Quantcast
Channel: QASEY HONEY
Viewing all 307 articles
Browse latest View live

JUS STRAWBERI SUNQUICK

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Selamat datang February…dah masuk bulan kedua 2k18 kan…sekejapnya masa berjalan…bagaimana dengan impian…dah mula ke belum tu…QH pon baru mula sikit2 ni…tunggu la sehingga pengakhirannya bagaimana…heee…


Ok la rasa macam dah lama pulak tidak menulis di sini...bukan sengaja meninggalkan blog ni tetapi QH agak sibuk sedikit pada minggu yang sudah…


Resepi kali ni sangat senang la…maklumla kunun2 azam tahun ni nak mengecilkan badankan…jadi rajin la nak berjus bagai macam ni…tak payah tengok resepi pon boleh buat…boleh letak ikut suka…sesuaikan rasanya mengikut citarasa sendiri…nak tambah buah2 yang lain pon boleh tetapi biar mengena la campuran tu…kalau mengarut sangat nanti akan rasa pelik dan membazir pulakkan…


Campuran strawberi dan sunquick ni sangat sedap…seharian QH minum jus ni…diminum sejuk tersangat la sedap ditambah pula dari buah yang segar…tak percaya sila cuba…heee


JUS STRAWBERI SUNQUICK

BAHAN2
Buah strawberi
Buah oren sunquick – di buang kulit
Ais batu
Gula pasir
Air secukupnya

CARANYA
Buah strawberi dan sunquick di potong dadu.
Masukkan semua bahan di atas mengikut kesesuaian rasa ke dalam blender.
Kisar sehingga bahan semua hancur.

Sedia untuk di minum.




IKAN SELAR MASAK SINGGANG

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Tiba la masanya penyediaan lauk super senang ni…heee…tetiba tekak ni teringin nak makan masakan singgang pula…lagi pon iye la dah lama sangat QH tak makan lauk jenis gini tau…adalah beberapa tahun gitu…tengok la bertapa lamanya tu…

Kebetulan ke Giant berdekatan rumah QH terpandang pula ikan selar kuning ni dalam kepala terus keluar idea nak masak singgang la…asyik masakan bertumis bagaikan kali ni kita merebus pula…ok la juga untuk diet tau…tiada minyak…nak diamalkan selalu pon tidak mengapa lauk jenis begini sebabnya memang sedap lagi bila dihirup kuahnya tu…alangkah nikmatnya…


Jika di pantai timur masakan singgang ni di makan bersama budu la kan baru cara katanya…potong cili dan tambahan perahan limau sedap tak ingat la diorang kata...budu tu QH tak makan dan tak biasa makan pon…tapi adakan juga la untuk melengkapkan hidangan ni…rasa macam tak lengkap la pulak kalau takde…

Masakan singgang ni QH buat pedas2 sikit…nak kata pedas sangat2 tu takde la…sekadar berasa rasa pedasnya tu cukup…lauk ni QH makan begitu saja tanpa ada lauk tambahan kecuali hirisan timun dan keropok ikan…laju je QH makan…al maklum la dah lama tak makankan seperti QH bagitahu awal tadi…heee…jika ada yang ingin mencuba resepinya seperti di bawah tu yer…


IKAN SELAR MASAK SINGGANG

BAHAN2
3 ekor ikan selar kuning
2 biji bawang besar – hiris
4 ulas bawang putih – hiris
3 batang serai – dititik
1 inci halia - hiris
1 inci kunyit hidup - hiris
10 biji cili padi - dititik
2 biji cili merah – hiris kasar
1 keping asam gelugur
Air secukupnya
Garam secukupnya



CARANYA
Sediakan periuk atau kuali yang bersesuaian. Didihkan air secukupnya.
Apabila air sudah mendidih, masukkan kesemua bahan di atas kecuali ikan dan garam. Gaul rata.
Kemudian baru masukkan ikan dan biarkan sehingga masak.
Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Apabila rasa sudah sempurna matikan api.


PENGAT TEPUNG PULUT

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Kembali lagi hari ni di sini

Walaupun sebenarnya keadaan QH sekarang ni agak kucar kacir sedikit…agak sibuk dengan kerja2 hakiki sebenarnya…tetapi hati ni tetap teringat ke blog…tetap nak luangkan juga sedikit masa untuk mengupdate…sebabnya banyak lagi stok resepi yang masih tersimpan…heeee…

seperti biase la pula...resepi2 yang QH update di blog ni kebiasaanya adalah resepi yang entah bila2 masa QH buat atau masak tau...bukan kekinian sangat la...heeee...almaklum la jarang sangat berupdate kan...menjadikan stok resepi semakin bertambah...hihihi 


Kalau nak tahu pengat tepung pulut ni dengan sengajanya QH buat…semuanya disebabkan gara2 tertengok ig story adik QH la…dia ada share di situ tengah buat pengat ni…apalagi bila dah tengok tu jadi terliur pula jadinya…tengok bahan2 semua dah ada…hmmm terus buat la…heee

Resepi ni QH ambil dari blog Kak Ummi…terima kasih kak atas perkongsian resepi ni…

bezanya QH tidak meletakkan sagu dan buat pengat ni warna warni…bagi ceria gitu…hehehe…masa ni angin rajin sangat sampai layankan je la…pada yang ingin mencuba…resepi ada di bawah tu yea…


Pengat Tepung Pulut
sumber Kak Ummi@Home Sweet Home

Bahan A:-
1 ketul gula melaka - potong kecil
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan pati santan (*ummi guna 2 cawan) 250 gm biji sagu - basuh dan toskan – QH tak letak
1 jag air (*ummi letak 2 cawan santan cair)
2 helai daun pandan - simpulkan
sedikit garam

Bahan B:-
1 1/2 cawan tepung pulut
air secukupnya (*ummi letak pewarna hijau pandan)
sedikit garam


CARANYA
** Uli bahan B hingga menjadi doh dan bulat-bulatkan doh sebesar guli dan tekan di tengah sehingga lekuk.
Buat sampai habis dan ketepikan.

Cara Memasak:-
Didihkan air/santan cair dalam periuk bersama gula melaka, gula pasir dan daun pandan.
Masak hingga gula larut dan mendidih atas api sederhana.
Masukkan pati santan dan kacau sekejap. Masukkan tepung pulut tadi dan masak hingga kenyal.
Akhir sekali masukkan biji sagu dan garam.


DONUT SEMPOI DAN GEBUS

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Haiii semua…
Berehat sekejap QH jadinya…
Sebelum tu QH ingin mengambil kesempatan dan belum terlewat lagi rasanya untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA buat semua kenalan QH yang menyambut perayaan tersebut…semoga tahun ni akan lebih onggg…gong xi gong xi…heeee


pada minggu yang lepas adalah minggu yang paling sibuk buat QH…lepas balik dari outstation terus tak berhenti kerja…sampai rasa nak demam pon ada…jadi bersempena cuti CNY ni memang QH berehat puas2 kat rumah…sesambil tu QH mengasah la balik bakat2 yang terendam tu kan…heee…yang tu nanti QH akan update kemudian yer…

Ok la untuk resepi kali ni QH mendonut pula…kalau nak tahu sepanjang QH menjadi blogger ni pertama kali QH post resepi donut tau…pernah juga beberapa kali buat tetapi kali ni baru QH update ke sini…heee


Kali ni QH menerai resepi dari blog Kak Azlita@Masam Manis…rasa macam dah lama sangat QH tak singgah ke blog kakak kesayangan QH ni…sebab sibuk dengan dunia sendiri sekarang ni…heee...apa2 pon QH ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Chef Asma dan Kak Ita yang sudi kongsikan resepi donut yang sangat gebus ni pada semua...

Pada yang ingin mencuba resepi ni pasti tidak akan hampa tau sebabnya donut ni QH buat dengan menggunakan tepung gandum jer tetapi hasilnya MasyaAllah sangat gebu walaupon dah sejuk…QH goreng dalam 10 keping camtu dan lebihannya QH frozenkan…bila2 rasa teringin dah senang tinggal goreng jer…

sebelum simpan ke dalam freezer…donut yang nak di simpan tu kena la digorengkan dahulu 1/2 masak…kemudian packkan cantik2 atau letak ke dalam tupperware @ tipuware pon boleh…lepas tu dah boleh simpan…bila nak goreng tak perlu thaw@nyahbeku terlalu lama…minyak dah panas terus je goreng…senangkan…jadi ape la jom la buat secara berjemaah...heeee


DONUT SEMPOI
Sumber Kak Azlita@Masam Manis
Resepi Oleh : Chef Asma

Bahan2
500 gm tepung roti atau tepung high protein atau tepung gandum (sebaiknya tepung roti) – QH guna tepung gandum
10 gm instant yeast atau 1 peket mauripan
1 sudu besar bread softener – optional
60 gm mentega
60 gm gula halus
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar susu pekat manis
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam atau secubit garam
200 ml air sejuk dari peti ais

minyak untuk mengoreng terendam
gula kastor atau gula icing ikut kesesuaian untuk menyalut donut



Caranya
Ita menggunakan bread maker untuk menyediakan donut ini – QH ikut cara kak Ita
Masukkan semua bahan ke dalam bread maker (kecuali minyak untuk mengoreng dan gula kastor/gula icing untuk salut donut)
Set pada button uli doh dan biar bread maker mengambil alih tugas menguli.

Bila dah siap, tumbuk-tumbuk doh keluarkan angin
Pastu bolehlah bulat-bulatkan anggaran berat satu doh tu 40 gm. jadi dapat lah dalam 25 keping doh atau donut nanti.
Kemudian rehatkan kejap, tutup atasnya dengan kain atau plastik dan simpan kejap dalam ruang yang hangat sikit.. macam dlm almari atau oven yang tak di on tau!
Kejap aje ya dalam 10 minit.. takut nanti kalau lama dia naik sangat..

Kemudian tekan-tekan dia bagi penyek sikit dan tebuklah lubang kat tengah-tengah dia
Panaskan minyak dan bolehlah mengoreng
Minyak jangan panas sangat nanti cepat hangus di luar dan dalam tak masak pulak. Dan jangan kurang panas pula nanti donut serap minyak tak sedap pulak. Minyak yang sedang-sedang aje
Balik-balikkan doh masa masak supaya naiknya cantik dan sekata masaknya.
Kemudian bolehlah salutkan gula.


Tips mudah salut gula.
Ita letakkan gula dalam plastik bag
Masukkan donut dalam 2 atau 3 keping dalam bag plastik tersebut dan goncang-goncang biar gula bersalut pada donut sekata

cara ni dapat menjimatkan penggunaan gula dan dapur tidak berselerak dengan gula



SALTED EGG BUTTER CHICKEN

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Sudah terfikir ker nak masak apa hari ni??

Resepi dari QH kali ni sesuatu yang pasti menjadi kegemaran anak2…mak@ayah kepada anak pon suka jugak tau…heeee…sebab jika tak dimakan bersama nasi…boleh juga diratah begitu sahaja…lauk sebegini sedap di makan ketika panas2


Cara memasak lauk ni sangat mudah…semudah ABC jer tau…sekejap jer dah siap…bahan yang digunakan tersangat la mudah…yang paling penting telur masin…tu la bahan utamanya…kalau tak suka ayam boleh digantikan dengan udang, sotong atau ketam…jika suka pedas cili padi tu boleh ejas setakat mana tahap kepedasan masing2…kalau nak kuah tu lagi creamy…air tu boleh digantikan dengan susu cair…



SALTED EGG BUTTER CHICKEN

BAHAN2
18 ketul ayam bahagian kepak
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih – kisar halus
1 inci halia – kisar halus
Garam secukupnya
Minyak masak untuk mengoreng

CARANYA
Bersihkan ayam dan perapkan ayam dengan garam, serbuk lada hitam dan bahan kisar (lebih kurang 30min).
Kemudian gaulkan pula dengan tepung jagung dan tepung gandum. Renjis2kan dengan air. Gaulkan hingga semua ayam tadi bersalut dengan tepung.
Sediakan kuali dan panaskan minyak masak.
Gorengkan ayam tadi sehingga garing dan kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Ketepikan.


BAHAN KUAH
3 biji telur masin - rebus dan hancurkan isinya
1/3 - 1/2 buku butter
10 biji cili padi - hiris 
4 ulas bawang putih - cincang
3 tangkai daun kari
Gula secukup rasa
Air secukupnya

CARANYA
Panaskan kuali dan masukkan butter. Apabila butter telah cair masukkan bawang putih, daun kari dan cili padi. Tumis hingga naik bau.  
Kemudian masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi. Gaul rata.
Tambahkan gula secukup rasa dan air secukupnya jika ingin berkuah.
Apabila kuah agak pekat matikan api.
Curahkan kuah tadi di atas ayam yang telah di goreng tadi.
Atau boleh juga apabila kuah sudah berbuih masukkan ayam yang telah di goreng tadi dan gaulkan sehingga rata. Matikan api.


AIR DETOX PANDAN SELASIH

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Keadaan cuaca di Malaysia sekarang ni berbeza2…ada tempat yang hujan dan  ade tempat mengalami musim panas…di KL sekarang ni cuaca panas lebih lagi waktu tengah hari…bila keluar tu nak bukak mata pon susah…lagi QH ni jenis kuat silau…tak boleh bukak mata luas2…heeee…di KL dah lama tak hujan…kalau ade hujan pon macam sekali lalu gitu jer…


Bila musim panas tekak ni mula la nak minuman yang sejuk…lagi dapat air manis tak beringat nak minum…laju jer…tapi tak elok sangat banyak minum air manis…lagi cepat badan tu naik kilogramnya…tapi sesekali2 takpe la kan…bukan selalu…heeee...nanti kita belenkan la dengan bersenam dan riadahkan...


Kali ni QH buat air pandan detox pulak untuk menyejukkan badan…dalam ni air ni QH tambahkan biji selasih…kalau letak chia seed lagi bagus tetapi kat rumah takde guna jer la biji selasih…biji selasih dan chia seed nampak sama tapi sebenarnya ianya berbeza tau…dari segi khasiat dan rupanya ade beza sedikit jika di lihat dengan dekat…yang tu boleh cari sendiri atau boleh google untuk melihat perbezaan keduanya…


Pati pandan ni QH tak buat manis sangat…cukup2 rasa gitu…lepas tu tambahkan lemon dan biarkan semalaman…keesokkan harinya baru minum…alangkah nikmatnya…heee…amat sesuai di minum ketika cuaca panas begini…seperti biase resepinya QH sertakan di bawah yea…


AIR DETOX PANDAN SELASIH

BAHAN2
10-12 helai daun pandan
1 kilo gula pasir
2 liter air atau secukupnya
Pewarna hijau

Biji selasih
Lemon – hiris bulat

CARANYA
Sediakan periuk, kemudian masukkan gula pasir, air dan daun pandan. Biarkan sehingga air mendidih. Kacau sekali sekala. Tambahkan pewarna hijau secukupnya.
Apabila pati sirap sudah pekat, matikan api.
Sejukkan.

Kemudian ambil air masak dan bancuhkan sirap pandan tadi. Sesuaikan rasa. Tambahkan lemon dan biji selasih. Tambahan ais atau sejukkan air ke dalam peti sejuk.

Siap untuk dihidang dan nikmati.



SOTONG GORENG KUNYIT BASAH

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Untuk penduduk di sekitar KL dan Lembah Klang macam mana…ade tempat yang mengalami gangguan masalah air tak…setakat semalam rumah QH air masih ada lagi…hari ni tak tahu lagi macam mana…tunggu balik kerja nanti baru tahu…harap2 tak terkena la…tetapi di jadual yang dikeluarkan SYABAS tu…ada terselit area rumah QH…


Bila takde air ni tetiba rasa macam sesak nafas pon ada kan…lagi bila isi rumah yang ramai…paham sangat situasi tu bagaimana…sedangkan dalam rumah QH tak ramai orang ni…dah bertong2 simpan stok air…kot la tetiba tersakit perut ker…tu semua kena standby kan…heeee…nak memasak pon kena catu air…satu tabiat QH kalau memasak atau membaking ke apa…mesti kejap2 nak basuh tangan…orang kata dah terbiasa…kalau takde air camni memang tak reti nak buat kerja…heeee


Bersempena kejadian catuan air sementara di sekitar KL dan Lembah Klang ni…nak memasak pon lauk kena yang simple dan ringkas jer…tak boleh lauk yang renyah2…paham je la kan bila memasak banyak guna pinggan mangkuk periuk kuali sudip sudu bagai…jadi buat sementara ni masak yang simple jerk…yang penting sedap dan makan bertambah…heeeee


Hari tu QH ke pasar ternampak lak sotong besar2 jadinya tekak kali ni teringin nak makan sotong goreng kunyit basah2 pula…QH buat jenis berkuah sikit…lepas tu letak la kacang panjang dan lobak merah sekali ke dalam tu…masak 1 jenis lauk ni dah cukup sebab semua dah ade…senang jer nak sediakan sekejap jer dah siap masak…yang pasti sedap tau…heeee…takpe sesekali puji diri sendiri…yang ni QH masak sedikit pedas…kalau tak pedas macam tak umphhh lak rasanya…ok jom tengok resepi kat bawah yer…


SOTONG GORENG KUNYIT BERKUAH

BAHAN2
1 kilo sotong – basuh sotong dengan perahan limau nipis untuk hilangkan hanyir
5 biji bawang kecil - hiris
3 ulas bawang putih – hiris
1 inci halia – hiris
20 biji cili padi campur hijau dan merah – diketuk
1 biji lobak merah – dipotong 1 inci
10 batang kacang panjang – dipotong 1 inci
3 sudu kecil serbuk kunyit – tambah dengan sedikit air jadikan seperti pes
1 sudu kecil sos tiram
Air secukupnya
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARANYA
Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
Kemudian masukkan sotong. Gaul rata dan biarkan sehingga air sotong keluar.
Masukkan pes kunyit yang telah dibancuh tadi dan sos tiram. Gaul rata.
Masukkan pula lobak merah dan kacang panjang yang telah dihiris. Gaul rata.
Tambahkan sedikit air sehingga berkuah. Kacau rata.
Masukkan gula dan garam secukup rasa jika perlu.
Apabila kuah telah pekat dan sotong telah masak, matikan api. Sotong jangan di masak terlalu lama untuk mengelakkannya liat.

Siap untuk dihidang bersama nasi putih panas dan ikan goreng garing.



UDANG MASAK LADA HITAM

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Huwarghhhhhh…

Giliran rumah QH pula yang takde air dari semalam…aduyaiiii serasa rimas dan susah nak buat kerja jadinya…harap2 ketiadaan air ni dapat la di atasi dengan segera…hujung minggu ni banyak projek yang QH nak buat…huhuhu…kalau takde air lagi sehingga hujung minggu ni jawabnya tak berasap la dapur…paham je la bila takde air ni macam mana nak memasakkan…sebabnya bila memasak ni banyak nak kena guna air…kalau tak rasa macam tak puas pula…stok air yang ada kena simpan elok2…untuk kegunaan yang terpenting sahaja…heeee…terpaksa la mencari sumber air kat rumah adik…


Ok la resepi yang QH nak kongsikan hari ni…dah dimasak beberapa minggu yang lepas…lama dah baru sekarang dah di update…heee…resepi ni resepi belasahan jerk dari QH…tapi Alhamdulillah sedap…hehehe…nak tahu kena la cuba tau…sebenarnya ketika nak masak lauk udang ni…buntu juga nak dimasak ape udang tu…sebab nampak udang ni kat pasar main beli jerk…tengok dalam peti sejuk ada bunga kobis dan lada bengala…yang terpikir waktu tu…masak black pepper jer la…QH pon gemar juga jenis masakan macam tu…ape lagi terus la memasak dengan jayanya…senang jer nak masak lauk ni…resepi ada di bawah tu…SELAMAT MENCUBA!!



UDANG MASAK LADA HITAM

Bahan-Bahan
1 kg udang sederhana besar – bersih dan belah belakangnya
serbuk kunyit
garam
tepung jagung
minyak masak untuk menggoreng secukupnya

CARANYA
Gunting muncung udang. Belah belakang udang dan bersihkan. Cuci dan toskan. 
Lumurkan udang bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya.
Kemudian gaulkan bersama tepung jagung sehingga rata.

Panaskan minyak secukupnya dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.


BAHAN KUAH
1 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
3 sudu kecil lada hitam - kisar kasar
1/3 biji lada bengala/capcicum merah
1/3 biji lada bengala/capcicum hijau
1 batang lobak merah
1/3 biji bunga kobis
1 biji bawang holland - potong bulat
2 sudu besar kicap jalen manis
3 sudu besar sos lada hitam
1 cawan air + 1/2 sudu kecil tepung jagung - bancuh
Gula dan garam secukup rasa

CARANYA
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah di hiris sehingga sedikit layu.
Masukkan lada hitam yang telah di kisar tadi. Gaul rata.
Masukkan kicap manis dan sos lada hitam. Gaul rata.
Kemudian masukkan lobak merah dan bunga kobis yang telah di potong. Gaul rata.
Tambahkan bancuhan air yang telah di campurkan dengan sedikit tepung jagung tadi.
Apabila kuah sudah sedikit pekat, masukkan udang yang telah di goreng terlebih dahulu tadi. Gaul rata.
Masukkan bawang holland yang di hiris bulat. Gaul rata.
Akhir sekali tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Perasakan rasanya. Sekiranya sudah cukup rasa, matikan api.

Hidangkan bersama dengan nasi putih panas.



PUDING KEK STRAWBERI

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Di musim cuaca panas begini sudah tentu tekak ni menginginkan sesuatu yang sejuk dan dingin bukan…menurut tuntutan tekak la ni maka terbuat la puding kek ni…aduhaiii tekak ni macam2 pula yang di minta…heeee


Nak buat puding kek ni…mengambil sedikit masa sebabnya banyak step yang perlu dibuat tetapi hasilnya sangat ohsemmm…wallaaaa…ni menurut kata kawan2 QH la…ke nak ambil hati ekkk…heeee…QH buat lebih sikit hari tu untuk di bawa ke opis…dapat la merasa sorang satu…


Untuk buat puding ni...perlu buat basenya dahulu iaitu kek span...yang ni terpulang la nak buat kek perasa ape...boleh ikut citarasa sendiri yer...jika nak skip step ni...boleh guna kek gulung yang dah siap jual di kedai tu...apabila dah siap kek, sejukkan terlebih dahulu...sementara nak tunggu kek sejuk boleh sediakan buttercream...

Step seterusnya apabila kek dah sejuk baru la boleh mula proses menghancurkan kek tersebut...kemudian satukan dengan buttercream yang telah disatukan dengan nutella...masukkan bancuhan kek tadi ke dalam bekas yang bersesuaian...kemudian sejukkan ke dalam peti sejuk...

ok baru la boleh sediakan pudingnya pula dan siapkan step seterusnya sehingga siap...kesemua resepi QH ada sediakan di bawah yea...

sebenarnya nampak agak renyah untuk penyediaan resepi ni tetapi apabila kita dah buat...sekejap je dah siap dan nampak mudah sebenarnya...tak percaya sila la mencuba dahulu yer...SELAMAT MENCUBA



PUDING KEK STRAWBERI

BAHAN2
Kek span coklat –resepi rujuk di SINI
Buttercream + nutella – satukan
(BC dan nutella mengikut kesesuaian rasa – yang ni QH lupa nak buat sukatan)


BAHAN BUTTERCREAM
sumber AnnaQawina

150 gm gula aising – ayak (QH ayak 3kali)
150 gm shortening
150 gm mentega
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu segar

CARANYA

Satukan semua bahan dalam mixer, putar dari speed perlahan hingga medium sahaja sehingga kembang. Ini akan mengambil masa sedikit untuk mendapatkan icing yang gebu tapi halus teksturnya.


LAPISAN BAWAH

Ramaskan kek span sehingga hancur.
Kemudian masukkan buttercream yang telah disatukan dengan nutella.
Gaul kek dan buttercream tadi sehingga hancur (tidak perlu terlalu banyak)
Sediakan bekas yang sesuai. Sudukan kek tadi dan ratakan permukaannya.
Apabila sudah siap kesemuanya simpan seketika ke dalam peti sejuk.

Sementara itu siapkan adunan puding pula.


LAPISAN ATAS

BAHAN2
1 paket/10 gm serbuk agar-agar – clear
1 liter air
250 gm gula pasir
1 sudu kecil perasa strawberi
Nata de coco
Buah strawberi

CARANYA
Satukan serbuk agar2 bersama gula pasir. Sediakan periuk dan didihkan air.
Masukkan campuran serbuk agar2 tadi. Kacau hingga rata.
Tambahkan perisa strawberi dan kacau lagi. Masak sehingga mendidih. Matikan api.
Keluarkan bekas yang telah diletakkan kek tadi dari peti sejuk.
Tuangkan adunan agar2 tadi ke atas lapisan kek.
Letakkan potongan buah strawberi dan nata de coco.

Sejukkan agar2 tadi sehingga lapisan agar2 mengeras. Barulah dihidangkan.



ROTI HEAVEN TERLAJAK SEDAP

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Hari ni QH nak kongsikan 1 resepi yang QH ambil dari seorang kawan di FB…masa terpandangkan resepi ni terus berkenan…bila sudah berkenan terus la QH minta resepi ni…resepi ni sangat sesuai untuk dimakan pada waktu pagi dan petang…boleh juga dijadikan sebagai bekal jika dibuat dalam bekas kecil macam QH buat ni…cara penyediaannya sangat senang tau…sekejap je dah siap…yang pasti sedap…lagi sedap dimakan panas2…


Pada Kak Rozilah terima kasih berkongsi resepi ni pada QH…QH panjangkan pula resepi ni di blog yea…pada yang ingin mencuba resepi ada di bawah…


Roti heaven
sumber Rozilah Abdullah 

BAHAN2
8 keping roti Gardenia
8 biji telur
semangkok kecil mozzarella
semangkok kecil cheese cheddar parut
semangkuk kecil daging cincang ramly – QH guna ayam cincang
sebiji bawang besar di dadu
2 biji cili besar di hiris – QH guna traffic light capcicum
sedikit daun bawang di hiris
sedikit aji shio black pepper



CARANYA
Jika menggunakan loyang, sediakan loyang empat segi 8x8 inci dan alaskan dengan baking paper. Griskan dengan sedikit butter.
Kemudian susun roti 2 keping 2 keping ke dalam loyang.
Jika menggunakan bekas aluminium seperti di atas, griskan permukaannya dengan sedikit butter.
Pukul telur dan satukan semua bahan di atas dan tuang ke atas roti.
bakar dalam oven dengan suhu 180C – 200C api atas bawah 25 minit atau sampai garing. (api bergantung pada oven masing2)

Apabila telah masak keluarkan dari oven dan boleh terus dihidangkan.
Sedap di makan panas2.


KENTANG GORENG BERTELUR PEDAS

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Bertemu lagi…
Hari ni kongsi resepi simple dan sempoi aje…
Biase la tu terkadang datang jugak mood malas nak memasak ni…nak makan tapi malas masak tu perkara biase bagi QH…heeee
Sebenarnya kentang tu dah lama QH beli siap yang ade nak tumbuh jadi pokok balik…hehehe…kunun nak buat la karipap…tapi tu la dah ade depan mata…misi gagal la…macam tak berdaya jer nak ke dapur…heee

Maka jadi la salah satu lauk tengah hari…ehhh lauk camni la salah satu punca makan bertambah tau…tak percaya sila cuba…nak dibuat ratah makan begitu saje pon sedap la…yang QH masak ni sedikit pedas…biasa la QH ni kalau tak pedas macam tak umphhhh la…senang je nak masak lauk ni…main campak2 jerk pastu siap la…ajommm tengok resepi…


KENTANG GORENG BERTELUR PEDAS

BAHAN2
5 biji kentang – buang kulit dan potong memanjang
2 biji telur ayam
10 – 15 biji cili padi – kisar kasar
1/3 lada capsicum hijau – hiris
2 biji bawang besar
Garam dan gula secukup rasa

Minyak untuk mengoreng


CARANYA
Kupas kentang dan dibuang kulit. Potong memanjang. Bersihkan dan toskan airnya.
Panaskan minyak ke dalam kuali dan goreng kentang tadi sehingga garing.
Angkat dan toskan. Ketepikan.
Kurangkan minyak tadi dan tumiskan bawang besar dan cili padi sehingga layu.
Masukkan lada benggala dan kentang yang telah di goreng tadi. Gaul rata.
Kemudian pecahkan telur dan gaul rata.

Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Matikan api. Siap untuk dihidang.


KILLER BREAD UNICORN

$
0
0


Salam my kesayangan…

Ada ni kakak tak hilang laaa…
Alaaa baru beberapa hari aje kakak tak ke udara kan…heee
Masih lagi aktif…kalau nak tahu kakak aktif ke tidak boleh la follow kakak di IG…heeee


Ok la…bila lama tak membebel di sini jadi tepu gak idea nak menge’cong’…heeee…sesambil mengupdate blog ni untuk mendatangkan mood…QH dengar la lagu dari Aman Aziz – SULIT…berhantu betul lagu ni dengan QH…ulang2 lagu ni QH dengar sampai la siap entri hari ni…


Mana yang ada follow QH di FB…QH dah publish gambar roti ni di sana…di blog ni lambat sikit…heee…macam2 la diorang menamakan roti yang QH buat ni…sesaje la QH nak bermain teka teki sikit dengan kesayangan QH tu…ada yang kata ni monkey bread la, pull up bread la sebab rupanya lebih kurang sama…yang tu QH akan terai kemudian…roti naik la dan yang paling tak menahan roti kain perca pun ade…aduyaiii…hehehe…terhibur lak jadinya…Alhamdulillah setakat ni kawan2 di FB diorang ni memang sangat sporting…QH jer yang dah jarang muncul di sana…



Sebenarnya ianya resepi yang berulang kali QH pernah buat…siapa pernah cuba Killer Bread ni akan tahu la tahap kepuasan dengan hasilnya…berbagai versi dah QH buat…yang itu boleh tengok di entri2 QH yang lepas…cari jer di Label Roti dan akan nampak resepi ni dengan versi yang berbeza2…kali ni ade sedikit rajin berkaler2 la roti tu QH kerjakan…QH suka sangat dengan resepi sebabnya senang sangat nak handle…tak perlu untuk naikkan roti tu banyak kali…yang tak pandai meroti pun akan menjadi pandai apabila menggunakan resepi ni…lagi satu resepi ni boleh dibuat dalam pelbagai bentuk dan versi…nak tambah perisa ker…nak buat berinti ker semuanya mengena…cuma QH belum ada kesempatan untuk mencuba…in shaa Allah bila dan sampai masanya akan QH tunjukkan kepada semua…


untuk tidak menghampakan kepada follower QH…takpe la DSLR QH tu bersalut dan kotor dengan tepung bagai…demimu QH sempat la snap beberapa step yang QH gunakan untuk menghasilkan Killer Bread Unicorn ni…untuk buat roti ni QH main agak2 jer untuk membahagikan doh2 tu…memula bahagikan kepada 5 bahagian dan selepas tu doh2 tu QH kalerkan menggunakan BM…boleh nak uli menggunakan tangan tapi mengambil masa sedikit…nak cepat guna BM atau mixer…lepas tu doh2 tu QH bulatkan kecil2…tak sama besar dan cantik bulat2 tu takpe memang sengaja QH buat begitu sebabnya nak nampak la hasilnya ohsem dan berseni…heee…untuk memotong roti ni QH menggunakan pisau khas untuk memotong roti baru la hasilnya cantik…


KILLER BREAD

BAHAN2
260 gm tepung roti
3 gm yis kering segera/mauripan
160 - 180 gm + 2 kuning telur + susu penuh krim - QH letak 180gm
30 - 40 gm gula - QH letak 40gm
2 gm garam
40 gm mentega
Pewarna hijau, pink, biru, ungu dan kuning

Bahan sapu atas roti - 1 biji kuning telur + susu segar

CARANYA
- Campurkan semua bahan (kecuali mentega) bersama-sama dan uli sehingga anda mendapat doh seperti sutera dan elastik.
- Masukkan mentega dan uli sehingga doh elastik.
* jika menggunakan breadmaker, masukkan kesemua bahan2 di atas kecuali pewarna ke dalam BM dan pilih menu doh.
- Sediakan bekas atau loyang yang sesuai. Griskan loyang dengan mentega.
- Bahagikan adunan kepada lima bahagian sama beratnya. Warnakan setiap bahagian aduan dengan pewarna pilihan.
* untuk mewarnakan doh QH menggunakan BM, masukkan bahagian2 doh satu persatu dan letakkan setitik pewarna
- Bulatkan kecil2 dan susunkan ke dalam bekas yang bersesuaian.
- Rehatkan lagi sehingga naik sekali ganda.
- Kenaikan sehingga doh mencapai 90% daripada ketinggian pan.
- Sebelum bakar oleskan bahagian atas roti dengan bancuhan kuning telur dan susu segar.
- Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 170'C selama lebih kurang 20 - 25 minit. 

- Keluarkan dari oven dan sapukan atas roti dengan marjerin untuk mengilatkannya dan biarkan sejuk kemudian baru di potong.


KILLER BREAD

260g bread flour
3g instant dry yeast
160-180g + 2 egg yolk + full cream milk
30g to 40g sugar
2g salt
40g butter

– mix all ingredients (except butter) together and knead till you get a silky and elastic dough
– incorporate butter and knead till window pane stage (crucial)
– divide dough into 3 portions, then roll out flat. swiss roll, and place into greased loaf pan
– rise till dough reaches 90% of height of pan

– bake in preheated oven of 170 degrees C, second lowest rack for 20-25mins, tenting bread with foil if it browns too quickly


STANDARD CHARTERED KL MARATHON 2018

$
0
0



Salam my kesayangan…

Haaa...entri kali ni lain sikit...
Saje QH nak share kat semua perjuangan QH merentas Standard Chartered KL Marathon 2018 pada 8 April 2018 baru2 ni...heee
hampir terlepas juga event ni kalau sepupu QH tak mengingatkan
apalagi terus je QH daftar...yang paling tak menahan ambil kategori 10km Speed tu...heeee

ni la medal yang QH dapat lepas habiskan larian tu...




nampak tak dengan rasa bangga lepas ambil race pack di KL Convention Centre...QH ambil hari Jumaat petang...time ni orang pon dah tak ramai jadinya tak perlu nak beratur panjang2...sampai je di sana terus ke kaunter...kemungkinan besar ramai yang dah ambil sehari awal... 




kat atas ni antara yang sempat QH snap dan ambil dari page FB Standard Chartered...tu adalah track 10km speed yang dah QH lalui...boleh tahan jugak menapak dan ada antara track ni jalan yang biase QH lalu ketika nak pegi kerja...sebenarnya memang lalu pon opis QH...hahaha




kat booth yang ada ni QH beli la sikit food energy dan protein...untuk tambahan stamina...pepagi sangat nak breakfast macam biasa memang tak lalu la kan...jadinya QH breakfast dengan benda2 tu jerk...nak lari tak boleh la nak hadap nasi lemak bagai...mau mengah nanti...heeee...kat booth yang ada tu QH beli juga inner neck macam yang QH pakai tu...best, simple, selesa dan elok terletak je kat kepala...sarung je dah siap...nak larikan takkan nak belit2 bagai...heeee...harga mampu milik sangat...RM35 je...murahkan...


ecehhh2 ni la antara persiapan yang QH buat...malam tu sempat lagi keluar cari stokin dan cap...heee


QH ke Dataran Merdeka naik LRT jer...senang tak payah nak fikir parking kat mana...sebabnya banyak jalan tutup...lagi QH mula kat Sogo dan habis di Dataran Merdeka...dalam tren yang QH naik ni akan nampak hijau di mana2...lagi bersemangat seram la jadinya...heee


gambar ni QH ambil dari page SCKLM...tak sangka lak ada terselit gambar QH kat situ...maklum la QH ni sejenis tak boleh nampak kamera...cepat jer nak posing...heeee


gambar atas ni betul2 kat finisher...alamak terkantoi la tengah berselfie...ke ni acara berselfie kot...sebab memasing duk pegang henpon jer tu...hahaha...banyak lagi gambar QH tengah berselfie yang sempat paparazi ni snap...


ciuman pertama...masa ni baru dapat medal...masih beserabai dengan rambut terkeluar dan berpeluh...basah tudung dengan peluh...takde masa nak touchup2 dah...semua sama jer...mekap pon tak bawak...heeee


yang ni QH suka...Alhamdulillah result QH takde la teruk sangat...ni kalau QH betul2 fokus tak berselfie bagai mau lagi awal kot rekod ni...semasa marathon ni QH takde stop kat mana2...rasa tak larat tu QH jalan jer...lagi2 kalau track membukit...memang jalan saje...jangan paksa diri...sepatutnya target kategori QH ni 1jam15min...tapi QH lambat 30 minit...takpe la tahun depan cuba lagi...tapi dah ada yang mengajak QH ambil half marathon 21k pulak tahun depan...hurmmm


sebenarnya sebelum marathon ni...QH dah mula sikit2 fitness...hampir 3 bulan jugak QH ulang alik ke fitness...supaya jangan pancit...hari bekerja QH buat 1 1/2 jam jer...kalau hari cuti tu lama sikit la kat fitness hampir 3jam camtu...kalau terus terjah marathon rasanya 15minit awal dah tercunggap2 kot...heee...lagipon event ni kita nak enjoy...tak perlu paksa diri beriya sangat...



yang paling best QH dapat jumpa dengan kawan blog dan FB kat sini...dah habis lari baru dapat jmpa sebab kategori lain2...ni kali kedua QH jumpa dengan kak Nik ni...tetap maintain ayu...



sebelum balik tu sempat la QH berposing2 kejap...padahal kaki dah sengal2 ni...walaupon setiap hari ke fitness...kaki QH tetap kejang gak...lagi dalam tren terpaksa berdiri...menahan sakit juga la...QH tak lama kat sini lepas dapat medal...makan la pisang yang dapat free tu terus balik...balik rumah macam2 QH kunyah sebelum tido tak ingat dunia...hahaha...bangun lapar lagi tu...adoiii...lepas lari tahap lapar tu macam tak makan 10 hari tau...sebab sebelum marathon ni QH adalah jaga pemakanan...

ni la pemenang ikut kategori yang ada...


sebelum terlupa...SCKLM2018 ni merupakan tahun yang ke-10 dan sambutannya sangat luar biasa...mungkin rakyat Malaysia sudah mula sedar cara hidup sihat untuk menyertai event2 seperti ni...kalau nak tahu untuk SCKLM2018 ni seramai 38,768 orang yang turut serta...
Full Marathon = 10,117
Half Marathon = 11,891
10 km = 13,355
5 km Fun Run = 2,900
Kids Dash = 505


ok la rasanya setakat ni saje kot catatan QH mengenai SCKLM2018 ni...in shaa Allah jumpa lagi di lain entri

 sedang fikir untuk run seterusnya...heee

IKAN KERISI GORENG BERLADO

$
0
0


Salam my kesayangan…


Rasa macam dah lama pulak tak berkongsi resepi di sini kan…macam2 lagi yang QH nak updatekan di sini…memasing tengah menunggu giliran dah tu…heee…kebetulan banyak pulak aktiviti QH tu yang tak menyempat nak up to date…terpaksa la throwback…kikiki…satu la hal yang melambatkan untuk mengupdate ni…pening kepala mana satu gambar yang terbaik kununnya…heee…tu la akibat bila snap tak ingat dunia…lenkali nasihat QH minimalkan jer shot tu…jenuh nak pilih nanti…


Resepi kali ni resepi belasahan dari QH yang paling senang dan banyak kali dah QH masak jika kemalasan melanda…rasa rajin dan malas selalu seiring dan sejalan tau…tapi banyak yang malas tu …adoiii…tengok la gambar pon ala kadar jerk..ada masa malas gak nak snap beriya bagai…prop guna ape yang ada depan mata jerk…heee…lagi bila tahap lapo dah kritikal…memang tak la nak snap…ambil nasi terus ngapp jerk…heee…ok la panjang lak mukadimahnya…ajommm tengok resepinya…


IKAN KERISI GORENG BERLADO

BAHAN2
4 ekor ikan kerisi
Serbuk kunyit
Tepung jagung
Garam
Minyak untuk menggoreng

CARANYA
Siang ikan dan bersihkan. Untuk menghilangkan hanyir ikan biasanya QH akan basuh dengan limau purut. Perah dan rendamkan sekejap. Kemudian baru dibersihkan sekali lagi. Toskan airnya.
Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya.
Kemudian ratakan dengan tepung jagung secukupnya.

Panaskan minyak masak. Apabila minyak dah panas, gorengkan ikan tadi sehingga garing. Angkat dan ketepikan.


BAHAN SAMBAL

25 biji cili padi – merah dan hijau
3 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Sedikit belacan – bakar (jika suka)
1 bawang besar – hiris
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

CARANYA
Kisar cili padi, bawang kecil, bawang putih, halia dan belacan dengan menggunakan food professor.
Panaskan kuali dan ambil sedikit minyak bekas goreng ikan tadi untuk menumis bahan2 yang telah dikisar tadi sehingga naik bau.
Kemudian masukkan bawang besar yang telah dihiris tadi. Gaul rata.
Tambahkan sedikit air untuk berkuah.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Jika rasa telah sebati, matikan api.

Boleh juga ikan yang telah digoreng tadi digaul terus ke dalam sambal atau curahkan sambal ini ke atas yang telah di goreng.


BALIK KAMPUNG BERSAMA PENSONIC!!!

$
0
0


Menangi hadiah bernilai RM200,000 dalam 'Balik Kampung Bersama Pensonic'!
Nissan X Trail dan produk-produk Pensonic yang hebat mesti dimenangi dalam kempen ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’.


KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Pensonic telah melancarkan Kempen ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ dengan lebih banyak ganjaran-ganjaran hebat sebagai tanda terima kasih kepada para pengguna di atas sokongan mereka.


Kempen Chef’s Like Pensonic pada tahun-tahun sebelum ini amat popular kerana ia seperti pesta bagi pengguna-pengguna produk Pensonic. Terdapat aktiviti-aktiviti menarik seperti kelas memasak bersama Chef Selebriti Dato Chef Haji (DCH) Ismail yang menyeronokkan, peraduan ‘Raya Merdeka Bring Chef Home’, rancangan masakan ‘Chef Mail Masak Bersama Pensonic’ dan banyak peraduan ‘Tonton & Menang’. Musim ketiga rancangan ‘Chef Mail Masak Bersama Pensonic’ Berjaya mencapai penonton lebih daripada 6.3 juta walaupun ia disiarkan hanya di TV3.


Tahun ini, satu rancangan baru yang menarik, 'Balik Kampung Bersama Pensonic' akan ke udara setiap Hari Isnin, jam 6.00 petang mulai 30 April 2018. Sertai pertandingan Beli, Tonton & Menang setiap minggu selepas menyaksikan rancangan ini yang terdiri dari 8 episod untuk peluang memenangi hadiah yang bernilai RM200,000.00 termasuk Nissan X-Trail dan produk-produk peralatan rumah Pensonic dari 1 April hingga 30 June 2018. Pengguna hanya perlu mengikuti langkah-langkah peraduan seperti di bawah:

  1. Beli produk Pensonic bernilai RM50.00 dan ke atas dalam satu resit.
  2. 'Like' Facebook Pensonic & poster peraduan.
  3. 'Share' poster peraduan (tukar tetapan privasi kepada Am).
  4. Tonton rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3.
  5. PM gambar-gambar resit, kad waranti, butir-butir peribadi dan jawapan untuk soalan peraduan FB. 

Para pengguna digalakkan untuk mengikuti (Follow) Facebook Pensonic untuk mendapatkan informasi terkini mengenai peraduan ini.

Selain dari Hadiah Nissan X-Trail, Hadiah Istimewa termasuklah:
  1. Mesin Basuh Pensonic 8.5kg
  2. TV LED 43" Pensonic
  3. Pendingin Udara Pensonic4.       
  4. Ketuhar 45L Pensonic  
  5. Pengisar Nutri De Blender Pensonic  
  6. Penyaman Udara

Jangan kemana-mana jika anda ingin mengetahui senarai Hadiah-hadiah istimewa yang akan dipaparkan di Facebook Pensonic tidak lama lagi.


Pemenang untuk Hadiah Utama akan dipilih dari peserta yang menyertai peraduan mingguan. Soalan peraduan Beli, Tonton & Menang akan dipaparkan setiap minggu di Facebook Pensonic selepas rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3 setiap Hari Isnin jam 6.00 petang mulai 30 April 2018.


Rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ terdiri daripada 8 episod dimana 10 pemenang akan dipilih setiap minggu, iaitu sejumlah 80 pemenang bagi kesemua 8 episod. Hadiah-hadiah mingguan peraduan akan dinyatakan dalam poster peraduan Beli, Tonton & Menang. Jika anda telah menyertai peraduan mingguan Beli, Tonton & Menang tetapi gagal memenangi sebarang hadiah, jangan putus asa kerana anda masih berpeluang memenangi Hadiah Utama Nissan X-Trail bernilai RM137,000.00!


Selain daripada peluang untuk memenangi hadiah-hadiah utama, hadiah-hadiah mingguan dan mempelajari cara menyediakan resipi-resipi menyelerakan yang akan ditunjukkan dalam rancangan ini, artis-artis tempatan bersama-sama dengan Chef kegemaran anda Dato Chef Haji Ismail sudah tentu akan membuatkan anda terpaku di hadapan kaca TV setiap Hari Isnin pada jam 6.00 petang. Artis-artis tempatan ‘hot’ yang akan muncul dalam rancangan ini ialah Hafidz Roshdi, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Nadia Amira Othman, Ashraf Islam, Alif Satar, Erwin Dawson, Nur Risteena Munim Binti Zainul Ilyas, Nur Ruhainies Farehah Binti Zainul Ilyas, Ika Nabila binti Abdul Rahim dan YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar.


Kali ini, rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ mengabdikan kenangan indah amalan tradisional ‘Balik Kampung’ di Hari Raya. DCH Ismail akan ‘Balik Kampung’ bersama selebriti ke kampung masing-masing dan berbual mengenai kenangan masa lalu. Kemudian, DCH Ismail dan selebriti akan memasak makanan yang mereka gemari di Hari Raya.  


"Tujuan produk-produk Pensonic wujud adalah untuk para pengguna menikmati hidup dengan sepenuhnya dan membantu anda meluangkan masa dengan mereka yang tersayang, terutamanya keluarga anda. Tiada perkara yang lebih memuaskan hati daripada memasak hidangan-hidangan anda sendiri dan berkongsi dengan keluarga dan rakan-rakan anda. Oleh itu, kami berharap supaya anda mempunyai pengalaman yang menyeronokkan apabila anda memasak untuk mereka yang tersayang. Resipi-resipi DCH Ismail dalam rancangan 'Balik Kampung Bersama Pensonic' dan Kelas-kelas Memasak 'Balik Kampung Bersama Pensonic', termasuk produk-produk Pensonic, tentu akan membuat pengalaman memasak satu perkara yang menyeronokkan", kata Pengarah Executive Kumpulan Pensonic, En.Nelson Chew.



Beliau menambah, "Tahun ini juga, kami bekerjasama dengan peniaga-peniaga untuk mengadakan ‘Kelas-kelas Memasak Secara Langsung’ (Live Cooking Classes) di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara. Lokasi kelas-kelas memasak ini akan dipaparkan di Facebook Pensonic, oleh itu anda dipersilakan supaya mengikuti (follow) kami di Facebook Pensonic untuk mendapatkan informasi terkini. Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam kelas memasak ini dapat membawa pulang hidangan lazat yang telah mereka sediakan dalam kelas memasak, dan juga hadiah-hadiah bernilai RM450.00, termasuk Periuk Serbaguna Pensonic!


Satu lagi berita menarik ialah peserta-peserta Kelas Memasak juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai RM200,000.00 apabila mereka menonton rancangan 'Balik Kampung Bersama Pensonic', dan menyertai peraduan Beli, Tonton & Menang. Jadi, segera ke laman Facebook Pensonic untuk mengetahui lebih lanjut!"


Pensonic, bersama-sama dengan DCH Ismail, inginkan rakyat Malaysia menikmati hidangan-hidangan berkhasiat yang dimasak di rumah, meluangkan masa kualiti bersama keluarga dan mengamalkan kehidupan yang sihat. Resipi-resipi dalam rancangan kami mudah disediakan, menggunakan bahan-bahan yang biasanya boleh didapati dalam kebanyakan rumahtangga di Malaysia. Keasyikkan DCH Ismail, resipi-resipi yang sedap dan masakan yang dipermudahkan dengan menggunakan produk-produk Pensonic, sudah pasti akan mendorong anda untuk memasak makanan ‘gourmet’ anda sendiri! Kami mengesyorkan supaya anda meluangkan sedikit masa menonton rancangan masakan kami. Anda akan belajar bagaimana untuk memasak seperti seorang ‘Chef’, serta berpeluang memenangi produk-produk Pensonic yang hebat untuk kediaman anda dengan menyertai Peraduan Facebook Beli, Tonton & Menang ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’.


Dengan produk Pensonic di rumah anda yang membolehkan anda menikmati hidangan lazat yang mudah disediakan, bersedialah untuk bergembira.


Mengenai Pensonic

Kumpulan Syarikat Pensonic diasaskan pada 1965 sebagai Keat Radio Co. Sdn. Bhd. Jenama Pensonic telah ditubuhkan pada tahun 1982 setelah peniagaan syarikat bertambah maju. Kini, Pensonic merupakan pengedar Peralatan Elektrikal Rumah yang terkemuka di Malaysia. 

Dengan Pensonic sebagai jenama terasnya, Kumpulan Pensonic juga mengedarkan produk peralatan rumah jenama-jenama terkemuka seperti Lebensstil Kollektion, Cornell dari USA, Indesit dan Gaggia dari Italy, dan Princess dari Holland.
Disahkan ISO 9001-2000 sejak tahun 2002, Pensonic disokong oleh pelbagai kemudahan perkilangan, gudang, bilik pameran dan pusat-pusat perkhidmatan pelanggan yang lengkap, mempunyai rangkaian pengedaran domestik yang terdiri daripada 10 cawangan dengan lebih daripada 900 pengedar di seluruh negara, dan produk Pensonic dieksport ke lebih daripada 30 buah negara di ASEAN dan Timur Tengah.

Anda dijemput melayari laman Facebook Pensonic Malaysia Facebook page, laman sesawang Pensonic: https://www.pensonic.com/atau menelefon Pensonic Careline: 1-800-881-770  untuk maklumat lanjut. 


Terma & Syarat Peraduan Beli, Tonton & Menang ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ 2018

1.       Setiap resit layak untuk satu penyertaan sahaja. Jika lebih daripada satu penyertaan dikemukakan menggunakan resit yang sama, hanya satu penyertaan akan dipertimbangkan.
2.       Maklumat dalam Kad Waranti hendaklah dilengkapkan dengan sepenuhnya.
3.       Peserta yang menyertai peraduan ini dan telah memenuhi syarat-syarat peraduan, layak ke pusingan akhir dan berpeluang memenangi hadiah utama Nissan X-Trail.
4.       10 pemenang akan dipilih bagi setiap episod peraduan Beli, Tonton & Menang ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’.
5.       Pemenang untuk hadiah utama iaitu Nissan X-Trail akan diumumkan melalui Live FB Streaming di Facebook.
6.       Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
7.       Peraduan ini tidak terbuka untuk kakitangan atau keluarga kakitangan Pensonic Holdings (Pensonic).
8.       Peraduan ini akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Pensonic.
9.       Semua penyertaan mesti dihantar dalam tempoh peraduan yang ditetapkan.                                                          
10.   Peserta mesti mematuhi semua syarat-syarat penyertaan seperti yang dinyatakan.
11.   Pemenang perlu menghubungi Pensonic dalam tempoh 3 hari selepas pengumuman pemenang dibuat di Facebook.
12.   Kami akan berusaha untuk menghubungi pemenang, tetapi jika pemenang tidak dapat dihubungi, atau jika penyertaan yang diterima tidak memenuhi syarat peraduan, maka hadiah akan terbatal dan tidak boleh dituntut.
13.   Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan Pensonic berhak menukar hadiah yang diumumkan dengan hadiah lain tanpa notis terlebih dahulu.  
14.   Pemenang hendaklah menuntut hadiah dari pejabat Pensonic kerana gambar pemenang akan ditangkap bagi tujuan rekod, melainkan diberitahu sebaliknya.
15.   Hadiah boleh diambil dari ibu pejabat Pensonic di Bukit Minyak atau dari Pejabat Pensonic Petaling Jaya sahaja. Bayaran kurier akan dikenakan sekiranya pemenang ingin mendapatkan hadiah selain dari dua pejabat yang dinyatakan.
16.   Pensonic berhak mencetak, mengedar dan menggunakan gambar-gambar dan bahan-bahan yang dihantar dalam penyertaan sebagai kandungan berhubung (online), ‘on-ground’ atau bahan cetakan yang lain.
17.   Pemenang-pemenang bersetuju untuk Pensonic menggunakan nama-nama dan gambar-gambar mereka dan akan bekerjasama dengan sebarang permintaan yang munasabah oleh Pensonic bagi tujuan pengiklanan atau media.
18.   Pasukan Facebook Pensonic berhak dengan budi bicara mutlaknya dan tanpa notis terlebih dahulu untuk mengecualikan peserta dari penyertaan selanjutnya dalam peraduan.
19.   Sebarang keputusan adalah muktamad. Peserta bersetuju untuk mengikut keputusan Pensonic berkenaan dengan sebarang aspek peraduan.
20.   Pasukan Facebook Pensonic berhak memantau, dan mengendalikan semua aktiviti peminat Facebook, semasa dan selepas tempoh peraduan.
21.   Pensonic berhak menukar hadiah-hadiah, menukar Terma & Syarat Peraduan atau menghentikan peraduan ini tanpa notis terlebih dahulu dan peserta akan terikat oleh perubahan ini. Peserta bersetuju menyerahkan hak-hak mereka mengenai peraduan ini dan tidak boleh mengambil tindakan terhadap Pensonic.
22.   Peserta menyertai peraduan atas risiko sendiri. Dengan membaca dan bersetuju dengan Terma & Syarat ini, Perserta bersetuju untuk melepaskan pihak Penganjur, sekutu dan agensinya , dan pekerja , pegawai, pengarah dan wakil-wakilnya dari apa-apa kemalangan, kecederaan, tuntutan, kerugian atau kerosakan yang mungkin berlaku akibat penyertaan dan aktiviti peraduan, melainkan kerosakan, kos atau kemalangan disebabkan oleh kecuaian atau salah laku oleh mereka yang disebutkan di atas.
23.   Dengan menyertai peraduan ini, anda bersetuju dengan terma & syarat di atas.  



FERRERO ROCHER CAKE POP

$
0
0


Salam my kesayangan…

Bersua kembali
Dah lama QH tak kongsikan resepi kek…mesti ada yang rindukan…euwwww perasan…heee

Sekarang ni QH dah jarang baking berbanding dahulu…sewaktu aktif di blog dahulu memang QH kerap membaking…sekarang ni QH banyak memasak pula…jika membaking apabila mendapat tempahan sahaja sekarang ni…maklum la sekarang ni dah kurang sikit nak makan benda2 manis…heee


Resepi kek ni sudah berkali QH kongsikan dan berkali2 juga QH buat…apabila ada tempahan kek ni la yang QH akan gunakan untuk kek tempahan dari pelanggan…QH suka tekstur kek ni yang gebus dan ianya tidak la berapa manis…


Untuk buat cake pop ni lepas dihancurkan kek tersebut…QH gaulkan kek ni dengan buttercream tambah Nutella…ternyata sedap dan gabungan yang mengena (yang ni agak2 sendiri rasanya sebab QH main letak je ikut suka)…satukan kek yang telah dihancurkan tu dengan buttercream…jangan letak terlalu banyak…cukup sekadar kek tu boleh dibentukkan…kemudian letakkan ke dalam papercup…apabila sudah siap kesemuanya, simpan sebentar kek ni ke dalam peti sejuk…lebih kurang 2 jam…bakar almond nibs dan cairkan coklat masakan secara double boiler atau menggunakan microwave…satukan keduanya (yang ni pon anggaran sahaja)…celupkan kek yang telah disejukkan tadi dan biarkan sehingga coklat tersebut mengeras baru la dihidangkan…resepinya QH kongsikan di bawah…


Resepi Chocolate Sponge Cake
Sumber Juwita@Juwita Faris andFamily
(loyang kek 18cm/7 inci)


BAHAN A:
* 3 biji kuning telur
* 100 gram gula castor
* 120 gram tepung kek
* 50 ml minyak masak
* 1 sudu kecil esen vanila
* 1/2 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat


Cara-cara:
1. Campurkan semua Bahan A ke dalam mangkuk adunan.
2. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Ketepikan.

BAHAN B:
* 30 gram serbuk koko Van Houtan
* 120 ml air panas.

Cara-cara:
1. Satukan bahan B.
2. Kacau sehingga serbuk koko hancur.
3. Masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan


BAHAN C:
* 30 gram serbuk koko Van Houtan
* 120 ml air panas.

Cara-cara:
1. Satukan bahan C.
2. Kacau sehingga serbuk koko hancur.
3. Masukkan Bahan C ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan


RESEPI KRIM MENTEGA SEDAP DAN TAK MUAK
Sumber AnnaQawina

Bahan2
150 gm gula icing (ayak)
150 gm lemak sayuran (shortening)
150 gm mentega
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu segar

Caranya
Satukan semua bahan dalam mixer, putar dari speed perlahan hingga medium sahaja sehingga kembang, ini akan ambil masa sedikit untuk mendapatkan icing yang gebu tapi halus teksturnya. InsyaAllah

BAHAN COKLAT
Coklat masakan
Almond nibs – dibakar

Caranya
Bakar almond nibs dan ketepikan
cairkan coklat masakan secara double boiler atau menggunakan microwave

satukan keduanya dan gaul rata


NASI GORENG SOTONG

$
0
0


Salam my kesayangan…

Haaa ni la hasilnya apabila keinginan nak makan tu ada tetapi kemalasan melanda…adoiii…sesekali layan nasi goreng macam ni yang merangkap breakfast, lunch dan dinner…heee sedap juga tau…lagi2 resepi campak2 dan buat pedas2 sikit…perghhh bergetar diet…hehehe


Biase la tu bila tiba masa malas nak masak yang simple2 jer…bila tiba angin rajin 1 hari boleh sediakan macam2 menu…


Ehhh nasi goreng ni menu sihat jugak tau…macam2 ada kat dalam tu…cukup semua keperluan protein dan zat…cara nak bagi QH makan sayur buat la nasi goreng macam ni…heee…sayur tu bagi rangup2 sikit…maka akan menyesal la dia nanti lepas menghabiskan nasi goreng tu…hehehe…

Nasi goreng ni resepi belasahan QH sendiri jerk…Alhamdulillah dengan jayanya dapat dihabiskan…rasa macam tersedap la pula bila letak sotong banyak2 dalam tu…QH memang hantu sotong pon…tapi taubat gak beli sotong kecik2 semasa ke Chow Kit hari tu…sedap tu memang sedap…lagi2 bila dibuat sambal tumis…yang azabnya nak menyiang sotong kecik2 ni satu persatu…adoiii jenuh nak habiskan sekilo…beli kemain tamak lagi…heee


Ok la resepi belasahan ni seperti di bawah yer…SELAMAT MENCUBA…


NASI GORENG SOTONG

Bahan2
3 cawan nasi putih
2 biji telur – goreng hancur
Ikan bilis – digoreng
Kacang botol – hiris kecil
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk mengoreng

Bahan kisar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
20 biji cili padi merah dan hijau

Sedikit belacan jika suka – bakar


Caranya
Ramas2 nasi putih dan ketepikan.
Goreng telur dan hancur2kan. Ketepikan.
Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan dengan menggunakan food prosessor.
Tumiskan bahan kisar tadi sehingga naik bau.
Kemudian masukkan sotong dan tumis sehingga air sotong kering. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan kacang botol dan gaul rata.
Masukkan pula nasi putih yang telah diramas tadi. Gaul sehingga rata.
Masukkan telur dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
Akhir sekali perasakan rasanya. Jika sudah sempurna matikan api dan terus dihidangkan.

Sedap dimakan panas2.


SOTONG MASAK LADA HITAM

$
0
0


Salam my kesayangan…


QH ni kalau menyiang sotong suka buang kulit sotong tu siap2…mengikut jejak emak QH la dan adik beradik QH pon mengikut juga…kalau nak sotong tu nampak cantik terkadang QH biarkan aje kulitnya tu…heeee…cara yang QH gunakan untuk hilangkan hanyir sotong dengan rendamkan sotong tu dengan perahan limau kasturi atau limau purut…contohnya 1 kilo sotong letak la lebih kurang 3-4 biji limau kasturi…perah dan rendamkan seketika…pastu bilas…wangi jer nanti dan bau hanyir pon hilang…ada yang menggunakan tepung gandum..lagipon tepung gandum lebih mudah dan sudah tentu ada di rumahkan tetapi QH lebih suka menggunakan limau purut…yang ni ikut la mana yang rasa senang…mana petua yang QH tahu...QH akan kongsikan...


Kali ni QH masak sempoi2 jerk…masak 1 lauk macam2 ada dalam tu…jimat heeee...ada sotong ada sayur2 lagi…salah satu cara kalau QH nak makan sayur masak begini la…heee…boleh tambah telur dadar sebagai lauk tambahan…lagi ummphhh la…mesti makan tu akan bertambah nanti…resepi ni mengikut selera QH dan Alhamdulillah sedap tau…hehehe…lada bengala atau capcicum tu kalau nak guna 1 jenis je pon boleh…kalau tak nak membazir la kan…tetapi dalam hidangan yang QH sediakan…QH gemar mencampurkan warna…biar bewarna warni dan nampak ceria…bagi bertambah lagi selera nak makan…ok la seperti biase resepi ada di bawah…


SOTONG MASAK LADA HITAM

BAHAN2
1 kilo sotong – bersihkan dan dipotong kecil
1 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
3 sudu kecil lada hitam - kisar kasar
1/3 biji lada bengala/capcicum merah
1/3 biji lada bengala/capcicum hijau
1 batang lobak merah
1/3 biji bunga kobis
1 biji bawang holland - potong bulat
2 sudu besar kicap jalen manis
3 sudu besar sos lada hitam
1 cawan air + 1/2 sudu kecil tepung jagung - bancuh

Gula dan garam secukup rasa


CARANYA
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah di hiris sehingga sedikit layu.
Masukkan lada hitam yang telah di kisar tadi. Gaul rata.
Masukkan sotong dan biarkan sehingga keluar air sotong.
Masukkan kicap manis dan sos lada hitam. Gaul rata.
Kemudian masukkan lobak merah dan bunga kobis yang telah di potong. Gaul rata.
Tambahkan bancuhan air yang telah di campurkan dengan sedikit tepung jagung tadi. Jika ingin berkuah tambahkan air.
Masukkan lada bengala merah dan hijau. Kacau lagi.
Apabila kuah sudah sedikit pekat, masukkan bawang holland yang di hiris bulat. Gaul rata.
Akhir sekali tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Perasakan rasanya. Sekiranya rasa sudah sempurna, matikan api

Hidangkan bersama dengan nasi putih panas.



IKAN CENCARU BAKAR TOMATO

$
0
0


Salam my kesayangan…

QH ni kan terkadang macam acah2 nak berdiet bagai tau…masak nak jenis bakar2 la…nak elak makan jenis berminyak la…kurangkan makan nasi la…tapi tudiaaa…sekali dah makan habis hancus musnah impian…lupa dah segala yang dia nak jaga tu…sesedapnya menghadap nasi…dah kekenyangan dah tersandar kat kerusi malas baru la akan timbul penyesalan dan keinsafan…hahaha


Kalau nak tahu, QH ni memang seorang yang pemakan dan suka makan…tapi impiannya nak kurus…haaa macam mana tuhhh…heeee…terkadang sanggup datang jauh2 semata2 nak makan…QH pon seorang yang agak cerewet dan memilih juga bab2 makan ni…apa yang QH kongsikan dalam blog ni…itulah dia yang QH suka…senang je kan nak tahu…heee


Ok la untuk resepi hari ni…sudah tentu menjadi pilihan QH resepi belasahan yang simple tetapi sedap mengena…pasti akan bertambah2 makan…kali ni QH memilih untuk membakar pula…antara peberet QH adalah masakan jenis ni…kalau di opis waktu lunch tu terkadang terlepas juga ke Jalan Bellamy semata nak makan ikan bakar yang baunya melekat di tangan tu…hehehe…


Resepi ni bahan yang digunakan tak banyak dan tidak berapa pedas…sedap dibuat ratah tau lauk ni…saiz ikan yang QH gunakan tidak terlalu besar…nak isi ikan yang manis pilihlah yang sedang2 elok je saiznya…ditambah pula dengan aroma daun pisang tu…hmmmm sedap tak terkata…heeee…ajommm la cuba resepi belasahan dari QH ni…jika ada yang terkurang atau terlebih minta maaf yea…sebarang pertanyaan dan komen boleh komen di bawah atau terus emel QH…


IKAN CENCARA BAKAR TOMATO

Bahah2
2 ekor ikan cencaru
5-6 biji tomato
10 batang cili merah - kisar
1 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1/2 inci halia
1 batang serai
garam dan gula secukupnya
Daun pisang
Aluminium foil


Caranya
Ikan dibersihkan dan belah dua, bahagian kiri dan kanan.
Lumurkan ikan dengan sedikit garam.
Kisar halus bersama halia, serai, cili merah, tomato, bawang besar dan bawang putih. Tak perlu letak air kerana tomato akan berair apabila dikisar.
Sediakan aluminium foil dan alaskan daun pisang ke atasnya.
Ambil ikan dan isikan bahan yang sudah dikisar tadi ke dalam ikan padat2.
Kemudian balutkan ikan tadi dengan kemas.
Buat satu persatu sehingga siap.
Ambil magic pan dan bakar ikan ke atas api sehingga masak. Untuk masakan yang rata, balik2kan magic pan tadi.

Boleh juga di bakar dengan menggunakan oven. Sesuaikan suhunya dan bakar sehingga garing.



BURGER NASI LEMAK DI McDONALD'S MALAYSIA

$
0
0


Salam my kesayangan…

Pada 25 April 2018, McDonald’s Malaysia telah memperkenalkan Burger Nasi Lemak bagi meraikan kegemaran rakyat Malaysia terhadap hidangan tradisional ini sejak sekian lama.


Pada hari tersebut QH telah mendapat jemputan dari pihak FriedChilles.com untuk menghadiri pelancaran Burger Nasi Lemak yang diadakan di McDonald’s Kota Damansara. Dikesempatan ini QH ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak FriedChilles.com kerana sudi menjemput QH untuk memeriahkan majlis tersebut.


Burger Nasi Lemak ini boleh didapati dalam tempoh masa terhad dari 26 April 2018. Burger Nasi Lemak pastinya mampu membangkitkan citarasa dengan kepingan ayam enak yang dimasak menggunakan santan dan disaluti dengan emping jagung yang rangup. Ditambah pula dengan sos sambal istimewa, telur goreng, bawang tumis serta kepingan timun segar yang dihidangkan bersama ban cili.


Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Puan Melati Abdul Hai berkata Mcdonald’s berbangga kerana dapat menawarkan hidangan-hidangan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.


Burger Nasi Lemak McDonald’s merupakan satu lagi menu hasil inspirasi dari hidangan tempatan yang digemari ramai. Antara menu kegemaran ramai lain termasuklah Bubur Ayam, Cakoi dan juga Ayam Goreng McD yang sangat popular. Selain itu, McDonald’s Malaysia turut menyediakan menu pencuci mulut citarasa tempatan seperti D24 Durian McFlurry, Milo McFlurry, Banana Pie, Pulut Hitam Pie, Red Bean Pie, Taro Pie dan aiskrim kon perisa Cendol.


“Burger Nasi Lemak McDonald’s diinspirasikan daripada rasa enak nasi lemak tempatan yang dijual oleh para pengusaha tempatan. Kami berbangga kerana dapat memberi penghormatan atas sumbangan mereka yang menghidupkan legasi nasi lemak sehingga hari ini.


Bagi memberi penghormatan kepada para penjual nasi lemak di seluruh Negara dan meraikan kegemaran rakyat Malaysia terhadap hidangan popular ini, McDonald’s menjemput enam pengusaha nasi lemak untuk turut serta dalam majlis pelancaran hari ini” kata Melati.


Mereka ialah:

1. Nasi Lemak BK 4, Bandar Kinrara, Kuala Lumpur
2. Nasi Lemak Angah, Sentul, Kuala Lumpur
3. Warung Sinarnor, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur
4. Warung Rindu Pak Ya, Pantai Dalam, Kuala Lumpur
5. Nasi Lemak Mok The, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
6. Barba Bros, Bandar Utama, Petaling Jaya


McDonald’s akan terus menambah baik tawaran menunya dengan pelbagai pilihan hidangan untuk memenuhi citarasa para pelanggan. “Kami ingin berada lebih dekat di hati pelanggan dengan menawarkan menu yang mampu memenuhi citarasa ramai, pelbagai pilihan yang mudah dan harga yang berpatutan”.


“Untuk memastikan matlamat ini tercapai, kami perlu sentiasa melakukan inovasi terhadap menu kami, termasuklah kemampuan untuk sentiasa peka dan mengambil tindak balas efektif terhadap kemahuan pelanggan yang berubah-ubah”, tambah beliau.


“Seiring dengan janji kami untuk menyediakan hidangan yang enak untuk semua, McDonald’s Malaysia akan terus memberi focus untuk menawarkan hidangan yang segar, berkualiti tinggi dan bernilai bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmatinya pada bila-bila masa”, kata Melati.


Burger Nasi Lemak McDonald’s boleh didapati dengan harga RM14.95 untu ala carte dan RM16.95 untuk set regular termasuk kentang goreng dan 100PLUS.


Pendapat peribadi QH pula, sejak dari dahulu QH memang gemarkan menu2 yang terdapat di McD Malaysia. Antaranya yang paling QH suka Oreo McFlurry dan ayam goreng spicy McD. QH pon gemar mencuba apa saja keluaran terbaru dan limited dari McD. Terbaru ni QH telah mencuba sendiri Burger Nasi Lemak yang mempunyai citarasa Malaysia. Terasa akan kepedasan sambalnya dan dilengkapi pula dengan aksesori set nasi lemak. Cukup serasi kombinasi tersebut dan set lengkap yang cukup mengenyangkan. Harganya pula berpatutan.


Sempena majlis pelancaran tersebut QH berkesempatan berjumpa dengan sifu blogger yang terkenal iaitu Kak Azlita dari blog Masam Manis. Sememang QH tidak menyangka dapat bertentang mata dan berlaga pipi dengan Kak Ita. Sempat la jugak QH merakam kenangan manis tersebut bersama Kak Ita, pengacara popular Maria Tunku Sabri,  pelakon dan pengacara Adriana Adnan.


Haaa sebelum tu, dikesempatan ini juga QH mohon jasa baik kawan2 dan pengikut QH untuk vote QH dalam Makan Best Awards 2018 kategori “BEST FOOD WEBSITE (BM)”. Untuk mengundi sila ke klik link yang tertera. Undian tersebut amat2 QH hargai. Terima kasih semua dan teruskan untuk menyokong Qasey Honey sampai bila2. In shaa Allah.



Viewing all 307 articles
Browse latest View live