Quantcast
Channel: QASEY HONEY
Viewing all 307 articles
Browse latest View live

AYAM GORENG PEDAS ALA KOREA / KOREAN HOT SPICY FRIED CHICKEN / YANGNYEOM CHICKEN

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Hai...Annyeonghaseyo...안녕하세요
Heeee #siscuba ...tau yang tu jer...itupon mintak tolong Mr. Google ^_*

Hari ni QH nak bawa semua terbang ke Korea...belum sampai lagi takpe...QH pon tak pernah ke sana lagi...in shaa Allah suatu hari nanti ada rezeki sampai la ke Korea...sekarang ni kita belajar2 la dulu makan makanan dari sana...heee...sesekali nak juga la merasa resepi dari luarkan...

Ayam goreng pedas ala korea ni bukan la sesuatu resepi yang baru pon...yang barunya...baru bertemu jodoh QH dengan resepi ni...heee...lagipon masakan Korea di Malaysia sekarang bukan la sesuatu yang pelik...terdapat lambakan restoran Korea di seluruh Malaysia...sebab orang Malaysia sekarang dah mula terima masakan dari Negara tersebut...betul tak


Bertambah menjadi pilihan QH kali ni adalah sebab ianya pedas...menjadi kesukaan QH la...tapi ni disebabkan masak sendiri jadi tahap kepedasannya kita ejas2 sendiri mengikut kesesuaian rasa...

kalau nak rasa yang betul2 originalnya...betul2 pedasnya kena juga la ke restoran Korea...baru tau tahan ke tidak dengan tahap kepedasannya tu...nanti la cuba cari mana2 restoran Korea yang ada di sekitar KL ni...makan maggi samyang pon dah meleleh peluh, berhingus dan rasa macam bengkak bibir...ayam pedas ni tak tau la macam mana reaksinya nanti...heee...

resepi ni QH ambil dari Kak Roslina kawan dari FB yang merupakan seorang blogger masakan suatu ketika dulu...maklum la sekarang ramai yang tidak aktif, jadinya jumpa di FB je la...heeee...apa2 pon terima kasih kak berkongsi resepi ni dengan QH...


resepi ni ade la QH ejas2 sikit mengikut kesesuaian rasa...sebab resepi yang Kak Roslina bagi mengikut anggaran jer...mana yang tidak kena atau terkurang tu nanti ejas2 la sendiri yer...resepi yang QH sediakan ni rasanya dah cukup rasa dah tau...sangat sedap...ada pedasnya, ada manisnya dan ayam kekal rangup...resepinya seperti di bawah...SELAMAT MENCUBA


AYAM GORENG PEDAS ALA KOREA / KOREAN HOT SPICY FRIED CHICKEN / YANGNYEOM CHICKEN  
sumber Kak Roslina Ibrahim

BAHAN2
18 ketul ayam bahagian kepak
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih – kisar halus
1 inci halia – kisar halus
Garam secukupnya
Minyak masak untuk mengoreng

CARANYA
Bersihkan ayam dan perapkan ayam dengan garam, serbuk lada hitam dan bahan kisar (lebih kurang 30min).
Kemudian gaulkan pula dengan tepung jagung dan tepung gandum. Renjis2kan dengan air. Gaulkan hingga semua ayam tadi bersalut dengan tepung.
Sediakan kuali dan panaskan minyak masak.
Gorengkan ayam tadi sehingga garing dan kuning keemasan. Angkat dan toskan.

Ketepikan.


BAHAN SOS
3 ulas bawang putih – cincang halus
3 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil serbuk cili – jika nak lagi pedas
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar madu
2 sudu besar gula pasir
1/2 biji perahan jus lemon
Garam secukup rasa
Bijan secukupnya - disangai

CARANYA
Tumis bawang putih dan cili kisar sehingga naik bau
dan sedikit garing.
Kemudian masukkan serbuk cili, sos cili, sos tomato dan madu. Gaul rata.
Masukkan perahan jus lemon, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata.
Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam yang telah di goreng tadi. Gaul hingga semua bersalut rata.

Angkat dan hidangkan. Taburkan bijan yang telah disanggai.




AIR DETOX SODA

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Haaa...tu dia nampak tak ape yang QH nak kongsikan hari ni...ewahh ewahhh nampak macam acah2 diet aje tu...heeee...sesekali kena la cuci perut tu sikit...dah pelbagai simpanan yang tersimpankan...


Ini bukan la resepi baru dan bukan la pertama kali QH buat...cuma baru ni QH kongsikan di dalam blog...mood menembak QH masih belum jemu lagi...lagi pon ianya sebagai satu terapi buat QH bile snap gambar cantik2 ni...opsss cantik ker...ade orang perasan ni...heeee


Kalau nak tahu, inilah salah satu cara yang QH amalkan dalam diet harian QH...tapi tidak la hari2 QH minum air detox ni dan tidak la QH ni rajin nak buat air ni sentiasa...sebab dah senang dapat...terasa tu kita beli aje yang dah siap...


padahal nak buat air ni senang aje...haaa sebab senang la sampai QH terlupa pulak nak letak asam boi kali ni...dah siap ambil gambar dan relaks2 minum baru perasan rasa lain pulak air ni kali ni...rupanya ada bahan yang tertinggal...adoiii...faktor usia kot...heeee...sila jangan ikut tau...nak buat air ni sebenarnya takde sukatan yang perlu diikut...ikut anggaran sahaja dan secukup rasa...sedap tau bila diminum sejuk2...kalau nak ikut cara QH resepinya seperti di bawah yer...


AIR DETOX SODA

BAHAN2
1 botol ais krim soda
2 cawan air masak suam – untuk kurangkan manis
6 batang serai – diketuk/dititik
2-3 biji lemon – hiris bulat dan bulat
Limau kasturi jika suka
Daun pudina secukupnya
Halia muda – hiris nipis
Asam boi secukupnya


CARANYA
Sediakan jug. Satukan ais krim soda dan air suam. Kacau rata.

Di dalam jug yang sama atau bekas/botol/gelas, masukkan serai, hirisan lemon, halia, asam boi dan daun pudina.

Tuangkan bancuhan ais krim soda tadi secukupnya.

Kemudian masukkan air tadi ke dalam peti sejuk. Lagi sedap biarkan semalaman.

Sedap dinikmati ketika sejuk.




MEDIA LAUNCH - THE MALAY KITCHEN, RECIPES FOR THERMOMIX

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Tahu tak apa itu Thermomix®??
Haaa...ni QH nak kongsikan pada semua…jangan malas baca tau. Banyak info menarik mengenai produk ni yang QH nak ceritakan. Pasti lepas ni ada yang terjatuh cinta nanti dengan Thermomix®ni...yupp QH pon lepas diperkenalkan dengan produk ni, tidur malam selalu tak lena…heeeee

Ok sebelum tu, QH ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada team RougePR iaitu Ms Elfy Yap kerana sudi menjemput QH ke acara pelancaran “Buku Masakan Melayu Thermomix®Pertama di Dunia - The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix®”. 


Menurut Encik JH Lim selaku Pengarah Eksekutif Thermomix® Malaysia, Thermomix® ni telah berada di pasaran Malaysia sejak tahun 2009 lagi dan sejak model terbaru, Thermomix® TM5 diperkenalkan di seluruh dunia, sebanyak 1.4 juta unit telah terjual pada tahun 2016 sahaja...wowww banyak kan dan juga laris, sudah tentu produk ni sangat menarik la kan.

Dah berkenan? Jom kenal jenama Thermomix® TM5.

Thermomix® yang dikenali sebagai jenama perkakas dapur canggih di peringkat antarabangsa, ia berasal dari negara German dan mempunyai sejarah melebihi 50 tahun dalam bidang technologi dapur di seluruh dunia.

Thermomix® di Malaysia sentiasa berpegang kepada misinya untuk menawarkan kaedah memasak yang paling senang bagi rakyat Malaysia terutama kepada isteri2 yang bekerjaya, sudah tentu masa untuk memasak agak terhad dan dengan adanya Thermomix®TM5 ni, kerja memasak dan menyediakan hidangan akan menjadi lebih cepat dan singkat.


Didatangi dengan 1 bilah mata pisau, Thermomix®TM5 ni mempunyai lebih dari 12 fungsi dapur hanya di hujung jari sahaja. Antara fungsi-fungsinya termasuk menggaul, mengukus, memutar, menimbang, mengacau, mengisar, memukul, mengemulsi, mereneh, menguli, memasak dan mencincang…haaa dengan hanya menyentuh skrin pada Thermomix®TM5 ni, banyak kerja2 sedia dan masak lebih dari satu hidangan sekaligus dapat dilakukan  dalam 1 masa. 


Gabungan yang terdapat di dalam satu perkakas dapur ini, ia membolehkan pengguna menjimatkan masa, wang, usaha penyediaan makanan dan memasak di dapur. Berserta dengan teknologi revolusi Cip Resepi yang dicipta khas, ia juga boleh memberi bimbingan memasak langkah demi langkah. Cip Resepi ini boleh disamakan buku memasak digital tau? Canggih tak? Pasang je kat mesin ni, semua koleksi resepi menarik boleh dilayari dan dipelajari dengan ada bimbingan masak sekali! Boleh nampak bahawa Thermomix sangat komited untuk membantu rakyat Malaysia memasak lebih kerap di rumah dan kurang bergantung kepada makanan yang sedia dimakan.


Tambahan lagi, paparan sentuh berwarna yang intuitif dibina khas untuk pengawalan yang senang, cepat dan tepat. Hanya perlu memilih resepi dari paparan sentuh, dan mengikut arahan cara memasak dalam masa yang telah ditentukan. Dengan Thermomix®TM5, pengawalan masa, suhu dan kelajuannya yang tepat, dijamin akan memperolehi hasil masakan yang konsisten, berkualiti dan lazat setiap kali memasak. Pendekkata, kita dapat menjimatkan masa memasak dan tidak la berlaku minyak terperecik ke, lantai dapur pon tak la kotor. Masa untuk kemas dan cuci dapur pun disingkatkan.


Dalam kotak Thermomix®ni, selain dari mangkuk adunan keluli tahan karat bersaiz 2.2L ianya dibekalkan dengan aksesori yang lain dan menarik iaitu Varoma (muatan 3.3L) untuk tujuan mengukus, sebuah bakul mereneh, kembaran memukul dan mengacau juga dikenali sebagai ‘butterfly’, penutup mangkuk dengan cawan sukat, spatula, dengan cakera keselamatan (safety disk).


Dah kenalkan serba sedikit mengenai Thermomix® TM5 ni…ajomm QH nak ajak semua ke segmen seterusnya iaitu demo masakan dari Chef Thermomix®Malaysia iaitu Puan Suriya Abdullah selaku pemaju resepi Thermomix®dan pengarang “The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix®”. Buku resepi ini adalah buku masakan Melayu pertama di dunia dari Thermomix®, khas untuk para pengguna Thermomix®. Hebatkan?


Di dalam buku ini terdapat 60 jenis resepi, semuanya terdiri daripada koleksi kegemaran masakan Melayu Puan Suriya dan keluarga beliau. Buku ini dihiasi dengan “hardcover” menampakkan buku ini sangat eksklusif. Ia menampilkan resepi masakan tradisional di dalam edisi dwibasaha iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Keseluruhan resepinya merangkumi makanan ringan, hidangan utama dan pencuci mulut yang digemari sepanjang masa.

Buku ini menyediakan perancangan menu, panduan dan petua2 berguna yang akan membantu menjimatkan masa sediakan bahan dan memasak di dapur. Selain itu, terdapat juga gambar rempah ratus, herba dan bahan-bahan yang biasa digunakan dalam masakan tradisional Melayu, bagi memudahkan para pengguna mereplikasi kahalusan hidangan yang autentik.


Tujuan buku masakan ini adalah sebagai sambutan kepada golongan keluarga Malaysia yang inginkan alternatif makanan yang lebih sihat termasuk manisan dan pastri, terutamanya kepada pesakit diabetes. Thermomix®mengambil peranan proaktif untuk mendidik dan menggalakkan trend masakan dan cara pemakanan sihat di kalangan orang awam bagi mencegah penyakit seperti obesiti dan diabetes.


Bersempena pelancaranbuku, ni, Puan Suriya Abdullah membuat demonstrasi memasak 5 resepi Melayu klasik beliau dengan menggunakan Thermomix®TM5. Apakah ia?? Rendang Ayam Nogori, Udang Goreng Kunyit, Kacang Botol Goreng Bercili, Nasi Kampung dan Agar-agar Gula Melaka. Lagi tiga resepi tambahan adalah air lemon, oren sorbet dan mantau. Demonstrasi ini bertujuan mempamerkan keajaiban senang memasak di rumah dengan menggunakan Thermomix® TM5. Memang sangat senang kerana dalam masa lebih kurang 2 jam dah mampu menghasilkan 5 masakan Melayu sekaligus. Bayangkan memasak untuk ahli keluarga yang beramai dengan mesin ni, boleh jimatkan lebih masa dan makanan pun lebih sihat. 


Lepas demo tu, sudah tentu la ada acara makan2 pula. Dapat la merasa masakan yang dimasak tadi. Semuanya sedap2 belaka tetapi antara semua hidangan tu yang paling QH suka adalah rendang ayam nogori yang sangat senang dimasak dengan menggunakan Thermomix®sebab ianya tidak perlu dikacau semasa memasak. Biarkan mesin memasak, dan tau2 jer dah siap! Rempah ratusnya berbau kuat dan sangat beraroma. Untuk hidangan udang goreng kunyit, udangnya sangat manis dan rangup seperti digoreng atas kuali. Nasi kampong yang pedas tu memang kegemaran QH juga dan Agar-agar Gula Melaka cukup manis.


Secara ringkasnya, dengan adanya Thermomix® ini
1. Semua orang boleh memasak – Thermomix® dapat mengambil alih kaedah memasak dengan lebih mudah.
2. Mengawal bahan-bahan yang dicampurkan ke dalam makanan anda – mengurangkan bahan tidak sihat seperti garam, gula dan minyak berlebihan, aditif, pengawet dan lain2.
3. Mengawal nutrien maksimum dalam masakan pada suhu rendah dan mengelakkan sebarang alergen.
4. Makanan sihat tidak perlu merasa hambar, mentah ataupun beralakan vegan. Dengan kombinasi dan penyediaan yang betul, bahan2 asli mampu mengeluarkan rasa enak pada makanan.
5. Memasak tidak perlu dalam keadaan bersepah.
6. Menjimatkan wang dengan menghasilkan hidangan-hidangan dibuat sendiri.
7. Lebih banyak masa terjalin bersama keluarga apabila semua orang memasak bersama.

Mesti ada yang tertanya-tanya, berapa la pulak harga dan di mana boleh dapatkan Thermomix®TM5 ni kan. Harga bagi sebuah Thermomix® TM5 ini adalah RM6,488.00, bersama pakej ini termasuklah:
-   “Basic Cook Book” rasmi Thermomix® dengan 175 jenis resepi
-   Cip resepi Basic Cook Book Thermomix® untuk bimbingan memasak 175 jenis resepi
-   e-surat berita Thermomix® percuma

Manakala buku “The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix®” ini pula berharga RM160.00.


Kedua-duanya boleh didapatkan di laman web www.thermomix.com.my


QH pon macam teringin la nak dapatkan satu Thermomix TM5 ni…senang kerja2 memasak lepas ni…kalau pihak Thermomix baik hati nak bagi percuma satu pada QH…perghhhh tak akan ditolak laa…heeeee


Haaaa…bila dah berada di sana acara wajib yang perlu dibuat adalah snap gambar banyak2 dan selfie…heeee


Tu ada bukti di bawah QH merasa masakan yang telah di demo oleh Puan Suriya Abdullah…



KILLER BREAD - PANDAN

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Meroti lagi...
Kemaskini folder ternampak lak resepi ni terselit...lama sangat dah QH buat roti ni...ketika QH balik ke kampung...sampai tak ingat dah bile tu...heeee


Disebabkan resepi roti ni yang paling senang...dapat la QH buat roti ni di kampung...bahan2 pon cuma perlu beli tepung roti jer...bahan2 yang lain dah ada di rumah mak QH...lagipon resepi ni dah menjadi peberet QH...senang la nak handle resepi ni...in shaa Allah setiap kali buat pasti takde masalah dan menjadi jerr..


Boleh klik di SINI dan SINI sebagai bukti berkali2 QH buat mengunakan resepi roti yang sama dengan pelbagai versi...baru2 ni pon QH ade meroti lagi menggunakan resepi ni...yang tu nanti QH update kendian yerr...

Nak mencuba juga?? Sila tengok resepi yang QH sediakan seperti di bawah tu yer...tengok yang versi Bahasa Melayu tu...di situ QH ada nyatakan bagaimana QH hasilkan roti ni...tak lupa kredit buat Abang Ady Greatsword Kitchen atas perkongsian resepi yang menjadi salah satu peberet QH...terima kasih banyak2...SELAMAT MENCUBA


KILLER BREAD

260g bread flour
3g instant dry yeast
160-180g + 2 egg yolk + full cream milk
30g to 40g sugar
2g salt
40g butter

– mix all ingredients (except butter) together and knead till you get a silky and elastic dough
– incorporate butter and knead till window pane stage (crucial)
– divide dough into 3 portions, then roll out flat. swiss roll, and place into greased loaf pan
– rise till dough reaches 90% of height of pan

– bake in preheated oven of 170 degrees C, second lowest rack for 20-25mins, tenting bread with foil if it browns too quickly


KILLER BREAD

260 gm tepung roti
3 gm yis kering segera/mauripan
160 - 180 gm + 2 kuning telur + susu penuh krim - QH letak 180gm
30 - 40 gm gula - QH letak 40gm
2 gm garam
40 gm mentega
Paste pandan + pewarna hijau

- Campurkan semua bahan (kecuali mentega) bersama-sama dan uli sehingga anda mendapat doh seperti sutera dan elastik.
- Masukkan mentega dan uli sehingga doh elastik. Rehatkan doh sehingga mengembang atau naik sekali ganda. Tutup bekas dengan penutup yang sesuai.
- Bila dah mengembang, tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
- Sediakan bekas atau loyang yang sesuai. Griskan loyang dengan mentega.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian sama beratnya. Satu dibiarkan dengan warna asal dan satu bahagian lagi ditambahkan dengan sedikit paste pandan dan pewarna hijau.
- Rehatkan lagi sehingga naik sekali ganda.
- Kenaikan sehingga doh mencapai 90% daripada ketinggian pan.

- Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 170'C selama lebih kurang 20 - 25 minit. 


KARI HIJAU SOTONG

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Tetiba tekak ni teringan nak makan sotong masak kari hijau pula...kebiasaannya apabila ke restoran makanan thai ni kita biasa nampak menu kari ayam hijau kan...QH pon biasa order juga...kali ni QH ubah la kepada sotong pulak...sebab QH ni suka makan sotong...heee


Boleh tahan juga rasanya...mungkin sedap masak sendiri dengan penuh kasih sayang kot...heee...ni cubaan pertama QH masak kari hjiau ala thai tau...


Resepi kari hijau ni QH ambil dari blog Che Mat Gebu...terima kasih atas perkongsian resepi ni...izinkan QH panjangkan resepi ni di sini pula yer...

Kalau nak tahu, apabila tengok kepada bahan2 dan cara nak masak kari hijau ni agak rumit juga kan...hampir2 juga la QH tak jadi nak masak sendiri...heee...berkali2 QH baca resepi, berkali2 juga QH fahamkan...akhirnya QH cuba juga la...tak cuba tak tahu pula kan...bila dah buat alaaa senang aje la rupanya nak masak kari hijau ni...lain kali kalau masak lagi QH nak letak ayam pula...mesti sedap juga...

Pada yang belum pernah mencuba tu...boleh la guna resepi ni sebagai rujukan...jangan putus asa...SELAMAT MENCUBA


KARI HIJAU SOTONG

BAHAN-BAHAN REMPAH KARI HIJAU THAI /PES
1 batang serai, hiris halus
4 biji cili hijau (boleh tambah cili padi jika suka pedas)
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 pokok daun ketumbar, bersama akarnya dicuci bersih
1 genggam daun selasih – QH tak letak
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1 camca teh serbuk ketumbar
1/2 camca teh serbuk lada sulah
3 camca besar sos ikan
1 inci belacan, dibakar
2 camca besar jus limau nipis
1 camca besar gula Melaka
4 camca besar santan
Sedikit air


BAHAN-BAHAN KARI HIJAU THAI
1/2 ekor ayam, potong ikut suka, cuci dan toskan – QH guna sotong
3/4 cawan tepung pipit
1 biji tomato, dibelah 6
1/4 biji traffic light capsicum (merah, hijau dan kuning) didadu besar – QH tak letak
2 batang serai, diketuk
4 helai daun limau purut
10 biji cili padi, diketuk
Pes kari hijau secukupnya
300 ml pati santan
Air secukupnya
1 kiub pati ayam (optional) – QH tak letak
Jus limau nipis secukup rasa
Sos ikan secukup rasa
Sedikit gula
1 genggam daun selasih - QH letak daun ketumbar


CARA MEMBUATNYA
1.               UNTUK PES REMPAH KARI HIJAU THAI :- Kisar halus semua bahan2 untuk rempah kari hijau Thai. Panaskan minyak dalam kuali tumis bahan2 rempah yang dikisar tadi hingga garing dan terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Bila rempa garing dan terbit minyak, boleh matikan api. Biar sejuk dan boleh simpan dalam botol untuk kegunaan kemudian..
2.               UNTUK KARI HIJAU THAI :- Panaskan 4 camca besar minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan pes rempah secukupnya (che mat guna semua sekali). Masukkan ayam dan terung pipit. Gaul rata2 dan masak hingga ayam kecut. Kemudian masukkan sotong dan gaul rata. Tuang air secukupnya (hingga ayam tenggelam), kacau dan biar mendidih hingga terung pipit dan sotong hampir masak.

3.               Masukkan traffic light capsium, cili padi yang diketuk dan pati santan. Kacau rata, perasakan dengan sos ikan secukupnya dan sedikit gula. Masukkan jus limau nipis sedikit dahulu, kacau dan rasa jika suka lebih rasa masam, baru ditambah lagi. Biar mendidih dengan api sederhana dan dikacau selalu. Akhir sekali masukkan daun selasih daun ketumbar, tomato, kacau dan matikan api. Hidangkan bersama nasi putih..


CARA BUAT CUCUR TAUHU BEROTI

$
0
0



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

diharapkan video ini dapat membantu dan sebagai rujukan untuk adik2 abang2 kakak2 di luar sana
#carasaya #caraqh #resepiqaseyhoney

untuk resepinya sila ke link berikut
SELAMAT MENCUBA

ok la in shaa Allah akan berjumpa lagi dengan video yang lain pula yea..selamat menonton

jangan lupa untuk SUBSCRIBE 
youtube Qasey Honey 
untuk mendapatkan video terkini
cara paling mudah klik sahaja di sidebar
terima kasih...

NASI GORENG KICAP LADA KERING

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Haaa tudia...
Atas permintaan ramai...tapi dah lama sangat la...bulan puasa yang lepas hari tu ramai yang tanye resepi nasi goreng sempoi QH ni...heee...masa tu QH buat untuk berbuka puasa jadinya gambar adalah sekeping dua jer yang QH snap...hanya pos di FB dan IG jerr, masa tu tak sempat nak masukkan ke sini...jadinya terpaksa la tunggu QH masak semula nasi goreng ni...heee

Agak2 tak tahu nak masak apa pagi ni untuk sarapan...boleh la buat nasi goreng macam QH masak ni...Alhamdulillah sedap tau...heee...ni mahu merangkap sampai ke petang kot...ala lepas tu keluar la cari makan yang lain pulak kan...hari minggu macam ni seronok juga keluar cuci2 mata...heee


Ok la resepi nasi goreng sempoi ni ada di bawah yer...lagi sedap bila dimakan bersama ayam goreng...boleh bertambah tau makan tu...SELAMAT MENCUBA


NASI GORENG KICAP LADA KERING

BAHAN2
3 cawan nasi sejuk – diramas bagi berderai
2 biji telur – goreng hancur
3 biji bawang merah – hiris
1 biji bawang besar – hiris
3 ulas bawang putih - hiris
20-25 tangkai lada kering – potong kecil/gemburkan untuk buang biji lada (boleh tambah lagi jika suka pedas)
Segenggam ikan bilis – gorengkan dahulu
5-6 batang kacang botol – potong kecil
2-3 sudu besar kicap lemak manis
Garam dan gula secukupnya


CARANYA
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
Kemudian masukkan lada kering dan kacau. Tumis sampai lada kering sedikit garing.
Masukkan kicap dan kacau rata. Masukkan pula kacang botol. Tambahkan garam dan gula secukupnya.
Apabila kacang botol setengah masak, masukkan telur hancur yang telah digorengkan terlebih dahulu. Kacau rata.
Lepas itu masukkan nasi sejuk. Kacau rata.

Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Kacau rata dan perasakan rasanya. Jika sudah sempurna, matikan api. Hidangkan bersama ayam goreng.


AYAM GORENG GARING

BAHAN2
Kepak ayam/bahagian lain – bersihkan
Bawang putih – cincang halus
Halia – cincang halus
Tepung goreng bestari

CARANYA
Setelah ayam dibersihkan, gaulkan bersama bawang putih dan halia. Perapkan sebentar.
Kemudian gaulkan dengan tepung bestari sehingga rata.

Panaskan minyak untuk menggoreng secukupnya. Goreng ayam tadi hingga garing dan kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya. Siap.


MASAK LEMAK UDANG DAN NENAS

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Berlauk lemak kuning hari ni

Kalau nak tahu, suatu masa dulu QH cukup takut nak masak menggunakan santan2 ni…senang cakap tak pandai la…takut santan tu nanti terpecah minyak la…santan tu akan berketul la...nak masukkan santan tu masa bila…macam2 rasa la semua ada...lagi pula masakan bersantan ni la yang sedap…jadi nak tak nak kena belajar juga jenis masakan ni…lepas dah cuba sekali menjadi, la senang aje rupanya…betul tak…heee…cuma nak kena jaga api la jangan terlalu kuat sangat…baru santan tu tak pecah dan cantik sempurna lauk tu nanti...


Kali ni selera QH teringin nak makan masak lemak udang dan nenas…sedap dan lauk paling rare la orang kata…makan dengan nasi panas2 dan ditambah pula telur dadar jer dah cukup…lengkap dah rasanya, tak perlu lauk lain lagi dah…nanti rasa asli lemak udang bernenas ni tak terasa la nikmatnya bile banyak sangat lauk yang dimakan dalam satu masa…heee…resepi ni QH ambil dari blog kak Fiza…nampak menarik, sedap dan nak merasa la resepi dari kawan2 yang lain…terima kasih kak berkongsi resepi ni…pada yang ingin mencuba resepi ada di bawah yer…SELAMAT MENCUBA


MASAK LEMAK UDANG DAN NENAS
Sumber : CMG - Tiffin Biru 
Olahan  : Fizalgk.blogspot

BAHAN-BAHANNYA 
5 - 6 ekor udang bersaiz besar (samada udang galah atau udang kaki merah) – QH guna 15 ekor  udang size XXL
1 biji nenas saiz kecil – nenas madu
3 batang serai - di ketuk
4 tangkai kacang panjang (saya tambah) – QH tak letak
2 helai daun kunyit - disiat (saya tak letak daun kunyit sebab tak ada) – QH letak
800 ml santan cair
400 ml pati santan
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS 
2 biji cili merah
20 biji cili padi (saya kurangkan ke 10biji sebab anak-anak tak tahan pedas) – QH letak 10 biji cili padi merah/hijau
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan – QH tak letak
2 biji buah keras – QH tak letak
2 keping hirisan nenas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia – QH tambah
1 biji bawang besar - QH tambah


CARA MEMBUATNYA 
1. Udang dikerat muncungnya, buang kotoran di hujung kepala udang, kerat sedikit kaki-kakinya. Cuci bersih dan toskan. Nenas dikupas, kemudian hiris kasar dan ketepikan.

2.Masukkan udang, serai yang di ketuk, asam gelugur dan bahan kisar halus, gaul rata dan masak hingga udang berubah warna. Masukkan santan cair, kacau dan biar mendidih. Tambah nenas dan masak sekejap.

3. Tuang pati santan dan masukkan daun kunyit. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana, kacau selalu. Jika sudah secukup rasa boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk-lauk lain.



JERUK BUAH MATA KUCING

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…


Memandangkan sekarang ni musim buah dan kebetulan pula di kawasan rumah QH ada sebuah van yang menjual buah mata kucing…ehhh bagai menarik2 lak kita pergi dekat dengan dia…sekali pandang buat2 tak heran…dua kali pandang ok lagi...masuk kali ketiga pandang tahu2 jer tetiba dah ada kat depan van tu…heeee


Mahunya tak geram tengok bila buah mata kucing ni disusun elok jer…isinya pon manis…sebelum beli tu penjual tu bagi la rasa sebiji…sedap pula bila lama tak makan…beli la sekilo sebab apabila ditanya…dia ada jer di situ selagi musim buah tu ada…senang la bila2 jer boleh beli…


Haaa akan tetapi setengah kilo buah mata kucing ni QH terasa nak jerukkan la…sedap di makan sejuk2…tetapi awas kalau tergigit cili padi tu tanggung la akibatnya sendiri…heee…berair mata…adoiii…senang je nak buat jeruk ni ikut jer resepi yang QH kongsikan ni...resepi ni sekadar anggaran jer…kalau ada rasa nak tambah atau kurangkan nanti boleh olah ikut citarasa ye…SELAMAT MENCUBA


JERUK BUAH MATA KUCING

Bahan2

1/2 kilo buah mata kucing - buang kulit dan buang biji
5-6 sudu gula 
5 biji cili padi merah - tambah jika suka lagi pedas
10 biji asam boi - boleh tambah lagi jika suka
2 biji limau nipis - hiris nipis
secubit garam

Caranya

Buah mata kucing dibuang kulit dan bijinya. Cuci dan toskan airnya.
Taburkan gula dan secubit garam. Gaul rata dan sebatikan.
Letakkan cili padi dan limau nipis yang telah dihiris. Kemudian gaulkan bersama dengan asam boi. 
Masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk sebelum dinikmati.



CARA MASAK IKAN BAWAL BAKAR

$
0
0



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

diharapkan video ini dapat membantu dan sebagai rujukan untuk adik2 abang2 kakak2 di luar sana
#carasaya #caraqh #resepiqaseyhoney

untuk resepinya sila ke link berikut
SELAMAT MENCUBA

ok la in shaa Allah akan berjumpa lagi dengan video yang lain pula yea..selamat menonton

jangan lupa untuk SUBSCRIBE 
youtube Qasey Honey 
untuk mendapatkan video terkini
cara paling mudah klik sahaja di sidebar
terima kasih...

AISKRIM ASAM BOI LAGI UMPHHH

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Haaa musim panas dah sekarang…
Elok sangat la kan dengan apa yang QH nak kongsikan hari ni…heee
Cuti panjang tak ke mana2…macam2 la boleh dibuat, antara rajin dengan tidak aje…ni pon dah malam sebelum tido QH buat aiskrim ni…sebab tak payah nak bungkus2kan jadi makin mudah la kerja2 buat aiskrim ni…
Sebelum ni QH pernah kongsikan resepi ni…dah lama sangat lebih kurang 4-5 tahun lepas…klik SINI
Lama dah kan…masa tu QH buat versi aiskrim Malaysia…bungkus guna plastik aiskrim…kali ni QH menggunakan bekas khas untuk buat aiskrim…


Bekas2 tu dah lama QH beli macam bentuk dan saiz ada tetapi buatnya tidak dari sehari ke sehari…heee…mungkin sebab comel tu nampak je beli…nak buat aiskrim QH menggunakan perisa asam masin dari Double Lion…bukan senang dah nak dapatkan perisa ni sekarang tak semua tempat ada…ni QH beli KK Mart…pergi la ke sana mesti jumpa…sukanya macam jumpa emas tau…heee…walaupon QH pasti ramai yang sudah tahu nak buat airkrim ni…QH tetap letakkan resepi ni untuk rujukan pada yang memerlukan…SELAMAT MENCUBA


AISKRIM ASAM BOI

Bahan2
Air panas
Gula
Perisa asam masin – Double Lion
Asam boi
Plastik aiskrim


Larutkan gula dengan air panas. Masukkan perisa asam masin...yang ni ikut selera...jangan terlalu masam nanti lain lak rasanya...muka pon berkerut2 tahan masam...:) Perasa air tersebut manis dan masamnya...jika dah ok...sediakan bekas dan masukkan asam boi...kemudian baru masukkan bancuhan air asam yang dah dibancuh ke dalam bekas tersebut...masukkan batang aiskrim dan simpan dalam peti ais semalaman...sangat mudahkan dan sedapppp...



TELUR PUYUH GORENG BERLADO

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Alhamdulillah akhirnya terupdate jua entri pertama di tahun 2018 ni…rasanya belum terlambat untuk QH mengucapkan Selamat Tahun Baru 2k18 kepada semua pengikut dan pengunjung blog QH ni…semoga kita semua mendapat yang terbaik, dimurahkan rezeki, diberi kebaikan, dijauhkan dari keburukan dan perolehi kebahagiaan hendaknya…amin


Haaa kalau nak tahu resepi yang QH nak kongsikan hari ni adalah resepi tahun lepas…maklum la banyak sangat resepi terkumpul yang tak sempat nak dihabiskan…heee…telur puyuh goreng berlado resepi yang simple tapi amat sedap pada QH…lagi2 bila dah lama tak makan telur puyuh pastu dicampurkan pula dengan tempe yang digoreng garing…hurmmm boleh tertambah tau makan...heee…ok la seperti biasa resepinya ada di bawah yer…


TELUR PUYUH GORENG BERLADO

Bahan2
20 biji telur puyuh – bersihkan dan rebus telur sehingga masak
1 keping tempe – hiris nipis dan goreng garing
Segenggam ikan bilis – goreng garing
1 biji bawang besar – potong dadu
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar kasar
10 biji cili padi
4 biji lada merah
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih


Caranya
Panaskan minyak secukupnya dan tumiskan bahan kisar dan bawang besar hingga garing dan naik bau.
Masukkan sedikit serbuk kunyit dan kacau rata. Masukkan pula telur puyuh, tempe dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kacau rata.
Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kacau rata.
Jika rasa sudah seimbang, matikan api.
Hidangkan bersama nasi putih panas.


IKAN MASIN MALONG GORENG KICAP

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Haaaa misi menghabiskan resepi tahun lepas…heeee
Kali ni resepi yang sangat2 senang, simple dan sedap…ye la kadang tu timbul juga angin malas nak masak tetapi kena masak jugakkan...hihihi...heyyy lauk macam ni boleh tertambah tau makan…sebagai penambat dan pembuka selera gitu…nak lagi sedap apabila dimakan bersama dengan nasi putih panas…nikmatnya tidak dapat diungkap dengan kata2…


Percayalah sesekali tekak ni pasti ingin mencari lauk ringkas begini…betul tak??? Terkadang timbul juga rasa jemu nak makan udang, ayam, ikan dan lain2kan…nahhh lauk ni la jalan penyelesaiannya…tak percaya sila cuba…heeee


IKAN MASIN MALONG GORENG KICAP

BAHAN2
Segenggam ikan masin malong
2 biji telur ayam
1 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih – cincang halus
10 tangkai cili kering – gunting kecil
5 biji cili padi – potong bulat
Kicap lemak manis
Garam dan gula secukupnya

CARANYA
Panaskan minyak masak dan goreng telur sebiji demi sebiji. Ketepikan.
Kemudian gorengkan pula ikan masin malong sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tumiskan bawang putih, lada kering dan cilipadi sehingga naik bau.
Kemudian masukkan bawang merah. Apabila bawang telah layu masukkan kicap secukupnya.
Masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi. Kacau rata.
Masukkan pula telur mata yang telah digoreng. Kacau lagi.
Akhir sekali tambahkan garam jika perlu dan gula secukup rasa.

Apabila rasa telah sempurna matikan api dan sedia untuk dihidang. Siap.







TEMPE GORENG TEPUNG

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Nahhh resepi tersimple sekali…heee
Macam ni pon nak letak kat sini juga kerr..ehhh blog sendirikan jadi ikut suka nak buh ape di sini…hihihi
Ni lagi la resepi campak2…campur2…terus goreng…sedap di makan panas2…kalau ade sambal kicap lagi sedap tau…tapi ni QH makan dengan lauk Telur Puyuh Berlado tu jadinya tak buat sambal kicap tu…sesekali makan lauk yang sebegini…sedap tak henggat tau…tak boleh amalkan selalu bahaya nanti diet hancur kecundang karang…heeee


Kalau ade yang sudi nak mencuba resepi super sempoi ni dipersilakan la yea…


TEMPE GORENG TEPUNG RANGUP

BAHAN2
Tempe – dihiris nipis
Tepung gandum
Tepung beras
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

CARANYA
Tempe dihiris nipis. Ketepikan.
Dalam satu bekas campurkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
Tambahkan air sedikit demi sedikit sampai adunan sedikit pekat.
Panaskan minyak.
Masukkan satu persatu hirisan tempe tadi.
Apabila minyak sudah panas, gorengkan tempe tadi sehingga kuning keemasan dan garing. Angkat dan toskan minyaknya.

Sedap dihidang panas.






PAJERI NENAS SEDAP

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Alhamdulillah…
3-4 hari ni cuaca kat Malaysia berubah menjadi sejuk sangat2…nak tidur malam terpaksa berstokin bagai…rasa macam duduk kat Korea lak…heeee…baru cuaca sejuk macam ni dah tahan…macam mana nak pegi main salji ni ekkk…hihihi…macam2 la kan…

Musim sejuk begini adalah dinasihatkan untuk memakai pakaian yang sesuai untuk mengelakkan suhu badan turun secara mendadak seterusnya membawa demam panas - info cuaca dari Jabatan Meteorologi Malaysia


Bila musim sejuk macam ni…mudah rasa laparkan…ada aje la benda yang nak dikunyah…pastu dah kenyang mata pulak mula la kuyu jer…mengantuk!!


Resepi yang QH nak kongsikan hari ni adalah resepi dari salah seorang kawan FB QH iaitu Kak Mariana Zainal…resepi ni telah di tag ke QH…ok senang keje QH hari tu…kebetulan masa tu memang agak buntu juga nak masak ape…dah ade resepi ni laju jer QH cari bahan2 yang tiada di rumah…

Resepi pajeri nenas ni sangat sedap…terlajak sedap pada QH…cukup semua rasanya…terima kasih kak Mariana sudi berkongsi resepi ni dengan QH…kalau nak tahu ni pertama kali QH masak pajeri nenas ni sendiri tau…heeee entah la kenapa sebelum2 ni tak terpikir lak nak masak…hihihi…resepi ni QH syorkan sangat pada yang lain untuk mencuba pula…pasti akan berpuashati nanti…SELAMAT MENCUBA


PAJERI NANAS

BAHAN2
1 biji nanas
(potong ikut suka jgn nipis sgt yer)
1 biji bawang besar - hiris nipis
4-5 ulas bawang putih - hiris nipis
Sedikit halia - hiris nipis
4-5 kuntum bunga lawang
2 1/2 cawan santan drp sebiji kelapa (sy kisar kelapa dan perah amik santannya) – QH guna santan kotak
2 senduk minyak masak (utk menumis)

Bahan pes
2 paket kecil serbuk kari ikan (nak pedas guna serbuk kari daging)
3 sdb udang geragau (nak guna ikan bilis pun boleh tp tumbuk jgn hancur)
1 paket kecil kerisik
2 tangkai daun kari
1 1/2 sdb gula
1/2 sdb garam
Sedikit bahan perasa
1 cawan air
(satukan semua bahan pes..gaul sebati)


Caranya
Panaskan minyak dan tumis bawang, halia, bunga lawang
bila dah naik bau, masukkan pes tadi. Kacau rata
Apabila dah naik minyak masukkan nanas. Kacau sebati hingga air nanas kering
Masukkan santan. Masak hingga agak pekat dan terbit minyak
sesuaikan rasanya dan sedia untuk dihidang



SAMBAL SOTONG SEDAP

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…


Dua hari lepas dah masak pajeri nenaskan…kali ni QH mencuba lagi resepi dari kawan di FB lagi dan ianya dari sumber orang sama iaitu Kak Mariana Zainal…ada lagi resepi2nya yang di tag ke QH…nanti ada masa QH cuba lagi…lepas pajeri nenas tu…ni la resepi yang QH tak boleh tahan tengok lama2…sebabnya ianya kesukaan QH…QH memang suka sangat makan sotong…lagi2 la bila ternampak sambal sotong…habis lupa nak pantang nasi…heee…rugi lerrr kalau tolak…tak gitu


QH biasa juga masak sambal sotong ni…tapi sesekali nak juga mencuba resepi dari kawan2kan…lain orang lain pula caranya…resepi ni pada QH sangat sedap…rasa pedasnya semua cukup…makan dengan nasi lemak pon sedap juga ni…tapi yang ni QH makan bersama dengan nasi putih jer…sebab QH masak sambal sotong ni dengan pajeri nenas…resepi ni QH tiada olah ape2…semuanya ikut seperti di bawah ni… 


SAMBAL SOTONG
sumber FB@Mariana Zainal

BAHAN2
1 kg sotong
2 sudu besar membukit gula pasir
1 sudu teh garam
1 pcs asam keeping (nak buh air asam jawa bleh ja)
Sedikit halia (hiris)
1 biji bawang besar (potong bulat)
1/2 cawan air (utk kuah)
3 senduk minyak utk menumis sambal
Bahan kisar
20-25 tangkai cili kering
1 1/2 biji cili besar
5 ulas bawang putih
1/2 sudu teh belacan (sikit jer tau)
(kisar semua bahan ini)


CARANYA
Goreng sekejap sotong utk keringkan air sotong..
Pastu toskan..
Panaskan 3 senduk minyak masak..masukkan sedikit hirisan halia (tujuannya utk bagi cili yg kita tumis nanti cepat garing naik minyak elok) jgn buang pulak yer..terus masukkan bahan kisar..
Masukkan bahan kisar,gula,garam,bahan perasa,asam keping
Tumis hingga betul2 masak dan naik minyak..sampai jadi mcm dlm gambar (kalo xmo merecik merata jgn lupa tutup dengan tudung periuk dan guna api sederhana)
ingatan sekali lagi biar betul2 naik minyak cam dlm gambar..
Dah elok naik minyak..masukkan sotong dan bawang besar..gaul rata..bleh buh air 1/2 cawan utk kuah..
Dah mendidih ganas..bolehlah tutup api



IKAN KERISI MASAK ASAM JAWA

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…


Sementara ada waktu dan kerajinan…kerap la QH mengupdate blog ni…heee…sebabnya masih banyak lagi resepi2 yang terkumpul QH belum siarkan di sini…nanti QH akan updatekan resepi2 tersebut satu persatu yer…QH ni takde la pandai sangat memasak…setakat untuk mengalas perut tu lepas la…segala resepi yang ada di blog QH ni resepi yang QH suka dan cuba dari kawan2 yang lain…ada resepi yang berulang dan mengikut trend semasa…maklum la di zaman serba viral ni sudah tentu akan terjumpa resepi yang sama dari blog lain dan hasilnya juga sudah tentu tidak sama kerana airtangan setiap orang berbeza…pilihan di tangan kita untuk memilih mana yang rasanya berkenan di hati…


Kali ni QH masak ikan yang paling QH suka iaitu ikan kerisi…semua patut tahu ikan ni QH sangat2 suka…sebab isinya yang manis dan lembut…isi ikan ni ade alurnya yang tersendiri…isinya bercorak cantik seperti bersisikkan…

Ok la hasil dari carian google QH terjumpa resepi yang telah menambat hati iaitu ikan kerisi masak asam jawa…pertama kali QH masak jenis begini…cubaan pertama ni tidak menghampakan…sangat sedap…sumber resepi ni QH ambil dari blog Kak Zalinah@Rempah Ratus…terima kasih kak sudi berkongsi resepi yang sedap ni pada semua…QH kongsikan di sini pula yer…pada yang ingin mencuba silakan la yer…


IKAN KERISI MASAK ASAM JAWA

BAHAN2
4 ekor ikan kerisi - dibersihkan
1 sudu teh serbuk lada hitam*
2 sudu makan tepung beras* - QH guna tepung jagung
1 sudu kecil kunyit*
Garam secukupnya*
-   semua bahan* digaul bersama ikan

1 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 biji cili merah*
1 biji cili hijau*
6 - 7 biji cilipadi* - QH letak 10 biji
-   semua bahan* dicincang

2 sudu makan pes asam jawa (ADABI)
3/4 cawan air
4 sudu besar sos Thai
Gula secukupnya
Garam secukupnya
Daun ketumbar - dihiris


CARANYA
Ikan yang telah digaul bersama serbuk lada hitam, serbuk kunyit, tepung dan garam digoreng garing. ketepikan.
Tumis bahan yang dicincang hingga wangi.
Masukkan pes asam jawa dan air. Masak hingga sebati.
Masukkan sos thai, gula dan garam secukupnya.
Tuang keatas ikan dan taburkan sedikit serbuk lada hitam dan daun ketumbar .
Sedia dihidang.



NASI OREN SEDAP

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Kembali bersiaran seperti biasa…

Pada cuti hujung minggu yang lepas…tetiba saje angin rajin teruk keluar…entah la tekak ni terasa nak makan nasi yang ada perisa…lepas tu nak digadingkan makan bersama dengan ayam rendang…hai laaa dugaan sangat apabila dah set nak berdiet…selera dan tekak tak pernah nak bagi kerjasama…selalu sangat nak menderhaka kepada tuannya…heee


Kali ni QH mencuba nasi oren…entah la nak sangat rasa bagaimana rasanya nasi ni…hasil carian di google…QH terjumpa resepi ni dari blog Kak Amie…lagi apabila baca review Kak Amie mengatakan nasi ni sangat sedap…tengok pula pada resepinya bahan sangat la senang dan dah ada di rumah…cuma tinggal beli limau sunquick aje…maka QH masak la nasi ni dengan semangat yang jitu lagi…heee


Ye…hasilnya sangat membanggakan dan sedap…pertama kali masak nasi ni pon dah sempurna kejadiannya…puas la menikmati nasi yang sedap ni…di tambah pula makan bersama rendang ayam basah dan acar timun…wallaaa…pada Kak Amie terima kasih banyak2 sebab sudi kongsi resepi ni pada semua dan QH panjangkan resepi ni di sini pula ye…pada yang ingin mencuba…sangat2 la QH syorkan…pasti la akan berpuashati


NASI OREN

Bahan-bahan: 
4 cawan beras basmathi
4 sudu besar mentega
1 cawan jus limau sunkist
1 cawan susu cair
2 sudu besar bes minuman buah Sunquick Mandarin
3 sudu besar stok ayam pekat - bancuh dengan 2 1/2 cawan air

2 sudu besar kismis
1 helai daun pandan

1 batang kulit kayu manis
3 kuntum kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum buang lawang
Sedikit pewarna kuning


Bahan hiris:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia



Cara memasak:
1. Rendam beras selama 20 minit - cuci dan toskan airnya.
2. Panaskan periuk dan masukkan mentega, kemudian tumiskan bawang merah dan putih, kulit kayu manis , bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih, kismis serta daun pandan sehingga naik bau.
3. Setelah itu, masukkan bancuhan stok ayam, susu cair, jus limau sunkist dan bes Sunquick Mandarin.
4. Setelah air mendidih, masukkan beras dan kacau sekali dua.
5. Tutup periuk dan tanak sehingga masak.
6. Setelah nasi siap masak, buat beberapa lubang di atas nasi dan titikkan pewarna kuning  untuk menambah warna pada nasi tadi.

7. Tutup periuk sehingga nasi benar-benar tanak.
8. Buka tudung periuk dan gemburkan nasi supaya warnanya sekata.
9. Sedia dihidangkan. 



Bila dah masukkan stok ayam pekat, tak payahlah tambah garam sebab dah cukup rasa. Kalau tak mahu gunakan stok ayam, bolehlah gunakan air rebusan ayam. Untuk memasak berasnya pula Amie gunakan sukatan air mengikut sukatan beras dan tambahkan 1/2 cawan lagi sebab nak bagi nasi tu lembut sikit.


RENDANG AYAM SEDAP

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Selamat hari raya semua…heeee
Haaa tu dia berendang bagai lagi ye hari ni…
Ni semua sebab rajin teruk cuti hujung minggu yang lepas…tekak meminta nak makan sedap…sesekali takpe kot…sebab bukan senang rajin tu nak datang…hihihi…sementara bersemangat jitu buat la apa yang selera ni terlintas…boleh aci ker macam tu ekkk…

Nak kata di sini rendang ayam ni QH suka…suka sangat2…sebabnya senang sangat nak masak rendang ni…takde bertumis bagai dulu tetapi hasilnya sedap…menepati citarasa QH…


Hasil carian dari google resepi ni QH ambil dari blog Kak Ummi@Home Sweet Home…kalau ikut pada resepi ni ayam tu tak perlu di goreng dahulu pon takpe…tetapi disebabkan apabila berendang kebiasaan yang mak QH selalu buat goreng dahulu ayam tu jadinya QH dah terbiasa dan terikut stail macam yang mak QH masak…kalau tidak kurang laku la rendang tu kalau ayam tu tidak di goreng dahulu…yang ni ikut la stail dan cara tersendiri mana yang berkenan…


Apa2 pon QH ingin berterima kasih kepada Kak Chef Hanieliza dan Kak Umie sudi berkongsi resepi rendang yang sedap dan mudah ni…pada yang ingin mencuba QH syorkan sangat resepi ni…sedap pasti akan berpuashati dengan resepi ni…lagi rendang ayam ni QH masak basah2 sikit...biarkan berkuah sebabnya QH makan rendang ayam ni bersama Nasi Oren (klik je kat Nasi Oren tu untuk ke resepinya) SELAMAT MENCUBA!!!


RENDANG AYAM (CHEF HANIELIZA a.k.a KAKLIZA)

Bahan A:-
1 ekor ayam (dipotong kecil) – QH goreng ayam tu setengah masak
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit (disiat)
2 keping asam gelugor 
2 sudu besar gula kabung – QH letak 4 kiub gula pasir 
Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):-
3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
5 ulas bawang putih
5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 tangkai cili kering
15 biji cili api


Cara Memasak:-
1.       Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan (QH goreng dahulu ayam ni setengah masak)
2.      Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan (ayam QH letak kemudian).
3.      Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati. Kacau sekali sekala (Apabila kuah sudah sebati baru QH masukkan ayam yang telah digoreng tadi).
4.      Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
5.      Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat (QH makan dengan Nasi Oren).



APAM MEKAR SUNQUICK BERI

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Sesambil melayan cerita Khabi Khushi Kabhie Gham malam tadi…sesambil itu juga la QH mengupdate entri untuk hari ni…tapi lebih kepada tengok TV la…berjam2 nak menyiapkan entri ni…heee…walaupon dh berulang tengok cerita tu tapi masih lagi mata ni tak mau lepas dari melayan cerita tu sampai habis…tentu semua pon macam juga kan…berapa kotak tisu habis malam tadi…hihihi

Ok la jom ke resepi yang QH nak kongsikan untuk hari ni…


Akibat teringin nak makan QH buat la sikit apam mekar ni…QH buat separuh dari adunan asal tu…cukup la buat rasa2…lama juga QH tak buat apam mekar ni…tak silap kali terakhir QH buat 2-3 tahun lepas…haaa lama kan…resepi ni sudah banyak kali juga QH kongsi cuma ubah2 rasanya…boleh tengok di Label Apam tu untuk mengetahui lagi resepi apam mekar ni…

Cuma kali ni tidak berapa mekar pulak sebabnya dah nak siap kukus baru QH terperasan yang apinya QH tak bukak kuat…kalau tidak mahu lagi mekar setaman kuih apam mekar ni…nampaknya kena buat lagi ni…heee…ok resepinya ada di bawah yer…


APAM MEKAR SUNQUICK BERI
sumber: HaSue

Bahan-bahan:
250 gm gula kastor
2 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
200 ml air kotak sunquick beri – 1 kotak kecil
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovalette
1/2 sudu kecil doubleaction baking powder – QH tambah
Pewarna makanan


Cara membuatnya:
1. Panaskan kukusan. Balut penutup kukusan dengan kain untuk mengelakkan air jatuh ke atas bahan kukusan.
2. Pukul telur bersama gula kastor hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan esen vanila dan pukul. Kemudian masukkan ovalette dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum dan air kotak sunquick beri berselang seli sambil dipukul sehingga gebu.
5. Warnakan adunan mengikut warna pilihan masing-masing.
7. Masukkan adunan ke dalam piping beg. Sediakan cawan kertas secukupnya.
8. Paipkan adunan tadi ke dalam cawan kertas. Kukus selama 15 – 20 minit.


Viewing all 307 articles
Browse latest View live