ni bersaiz M...cuma kek yang QH buat ni terlebih kaler la pulak...nanti kalau korang nak buat...kurangkan la sedikit warna tu ekkk...lepas tu teringin pula nak buat rerama kat atas tu...jadik la butterfly yang cacat...hahaha...lama tak mendeko kek...tangan ni menjadi kaku pulak...acehhhh padahal memang tak berseni tangan tu...


      untuk cupcake ni, QH ada sediakan video langkah demi langkah di youtube channel Qasey Honey...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=15PJsye2GS8&t=1s yang tertera tu untuk teruskan menonton...jangan lupa untuk subscribe, like dan share tau...terima kasih...dengan adanya video ini...semoga ianya dapat membantu dan membuatkan semua akan lebih faham cara membuat cupcake ni dengan cara yang mudah...terus menonton yea...jangan lupa pesanan QH di atas tu...ngeeee


      RAINBOW CUPCAKE / KEK PELANGI 
      sumber Masam Manis
      youtube Qasey Honey

      bahan A

      1 1/2 cawan tepung gandum
      2 sudu kecil baking powder
      1/4 sudu kecil garam 

      bahan B
      1/2 cawan marjerin - suhu bilik 
      3/4 cawan gula castor 
      2 biji putih telur - suhu bilik (gred A)
      1 sudu kecil esen vanila
      3/4 cawan susu segar - suhu bilik

      bahan C
      pewarna merah, hijau, biru, purple, kuning dan oren

      hiasan
      1 cawan non dairy whip cream - putar hingga kental

      manik gula warna warni



      caranya
      Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
      Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
      Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
      Masukkan esen vanila
      Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

      Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.

      *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
      maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

      Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
      Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
      Tompokkan setompok setompok warna berlainan warna dan berselang seli dalam paper cup
      Buat hingga semua adunan habis

      * untuk mudah masukkan adunan dalam plastik bag atau pipping bag
      Gunakan lidi bersih dan buatkan satu putaran pada permukaan kek

      Bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga kek masak sempurna.


      Cara membuat rama-rama
      Potong permukaan cupcake dengan pisau
      Permukaan kek yang dah di potong tu kita potong pula pada 2 bahagian ~ rujuk gambar di atas
      Paipkan cream atau buttercream atas permukaan kek yang telah di potong
      Kemudian susunkan permukaan kek untuk membentuk rama-rama
      Letakkan manik sebagai badan rerama


      FRESH CREAM FROSTING
      By: Wilton
      Rujukan : Kak Cek

      bahan2
      2 cawan Non Dairy Whip Topping ~ pastikan dari peti ais
      1/2 cawan gula icing - QH tak letak
      1 sudu kecil esen vanila - QH tak letak

      caranya
      Menggunakan Stand @ hand mixer....whisker....pukul whip topping sehingga agak kental...
      Masukkan gula icing ...vanila esen dan pukul lagi hingga frosting fresh cream betul2 'stiff '
      Siap dah ...boleh gunakan utk deco cupcake tadi...

      Decoration ikut citarasa memasing ya...


      Untuk Cream kalau nak buat yang tahan lama macam kita nak buat hantaran dan tak mau dia cepat cair dalam perjalanan ita cadangkan cuba resepi ni 

      BUTTERCREAM

      bahan2
      80 gm butter
      250 gm creamwell
      1/2 cawan icing sugar
      1/4 cawan golden sirap

      caranya
      Potong butter kiub. Satukan butter bersama cream wel dan pukul hingga kembang dan putih
      Icing sugar di ayak. Masukkan icing sugar dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi. Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.
      Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
      Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.

      Kalau nak makan sendiri dan nak kan rasa yang lebih sedap boleh cuba yang ni..


      kek cawan pelangi / rainbow cupcake
      jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih

      QASEY HONEY DI RANCANGAN NONA (Episod 40) - SEGMEN BUNGA TELANG

      $
      0
      0


      Salam my kesayangan...

      hari ni merupakan hari terakhir di tahun 2019...tahun yang dinanti-nantikan oleh semua akan tiba jua...in shaa Allah umur panjang dapat lah bersua di tahun 2020...

      apabila melihat di media2 sosial...terdapat pelbagai reaksi dan status apabila nak menjelang 2020 ni...yang paling popular sekali mengenai kereta terbang la...heee...terhibur juga baca pelbagai komen netizen ni...



      maklum la sejak di sekolah rendah lagi kita telah disogokkan dengan slogan "Wawasan 2020"...siap lagu dia lagi kita hafal dan nyanyi setiap kali perhimpunan kan...jadi sebagai seorang murid yang naif ketika tu...kita ni mula la membayangkan pada tahun 2020 nanti suatu yang zaman yang serba serbi canggih termasuk la kereta terbang tu...siap ada pertandingan buat esei lagi tau...QH dapat la tempat pertama untuk kelas masa tu...heeee...tu zaman bebudak masa sekolah dulu...


      sekarang ni nak cerita pula apa yang telah berlaku beberapa bulan yang lepas...draft ni dah lama QH simpan cuma tak terupdate jek...boleh bantai update resepi je...heee

      pada bulan oktober yang lepas...maaf tak ingat dah bila tarikhnya...QH telah disunting oleh pihak team Nona TV3 untuk segmen bunga telang

      semasa dapat whatsapp dari adik Shamin tu...lama juga la QH memikirkan tentang hal tersebut...kerana sebelum ni ada juga la beberapa program lain yang mengundang QH untuk muncul di TV...tetapi masa tu QH masih belum bersedia lagi...malu pon ye juga...


      tetapi untuk kali ni...QH telah terbuka hati untuk menerimanya...asyik nak menolak je bila nak timba pengalaman yang lain kan...walau sebelum ni QH pernah muncul di TV dan melalui pengalaman bagaimana untuk shooting masak2 ni...ternyata pengalaman untuk kali ni berbeza sikit...dimana ianya telah dibuat di rumah sendiri dan QH menyediakan semuanya juga...

      walaupon agak penat tetapi sangat berpuashati apabila semua telah selesai...cuma ada la terpeleot sikit...QH jadikannya sandaran untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan tersebut di masa akan datang jika mempunyai peluang sebegini lagi...


      terima kasih kepada pihak team Nona TV3 dan adik Shamin kerana sudi menjemput kak QH untuk salah satu segmen rancangan Nona kendalian awak yea...minta maaf jika terdapat kesilapan dan kekurangan sepanjang shooting tersebut berlangsung...jangan serik tau untuk bekerjasama lagi dengan akak di masa akan datang...


      di dalam segmen bunga telang ni, QH telah menunjukkan cara membuat nasi lemak bunga telang, onde-onde bunga telang dan kaswi bunga telang...sejak berkenalan dengan bunga telang ni...QH memang jatuh cinta betul dengan bunga ni...banyak yang QH nak tunjukkan resepi yang boleh digunakan dengan bunga telang ni...semuanya mengambil masa la sedikit...ada masa QH akan updatekan dari masa ke semasa yea...


      sebelum terlupa...segmen bunga telang dari QH ni telah pon ditayangkan di TV3 pada 27 Oktober 2019 yang lepas...pada yang terlepas untuk menonton boleh tonton rancangan Nona episod 40 ni pada di youtube TV3 atau di akhir entri ni ada QH letakkan youtube tersebut...jadi boleh la tonton di situ...


      semuanya telah siap...perut pon sudah berlagu...apalagi jom la kita isi dan kenyang perut dengan hidangan yang tidak beberapa ni dari QH...

      dikesempatan ini juga QH ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sponsor2 dapur QH seperti Saji, Mak Siti, Ayambrand, SnPsantan dan juga kepada pihak yang telah berkolaborasi dengan QH...terima kasih juga kepada semua yang sudi singgah dan sokong blog Qasey Honey dari masa ke semasa...

      semoga di tahun 2020 nanti Qasey Honey akan terus mengutip dan menyimpan memori serta pengalaman yang lebih indah dari 2019 ni...salam sayang semanis gula untuk semua...


      RESEPI TERBAIK PAU SAMBAL ATAU BURGER MALAYSIA YANG GEBU, LEMBUT, SEDAP DAN MUDAH

      $
      0
      0


      Salam my kesayangan...

      selamat tahun baru buat semua...Alhamdulillah sampai jua tahun 2020 yang ditunggu2kan oleh semua...semoga di tahun ni akan lebih baik dari tahun sebelumnya...dimurahkan rezeki dan dimakbulkan doa2 yang lain...azam? bawak azam yang lepas ke tahun ni yang mana belum tercapai lagi tu...apakah? rahsia heeee

      baik la...tengok2 di draft rupanya masih ada lagi entri tahun lepas yang masih belum diupdate...boleh pula ada yang tercicir tu ekkk heeee...jadi abaikan sahaja watermark pada gambar tu...jangan pening2 hihii...burger sambal ni QH dah buat pada tahun lepas lagi...ada yang panggil burger malaysia atau pau sambal...apa pon namanya...kuih ni merupakan kuih paling peberet tau...

      lagi2 bila bulan puasa...boleh dikatakan hari2 mesti ada kuih ni kat atas meja...kiranya macam penyerilah kuih ni di atas meja tu...tapi tu la bila beli ni tak semuanya indah2 belaka...yang sedap, sedap sangat...kena yang hampeh...sambal pula masam...pau lak kematu dan berminyak...sambal macam sapu butter pon ade...pendek kata pelbagai edisi yang boleh jumpa pada kuih ni...terkena macam tu memang boleh mematikan selera...


      nak rasa puashati sangat buat la sendiri...resepi ni memang QH jatuh cinta sangat...simple tapi hasilnya sangat2 menakjubkan...cukup lembutnya...cukup gebunya...dah sejuk pon teksturnya tetap sama...empunya resepi juga sertakan sekali dengan sambal bilisnya...aishhh cukup pakej dah tu...sedap semulajadi...ringkas dan padat...lepas tu buh la sambal tu banyak2 sikit...gumbira hati dapat makan hasil yang sangat sempurna...korang di luar sana wajib untuk cuba tau...nak buat niaga pon sangat rekemen...

      disini QH sertakan dua cara untuk membuat pau goreng tu...satu uli dengan tangan...satu cara lagi menggunakan breadmaker...QH pilih guna mesin...tak larat nak uli dengan tangan...heeee...cara tersebut ada QH tunjukkan di youtube...nanti buat la comel2...barulah sedap mata memandang...

      resepi ni ada QH sediakan video langkah demi langkah di channel youtube...klik pautan link yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum jangan lupa untuk subscribe, like dan share tau youtube channel Qasey Honey...ada banyak lagi resepi2 yang menarik ada di sana...


      PAU SAMBAL ATAU BURGER SAMBAL MALAYSIA
      youtube Qasey Honey

      Bahan pau goreng
      2 cawan tepung gandum
      1/2 sudu kecil Yis mauripan
      1 sudu besar gula pasir
      1 sudu besar majerin
      1 sudu besar susu tepung
      1/4 sudu kecil garam
      1/2 cawan air atau secukupnya untuk mencanai doh



      cara pertama (menggunakan bread maker)
      masukkan kesemua bahan di atas ke dalam bread maker dan pilih butang doh 
      biarkan BM menguli sehingga selesai
      rehatkan doh sehingga mengembang dan naik 2 kali ganda
      apabila doh telah mengembang, tumbuk doh dengan perlahan untuk mengeluarkan angin
      keluarkan doh dan ulikan sekejap, kemudian bentukkan doh bulat2 kecil mengikut saiz pilihan 
      susun doh dalam tray yang telah di tabur dengan sedikit tepung. rehatkan doh sebentar hingga mengembang sekali ganda
      panaskan minyak masak yang banyak dan goreng pau hingga kuning keemasan
      angkat dan toskan minyak. sejukkan sebentar dan barulah dihiaskan dengan sambal tumis, telur rebus, timun dan daun salad

      sebelum tu siapkan dahulu sambal tumisnya yea...heeee



      cara kedua (uli menggunakan tangan)
      Cara dan Petua Mudah Menyediakan Pau Yang Lembut dan Gebu

      Sediakan setengah paket yis mauripan dengan air suam dan satu sudu kecil gula pasir.Kacau hingga larut dan biarkan hingga berbuih.
      Masukkan tepung ke dalam mangkuk,buat lubang,masukkan semua bahan-bahan dan uli hingga lembut.
      Biarkan doh dalam 30 minit.Bila doh mengembang, tumbuk doh perlahan untuk buang angin.Kemudian buat bentuk bulat saiz ikut kesukaan sendiri.
      Biarkan doh sampai mengembang sehingga seganda.
      Goreng pau dengan minyak penuh supaya pau masak rata dengan gunakan api yang sederhana.
      Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.
      Bila sudah sejuk, boleh belah dua pau (jangan belah sampai habis) dan masukkan inti sambal tumis, timun dan hirisan telur rebus.
      Siap untuk dihidang.




      Bahan sambal bilis
      30-40 tangkai cili kering - gunting dan rebus
      5 biji bawang merah
      3 ulas bawang putih
      1/2 sudu kecil garam atau secukupnya
      2 sudu besar gula pasir - boleh kurangkan
      1 sudu kecil pes asam jawa
      segenggam ikan bilis
      minyak masak untuk menumis
      1 biji bawang besar/bawang holland - hiris

      caranya
      kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, garam, gula pasir, ikan bilis dan sedikit air ke dalam blender. kisar hingga lumat
      Panaskan kuali, masukkan bahan kisar dan biarkan sampai naik minyak.
      Masukkan asam jawa dan kacau rata. tambah air jika perlu.
      Masukkan bawang besar atau bawang holland. Biarkan sehingga kering.

      perasakan rasanya. jika dah sempurna dan tutup api.



      pau sambal atau burger malaysia
      https://www.youtube.com/watch?v=fnifZ_mTfDQ&t=36s
      jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih

      PROJEK KECIL QASEY HONEY BERSAMA SERI PELANGI

      $
      0
      0

      Salam my kesayangan…


      Sekali lagi QH menimba pengalaman baru dalam dunia karier berblog ni…ianya memang begitu...apabila telah mencuba sekali pengalaman yang berbeza ianya seperti suatu ketagihan pula…heee…sebab tu apabila diberikan peluang, kita perlu mencubanya…bila sudah selesa dengan kerja tersebut ia akan menjadi mudah…perasaan berdebar tu akan tetap ada sebab kita tak boleh nak jangka apa yang akan terjadi…tetapi mencuba dahulu tu adalah sangat penting…jika terdapat kekurangan dari situ la kita belajar untuk memperbaikinya… 


      berkenaan projek kecil QH ni…QH telah ke studio untuk menyiapkan kedua2 video tersebut…kebetulan semasa QH ke sana ada lagi seorang yang tengah menyiapkan kerjanya…jadi sempat la QH melihat bagaimana caranya memasak…walaupon cuma tangan sahaja yang akan ditunjukkan...skill dia kena amik tau juga...jadi takdelah QH merasa gugup sangat…lagipon ianya tak jauh beza bagaimana cara QH menyiapkan sendiri video di rumah…dari situ QH sudah mula selesa…


      untuk projek ni QH telah berkolaborasi bersama team Seri Pelangi ni pada bulan terakhir tahun lepas...kali ni QH telah diundang oleh Encik Fazli bagi menjayakan 2 video masakan menggunakan marjerin dari Seri Pelangi...
      untuk konsep kali ni QH memilih resepi yang simple, sedap tentunya dan mudah untuk orang lain mencuba...resepi tersebut adalah sardin gulung bakar dan red velvet cookies 


      QH menyenaraikan resepi ni pada encik Fazli kerana pertama sardin gulung bakar tu merupakan resepi pertama yang QH belajar semasa di sekolah dahulu...untuk resepi kedua tu pula kerana biskut tu selalu mendapat permintaan yang tinggi pada penggemarnya dan juga merupakan kegemaran QH dan QH pernah menjual biskut ni dulu menggunakan resepi tersebut


      Alhamdulillah projek ni telah berjalan dengan lancar dan jayanya…terima kasih kepada team Seri Pelangi yang ada pada hari tersebut di atas kerjasama yang diberikan...walaupon sampai ke malam team tetap sama bersemangat menyiapkan kerja...penat tu sudah tentu dan studio ni agak jauh juga la dari rumah QH...tetapi atas komitmen dan amanah yang diberikan, ianya tidak menjadi masalah pada QH...seperti peribadi ni Alah Bisa Tegal Biasa...


      Kedua2 video tersebut akan berada di youtube channel icookasia sikit masa lagi…sekarang ni masih dalam proses editing lagi…nanti rajin2 la tengok ke channel sana yea...takut lupa pula nak update nanti...


      kepada encik Fazli terima kasih kerana mengundang QH untuk projek kali ni...terima kasih juga di atas segala kerjasama yang diberikan...jika ada lagi projek sebegini jangan lupa roger2 yea...diharap tak serik la berkerjasama dengan QH lagi lepas ni...heee...psttt jangan lupa hantar lagi produk Saji ke rumah QH tau...heeee


      Viewing all 307 articles
      Browse latest View live